fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Homestay Terbaik di Langkawi (Villa & Pantai)

Homestay Terbaik di Langkawi

Ada banyak sebenarnya homestay jenis villa yang best dan cantik, yang ramai tak tahu ada kat Langkawi ni. 

Dari homestay dengan view pantai yang cantik hingga suasana kampung dengan pemandangan sawah padi yang relaxing, Siapa kata Langkawi tak best? Semua jenis percutian ada kat Langkawi ni, hanya bergantung kepada budget anda je! So untuk korang yang suka percutian yang santai dengan suasana kehijauan, hari ni kita nak tengok antara top 10 Homestay Terbaik di Langkawi, dari harga budget sampai harga kayangan.

Tak kisah sama ada korang plan untuk bercuti dengan keluarga, kawan-kawan tak pun untuk honeymoon. Boleh je semua! Ok jom kita check mana satu yg ngam untuk next vacation nanti!

Isi Kandungan

Tips Pilih Homestay Terbaik di Langkawi

Lokasi

Satu benda penting korang kena tengok bila pilih homestay terbaik di Langkawi ialah lokasinya. 

  • Pantai Cenang: Kalau korang nak lepak kat pantai dan nak senang pergi kedai dan tempat komersial, pilih homestay dekat Pantai Cenang. Tapi ingat, tempat ni memang selalu ramai orang, bising, dan makanan mahal sikit. Tapi takpa, kat sini senang je nak naik Grab atau teksi.
  • Pekan Kuah: Kalau korang nak suasana bandar yang happening sikit, boleh try homestay dekat Pekan Kuah ni. Best sebab kat sini boleh shopping cokelat dengan harga duty-free. Ada banyak kedai makan murah jugak. Tapi macam Pantai Cenang, tempat ni agak sesak, bising sikit, dan tak ada pantai cantik.
  • Kampung Mawar: Kalau korang nak rasa suasana kampung dengan pemandangan sawah padi yang cantik, pilih homestay dekat Kampung Mawar. Kat sini, ada homestay yang buat korang rasa macam tengah tinggal kat kampung tradisional.
  • Tempat Lain: Ada juga homestay menarik kat Pantai Tengah dan Pantai Kok.

Pengangkutan

Bergantung kat lokasi homestay korang, kadang-kadang susah nak cari teksi atau Grab. Lagi senang, kalau korang sewa kereta je dari awal. Kalau tak nak sewa kereta, pilih homestay yang dekat dengan Pantai Cenang. Lagi satu, boleh jugak tanya tuan rumah homestay, mungkin diorang boleh tolong sikit.

Harga & Bajet

Yang best kat Langkawi ni ialah korang boleh dapat homestay yang best untuk 10 orang dengan harga bawah RM500 semalam je! Rata-rata, homestay bajet untuk 4 – 6 orang, korang boleh dapat serendah RM200 semalam. Kalau korang nak yang mewah sikit, kira-kira RM400 semalam dah boleh dapat.

Fasiliti & Kemudahan

Homestay di Langkawi biasanya takda swimming pool, sebab diorang refurbish rumah atau banglo je. Tapi ada jugak homestay jenis villa yang ada swimming pool atau infiniti pool kecil. Apa pun, korang boleh expect pemanas air, air cond, dan TV di majoriti homestay di Langkawi

Advertisement
Homestay Villa Terbaik di Langkawi
Pilihan kami di Shoptrack
No data was found

Kesimpulan

Nak recap sikit, kita tengok faktor-faktor yang penting sebelum booking homestay di Langkawi.

  • Lokasi: Pilih ikut citarasa korang, dekat pantai ke, dekat kampung atau berhampiran pekan. Antara yang popular ialah Pantai Cenang, Pekan Kuah dan Kampung Mawar.
  • Pengangkutan: Kalau tak nak susah, sewa kereta je. Tapi kalau takda kereta, consider homestay dekat Pantai Cenang.
  • Harga & Bajet: Langkawi memang ade homestay mengikut bajet korang. Rata-rata bermula dari RM200 semalam.
  • Fasiliti & Kemudahan: Swimming pool jarang ada tapi biasanya ade pemanas air, air cond, dan TV.

So, dengan mempertimbangkan semua ni, korang dah boleh la cari homestay terbaik di Langkawi yang paling sesuai dengan korang punye bajet dan citarasa. Pastikan korang buat tempahan awal sebab homestay popular ni cepat je penuh.

Advertisement
#Hashtag
Share artikel ini

Artikel ini ditulis oleh

ShoptrackTravel
ShoptrackTravel
Shoptrack Travel is a team of Asian travel writers and adventurers. We explore the hidden gems and must-see destinations of Asia, sharing our stories, travel spot recommendations and tips. Jom travel!

Makan Best Berdekatan

Explore Makan Best :Langkawi
error: Content is protected.