Nasi Dagang Pak Malau
- Last update 28 Jun 2023
- 12:11 pm
Dalam kategori:
Nak cuba nasi dagang di Langkawi? Tak perlu ke sebelah Pantai Timur, kat sini pun ada. Nasi Dagang Pak Malau ni boleh kata nasi dagang paling sedap di Langkawi, tambah lagi korang akan jamu selera dengan pemandangan sawah padi. Tu yang buat extra sedap tu. Harga tinggi sikit tapi still okay, servis laju dan memuaskan.
Info Ringkas
Masakan & Menu Nasi Dagang Pak Malau
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Bila kita bercuti ke Langkawi, mesti ada plan nak makan seafood atau masakan Kedah kan? Apa kata cuba juga nasi dagang sebagai makan pagi atau brunch. Bukan apa, sebab nasi dagang kat Nasi Dagang Pak Malau ni memang sedap!
Nasinya memang empuk dan kuah lain sikit dari rasa di Pantai Timur tapi still padu dan memang kena dengan nasi. Harga agak okay, tak semurah masakan Melayu tempat lain tapi tak mahal. Bagi kami, berpatutan dengan kualiti masakannya.
Paling best kalau korang datang waktu pagi, boleh rasa nyaman sawah padi sambil menjamu nasi dagang. Lepas tu boleh ke Kompleks Makam Mahsuri sebab dekat je dari lokasi restoran ni.
Peta Lokasi & Alamat
Gambar di instagram
*Random public photos of # Nasi Dagang Pak Malau on Instagram
/ Semalam
/ Semalam