Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 12 Jenama Aircond Terbaik & Sejuk 2026 (Jimat Elektrik)

Hari ini : ✨ Mid-Month Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 50%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Jenama Aircond Terbaik
"Cuaca panas la lately kan?"

Nak pasang Air Cond kat rumah tapi takut bil elektrik melambung? Bertenang guys. Benda boleh bincang. Cuaca tak menentu ni memang tak seronok. Suhu panas, kulit kering, nak tidur buat kerja semua tak selesa kan? So dalam artikel ni kita nak check sama-sama secara ringkas, jenama Aircond terbaik jimat elektrik pilihan ramai – so korang dah boleh pasang satu lepas ni. Ok jom!

Inverter Vs Non-Inverter Aircond

Bila beli Aircond, benda yang kita selalu dengar adalah “Inverter” & “Non-Inverter”. Senang cerita, inverter Aircond boleh adjust penggunaan elektrik mengikut suhu bilik manakala non-inverter tak boleh. Jadi, inverter Aircond selalu lebih jimat elektrik.

Sini kami terangkan lebih lanjut perbezaan Inverter & Non Inverter dari segi kos, penggunaan elektrik & kesesuaian untuk rumah atau bilik korang.

Kos

Aircond Inverter lebih cekap tenaga tetapi lebih mahal berbanding Aircond Non Inverter. Inverter Aircond selalunya pilihan yang lebih bijak untuk penggunaan jangka panjang, terutamanya kalau korang guna untuk masa yang lama (lebih 4 jam sehari).

Bagi korang yang duduk rumah sewa, owner tak bagi pasang air cond ataupun nak pasang air cond tambahan yang lebih fleksibel dan mudah alih macam untuk pejabat, kilang dan ruang sementara, Air Cond Portable lebih praktikal dan efisyen. Boleh lihat review lengkap jenama Air Cond Portable mampu milik kami disini.

Penggunaan/Kecekapan Elektrik

Aircond Inverter dilengkapi dengan compressor yang boleh adjust kelajuan motor dengan suhu bilik. Jadi, bila bilik dah sejuk, Aircond ni akan turunkan penggunaan elektrik dengan menurunkan kelajuan compressor motor. Hasilnya, bil elektrik korang tak akan melambung naik.

Kesesuaian

Aircond Inverter berfungsi paling baik dalam ruang tertutup macam bilik tidur. Bila letak kat kawasan lapang, macam ruang tamu besar + dapur, dia susah nak stabil. Tapi korang boleh je pastikan bilik besar itu sentiasa tertutup dan dapatkan horsepower yang betul.

 

Panduan Horsepower Aircond

Satu lagi benda yang korang akan selalu dengan adalah Horsepower. Sini panduan ringkas tapi kalau tak pasti, ukur ruang bilik dan tanya seller.

Horsepower adalah kuasa penyejukan Aircond  dan selalu datang dalam 1.0 HP sehingga 3.0 HP.

  • Ruang Bilik 4 x 4 m = 1.0 HP atau 1.5 HP
  • Ruang Bilik 4.5 x 5 m = 1.5 HP atau 2.0 HP
  • Ruang Bilik 5.5 x 5.5 m = 2.0 HP atau 2.5 HP
  • Ruang Bilik 6.5 x 6.5 m = 2.5 HP atau 3.0 HP
Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Aircond Murah Terbaik di Malaysia 2025

Recommended
Rated 4.7 out of 5
Rated 4.7 out of 5
Recommended
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Hisense CBGS Series Inverter Air Conditioner 4 Star Energy Saving (1.0HP)

Aircond Inverter Jimat Elektrik Hisense
Overview:
R32 Inverter, saiz 1 ‑ 2 HP.
9200 BTU, Wi‑Fi & app control, Auto Clean + Gas‑Leak Detection.
Fast Cooling & Quiet Mode + rating kecekapang tenaga 4 bintang.
Series CBGS ni memang champion dalam kategori value‑for‑money. Kompressor inverter dia pandai adjust speed ikut suhu bilik, jadi bil elektrik boleh turun sampai ~35 %. Nak balik kerja terus rasa sejuk? Buka je apps, on dari parking. Auto Clean buang habuk/kelembapan, sensor kebocoran R32 pulak bagi amaran awal – hati pun tenang. Pendek kata, sangat sesuai untuk sesiapa yang tidur dengan air‑cond menyala sampai subuh tapi tak nak bil melambung.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
1
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Midea Xtreme Dura R32 Non-Inverter Air Conditioner MSGD-09CRN8 (1.0HP)

Air Cond Non-Inverter Murah
Overview:
Non Inverter 1.0 HP R32 Refrigerant
9200 BTU, 41 dB Max Indoor Noise Level, cold catalyst filter
Pilihan Bajet + App Control + rating kecekapan tenaga 3 bintang
Kalau korang takda banyak bajet tapi masih nak dapatkan Aircond baru, Aircond dari Midea ni mungkin jenama Aircond murah terbaik untuk korang. Model ni Non-Inverter jadi korang kena check sikit berapa lama korang guna dalam masa sehari, lagi-lagi bila filter tu dah jadi kotor dan berhabuk sebab kos elektrik korang boleh melambung dan sebab Aircond ni ada kecekapan tenaga 3 bintang je. Tapi dengan harga yang murah, korang boleh dapatkan Aircond dengan BTU yang agak power, cukup senyap & ada App Control. Aircond ni memang antara Aircond Non-Inverter terbaik bajet di pasaran Malaysia. Sesuai untuk penggunaan harian yang rendah dan singkat! Model ini juga ada pilihan horsepower yang lebih besar – 1.5, 2.0 dan 2.5 horsepower.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
2
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Hisense R32 AN09CBG Non-Inverter Air Conditioner (1.0HP)

Air Cond 1HP Non-Inverter terbaik
Overview:
Non Inverter 1.0 HP R32 Refrigerant
9000 BTU, 38 dB Max Indoor Noise Level, Smart Mode, LED display
Pilihan Bajet + rating kecekapan tenaga 3 bintang
Satu lagi Aircond murah di pasaran yang agak bagus adalah Aircond ni dari Hisense. Model ni jenis Non-Inverter dan ada BTU setinggi 9000 yang still okay sebab harga Aircond ni memang murah. Macam Aircond Non Inverter lain, korang perlu kawal penggunaan seharian untuk pastikan elektrik tak terlebih guna. Model Aircond ni juga adalah yang paling senyap dengan 38dB noise level. Ada juga fungsi Auto-Clean, paparan LED & Smart Mode untuk automatik pilih mode yang sesuai. Kecekapan tenaga 3 bintang je tapi ok la sebenarnya kalau selalu bersih filter.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
3
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Haier R32 HSU-19VTH21 Inverter Air Conditioner (2.0HP)

Overview:
Inverter 2.0 HP R32 Refrigerant
18100 BTU, 43 dB Max Indoor Noise Level, Eco Mode
Installation service + rating kecekapan tenaga 4 bintang
Kalau korang tengah cari Aircond Inverter yang bagus, design cantik dan ada balance dari segi harga & kecekapan tenaga, Aircond ni mungkin Aircond untuk korang. Aircond Haier Inverter ni datang dengan pelbagai jenis Horsepower, dari 1.0 sampai 3.0 HP, tapi yang kami pilih untuk highlight kat sini adalah 2.0 HP yang mempunyai BTU sebanyak 18100 dan Energy Rating 4 bintang. Kalau korang pilih jenis Inverter, semua jenis Horsepower ada 4 bintang. Ada jugak Eco Mode untuk kurangkan lagi penggunaan kuasa. Secara keseluruhan, model ni adalah salah satu jenama Aircond terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang. Pastikan korang pilih jenis Inverter masa beli nanti.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
4
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Sharp J-Tech AHX12VED2 Inverter Air Conditioner with Powerful Jet Mode (1.5HP)

Air Cond Inverter Jimat Elektrik Terbaik
Overview:
Inverter 1.5 HP R32 Refrigerant
12000 BTU, Jet Mode
Harga standard + installation service + rating kecekapan tenaga 5 bintang
Antara jenama aircond inverter terbaik di pasaran Malaysia, Sharp siri J-Tech ni memang bagus sebab model ini dikategorikan sebagai aircond jimat elektrik 5 bintang. Ianya jenis Inverter dan versi 1.5 HP ini ada 12000 BTU, tak sikit sangat dan tak banyak sangat. Sesuai untuk kebanyakan ruang tamu apartment di Malaysia. Untuk 1.5 HP, model ni capai taraf kecekapan tenaga 5 bintang, menjadikan Aircond ni antara jenama Aircond terbaik di pasaran dalam kategori Horsepower rendah. Ia juga dilengkapi dengan Mod Jet yang akan menjadikan penyejukan lebih cepat dan sebab dia Inverter, penggunaan kuasa akan menjadi lebih kurang! Ada juga versi 1.0 HP yang sesuai sebagai pilihan aircond bilik tidur anda!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
5
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Aircond Non‑Inverter Bajet 1.5 HP Acson

Aircond Non‑Inverter Bajet 1.5 HP Acson
Overview:
Non‑Inverter 1.5 HP, gas R32, rating 3‑Bintang.
12000 BTU, Filtronz+ Anti‑Virus Filter, Turbo Mode untuk sejuk kilat.
Long & Wide Airflow, Sleep & Quiet Mode + rating kecekapan tenaga 3 bintang.
Kalau bajet dalam RM1500 tapi nak bilik yg bersaiz sederhana sentiasa nyaman, AVO ialah pilihan selamat. Walau takde inverter, penggunaan R32 & design kipas baru masih bagi rating 3‑Bintang – okay je kalau korang on air cond ni 2‑4 jam sehari. Penapis Filtronz+ tapis habuk & virus, Turbo Mode pulak kasi angin sejuk laju gila. Long & Wide Airflow pastikan satu bilik rasa sejuk sekata, manakala Sleep Mode perlahan‑lahan turunkan bunyi & suhu supaya mimpi pun lena. Dengan waranti kompressor 5 tahun, memang sesuai untuk penyewa atau first‑time homeowner yang nak air‑cond senang pasang.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
6
6
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Haier Turbo Cool Non-Inverter Air Conditioner with Nano Ionizer HSU-10LPB21 (1.0HP)

Aircond Non Inverter bawah RM900
Overview:
Non Inverter 1.0 HP R32 Refrigerant
9600 BTU, 40 dB Max Indoor Noise Level, dengan ionizer
Pilihan Bajet + rating kecekapan tenaga 3 bintang
Haier Turbo Cool Non-Inverter 1.0HP Air Conditioner model HSU-10LPB21, yang harganya bawah RM900 je, boleh sejuk dengan efisien, plus ada Nano Ionizer yang bagus untuk bersihkan udara, memang best untuk sihatkan bilik korang. Tapi, kena ingat, dengan rating tenaga 3 bintang, maknanya dia tak berapa jimat tenaga, so bersedia la dengan bil elektrik yang mungkin lebih tinggi sikit. Dia senyap je bila beroperasi, antara 29 ke 40 dB(A), jadi tak akan bising. Memang berbaloi dari segi harga dan senang nak guna, tapi kena fikir jugak pasal kos elektrik dalam jangka panjang.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
7
7
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

TCL Non-Inverter Air Conditioner R32 Elite Series TAC-09CSD (1.0HP)

Aircond Non Inverter bawah RM800
Overview:
Non Inverter 1.0 HP R32 Refrigerant
9000 BTU, 40 dB Max Indoor Noise Level, peringatan bersihkan filter
Pilihan Bajet + App Control + rating kecekapan tenaga 3 bintang
Aircond TCL 1.0HP Non-Inverter Siri Elite TAC-09CSD dengan kapasiti sejuk 9000 BTU ni bukan setakat dapat turunkan suhu dengan cepat, tapi harganya juga sangat berbaloi, kurang dari RM900 tau. Ciri pengingatan (reminder) bersih filter memastikan korang tak abaikan maintenance, senang nak tahan lama dan prestasi pun konsisten. Sesuai untuk cuaca Malaysia, aircond ini menyediakan kelegaan pantas dari haba, dilengkapi dengan teknologi Golden Fin untuk ketahanan lebih baik dan sistem filter untuk kualiti udara yang lebih baik. Operasi pun senyap je, dalam 40 dB(A), so gangguan bunyi pun minimal.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Acson-Viento-Inverter-Air-Conditioner-A3WMY10EF-(1.0HP)

Acson Viento Inverter Air Conditioner A3WMY10EF (1.0HP)

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
Samsung S-Essential Non Inverter Air Cond (1.0HP)

Samsung S-Essential R32 Non-Inverter Air Cond (1.0HP)

Lihat Harga Terkini
Best Selling
LG-Lite-Series-Air-Conditioner-with-Dual-Sensing-(1.0HP)

LG Lite Series Air Conditioner with Dual Sensing (1.0HP)

Lihat Harga Terkini
Recommended
Hisense 5 STAR Inverter Air Condtitioner AI10TUGS R32 (1.0HP)

Hisense 5 STAR Inverter Air Conditioner AI10TUGS R32 (1.0HP)

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Terbaru
Pensonic Portable Aircond 1.0HP PPA-1011W

Pensonic Portable Aircond 1.0HP PPA-1011W

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
Mistral Portable Air Conditioner 50L MAC024E

Mistral Portable Air Conditioner 50L MAC024E

Lihat Harga Terkini
Best Selling
WD-40-Specialist-Air-Conditioner-Cleaner-360ml

WD-40 Specialist® Air Conditioner Cleaner 360ml

Lihat Harga Terkini
Microfiber-Dry-Flat-Mop-With-Bucket

Microfiber Dry Flat Mop With Bucket

Lihat Harga Terkini
Sticky-Roller-Dust-&-Hair-Removal

Sticky Roller Dust & Hair Removal

Lihat Harga Terkini

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, antara jenama aircond terbaik di pasaran Malaysia sekarang adalah LG, Sharp, Hisense, Midea, Haier, Panasonic, Daikin dan juga Samsung. Bagi kami, pilihlah jenama yang sememangnya terkenal dengan ketahanan produk elektronik dan kelengkapan rumah.

Pilih juga jenama yang menyediakan perkhidmatan ‘after-sale’ yang bagus dari Installer atau Reseller bertauliah tempatan yang ada di Shopee & Lazada.

Pilihan model Aircond terbaik bagi kami adalah seperti berikut:

Panduan & Tips Beli Air Cond

Secara ringkas, pemilihan jenama aircond yang bagus tidak kira sama ada ianya jenis Inverter atau Non-Inverter adalah bergantung pada beberapa faktor ini;

  • Bajet: Jika bajet/modal korang tidak banyak, model non-inverter lebih murah.
  • Keluasan ruang dan kawasan:
    • Untuk aircond bilik – jenis 1HP sudah cukup.
    • Untuk aircond ruang tamu pula – 1.5 hingga 2.5HP lebih sesuai.
  • Tahap & cara penggunaan:
    • Jika korang menggunakan air cond lebih dari 6 – 8 jam dalam sehari, pilih jenis 4 – 5 bintang rating kecekapan tenaga dan jenis Inverter untuk penjimatan jangka panjang. (bajet/modal besar sikit mula-mula, tapi jimat pada bil elektrik)
    • Tapi jika korang hanya menggunakan air cond anda sekitar 1 – 4 jam sehari,  jenis 3 bintang dan Non-Inverter masih lagi pilihan yang ok. (sesuai untuk yg bajet/modal rendah, cuma kalau pasang selalu/lama bil elektrik boleh jadi tinggi)
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Jenama Aircond terbaik, jimat elektrik dan bagus pilihan Shoptrack tahun ini adalah LG, Sharp, Hisense, Midea, Haier, Panasonic, Daikin dan juga Samsung.

Bagi kami, pilihlah jenama yang sememangnya terkenal dengan ketahanan produk elektronik dan kelengkapan rumah. 

Pilih juga jenama yang menyediakan perkhidmatan ‘after-sale’ yang bagus dari Installer atau Reseller bertauliah tempatan yang ada di Shopee & Lazada.
Aircond Inverter lebih cekap tenaga dan efisyen untuk penggunaan yang lama disebabkan keupayaannya untuk mengawal dan menyelaraskan kelajuan kompressor (flexible speed) bergantung pada suhu bilik.

Manakala Aircond Non-Inverter pula menggunakan kompressor yang berkelajuan tetap dimana ianya tidak boleh dikawal (fixed speed) – hanya kekal pada satu tahap kelajuan tidak kira suhu bilik belum sejuk atau sudah sejuk (tidak seperti jenis Inverter, kelajuan kompressor akan berubah rendah bila bilik dah sejuk)

Perbezaan ini yang menjadikan Aircond jenis Inverter lebih jimat elektrik untuk penggunaan yang lama (tetapi harga lebih mahal), berbanding Aircond jenis Non-Inverter yang lebih sesuai untuk penggunaan yang singkat (sesuai untuk bajet pemasangan yang rendah)
Anggaran harga untuk Aircond yang baik di Malaysia bergantung kepada Horsepower dan sama ada jenis Inverter atau Non-Inverter. Secara umum, harga Aircond bermula sekitar RM800 sehingga RM3000. Kos pemasangan selalunya bermula dari RM150 hingga RM200.

Lihat di Shoptrack untuk promosi, jenama dan model Aircond terbaik di pasaran Malaysia sekarang.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!