Read this article in : English
Top 10 Air Cond Portable Terbaik Malaysia 2022 (Mampu Milik)
- Last update 28 Julai 2022
- 11:32 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 55

Ada Air Cond dekat rumah memang function lagi-lagi dengan cuaca panas yang tak menentu kat Malaysia sekarang ni. Kalau rumah sewa penyebab korang taknak beli Air Cond sebab tuan rumah tak bagi drill dinding, Air Cooler atau Air Cond Portable adalah solusi bijak. Selain boleh jimat sikit duit untuk installation, Air Cond Portable Terbaik lebih senang nak maintain. Yang paling best, korang boleh alih bila bila masa je. Nak rasa sejuk dekat dapur? Tak ada hal guys.
Nak cari Portable Aircond Murah? Korang beli je online kat Lazada atau Shopee. Sebenarnya kan, beli online ni selalunya kalau barang-barang elektronik dan kelengkapan rumah ni, dari segi harga, jauh lebih murah dan jimat dari beli dekat kedai-kedai. Lagi-lagi beli time sale. Online banyak voucher-voucher boleh guna – macam Free Shipping, Coins Cashback dan lain-lain tu. OK jom kita tengok jenama Air Cond Portable terbaik di Malaysia pilihan kami di Shoptrack!
Air Cond Vs Air Cond Portable
Harga
Kalau nak diikutkan harga antara dua ni tak jauh beza pun tapi, korang akan jimat lebih dari segi installation sebab Air Conds Portable tak perlu installation fees.
Pemasangan & Maintenance
Maintenance Air Cond selalunya lebih mahal dari Air Cond Portable, tapi Air Cond Portable ni kena selalu maintain and service. Kebanyakannya korang boleh je buat sendiri, cuma kena rajin sikit. Cara nak pasang Air Cond Portable ni senang je, just plug in soket dan hala kan paip ekzos ke arah tingkap supaya haba boleh dinyahkeluar dengan baik.
Penjimatan Tenaga
Secara am, Air Cond Portable kurang penjimatan tenaga dari Air Cond. Ini sebab haba dari Air Cond Portable kadang kadang tak dinyahkeluar dengan cara yang betul. Tapi, kalau nak dibandingkan dari segi kekerapan penggunaan, Air Cond Portable boleh jadi lebih jimat sebab korang hanya akan sejuk kan 1 ruang dalam 1 masa dimana. Lebih strategik.
Paip Ekzos
Air Cond Portable perlukan exhaust pipe untuk nyahkeluar haba. So setiap kali korang alih Air Portable, korang kena plan nak letak mana exhaust pipe. Berbanding dengan Air Cond, exhaust pipe dia memang dah fixed dekat dinding.
Selain ini, ada lagi tips lain yang korang boleh baca, sebelum korang beli Air Cond Portable terbaik.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Air Cond Portable Terbaik di Malaysia
Hisense R32 1.5 HP Portable Air Cond AP12NXG
Hisense R32 1.0 HP Portable Air Conditioner AP09KVG
Kalau korang suka jenama Hisense dan nak cari yang 1 Horse power, boleh dapatkan model AP09KVG. Mampu menyejukkan ruang dengan 9000 BTU dengan volume air flow sehingga 280m3, Air Cond Portable terbaik ni antara Air Cond Portable yang senyap (48dBA). Dengan SMART mode, Portable Air Cond ni boleh laras secara automatik mengikut suhu sekeliling dimana bawah 23°C jadi mod kipas, 23°C - 26°C mod kering dan 26°C ke atas jadi mod sejuk. Kalau korang cari Portable Air Cond Murah di Malaysia, beli la model ni.
Sharp 1.0HP R32 Portable Air Conditioner SHP-CVH10YD
Kalau rekaan simple dan kecil yang korang cari, Model SHP-CVH10Y dari Sharp ni untuk korang. Sesuai untuk ruang yang kecil, Air Cond Portable terbaik 1 Horse power ni mampu sejukkan ruang dengan 9554 level BTU dengan cuma 51 dBA level bunyi. Ia antara Portable Air Cond mampu milik yang berbaloi beli dengan volume airflow sebanyak 320m3. Selain effektif dalam penyejukan ruang, ia ada fungsi child lock, 3 mod kipas, mod tidur, timer dan juga roda untuk memudahkan korang alih kemana-mana!
Pensonic 1HP Home Comfort Portable Air Conditioner PPA1010
Rupanya yang estetik dan modern, Air Cond Portable terbaik Pensonic PPA1010 ni antara pilihan premium Shoptrack. Dengan volume Airflow 410m3, ia ada kapasiti penyejukan 9000 BTU. Level bunyi yang dikeluarkan pulak dalam lingkungan 64dBA, tinggi sikit berbanding lain. Selain tu, ia datang dengan fungsi berguna seperti LED control panel, mod tidur, timer, remote control dan roda yang tahan lasak. So kalau korang cari Air Cond Portable yang lain dari yang lain, boleh spend ekstra sikit dan beli Air Cond Portable 1 Horse power dari Pensonic ni!
TCL 1.5HP Portable Air Cond Elite Series TAC-12CPA
Memperkenalkan Air Cond Portable dari jenama TCL. Model TAC-12CPA mempunyai rekaan yang minimalis. Dengan kapasiti penyejukan yang tinggi sebanyak 12000 BTU, ruang korang akan cepat sejuk dengan volume airflow 330m3. Yang best tentang model 1.5 Horse power ni, ia Portable Air Cond murah tanpa water drainage tau! Selain ada fungsi air swing 4 arah, mod tidur, timer dan remote control, Air Cond Portable dari TCL senang nak cuci! Harga pun mampu milik.
Midea MPH-09CRN1 1.0HP Portable Air Conditioner
Midea pun ada memasarkan satu model Air Cond Portable yang bagus. Model MPH-09CRN1 dengan 1 Horsepower ni datang dengan kapasiti penyejukan 9000 BTU. Bunyi yang keluar pun agak senyap (53dBA je). Dengan harga mampu milik, korang akan dapat Portable Air Cond murah yang ada silver ion filter yang mampu membunuh bacteria dengan efektif dan berterusan. Ia turut ada mod tidur dan teknologi ionizer dengan volume airflow 330m3 untuk memberikan kesegaran dalam setiap ruang yang korang letak. Sejuk dan segar, siapa taknak kan?
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
