fbpx

No.1 Shopping Media in Malaysia

This post is also available in: Malay

Top 10 Homestay Terbaik di Langkawi (Villa & Pantai)

Homestay Terbaik di Langkawi

Ada banyak sebenarnya homestay jenis villa yang best dan cantik, yang ramai tak tahu ada kat Langkawi ni. 

Dari homestay dengan view pantai yang cantik hingga suasana kampung dengan pemandangan sawah padi yang relaxing, Siapa kata Langkawi tak best? Semua jenis percutian ada kat Langkawi ni, hanya bergantung kepada budget anda je! So untuk korang yang suka percutian yang santai dengan suasana kehijauan, hari ni kita nak tengok antara top 10 Homestay Terbaik di Langkawi, dari harga budget sampai harga kayangan.

Tak kisah sama ada korang plan untuk bercuti dengan keluarga, kawan-kawan tak pun untuk honeymoon. Boleh je semua! Ok jom kita check mana satu yg ngam untuk next vacation nanti!

Isi Kandungan

Tips Pilih Homestay Terbaik di Langkawi

Lokasi

Satu benda penting korang kena tengok bila pilih homestay terbaik di Langkawi ialah lokasinya. 

  • Pantai Cenang: Kalau korang nak lepak kat pantai dan nak senang pergi kedai dan tempat komersial, pilih homestay dekat Pantai Cenang. Tapi ingat, tempat ni memang selalu ramai orang, bising, dan makanan mahal sikit. Tapi takpa, kat sini senang je nak naik Grab atau teksi.
  • Pekan Kuah: Kalau korang nak suasana bandar yang happening sikit, boleh try homestay dekat Pekan Kuah ni. Best sebab kat sini boleh shopping cokelat dengan harga duty-free. Ada banyak kedai makan murah jugak. Tapi macam Pantai Cenang, tempat ni agak sesak, bising sikit, dan tak ada pantai cantik.
  • Kampung Mawar: Kalau korang nak rasa suasana kampung dengan pemandangan sawah padi yang cantik, pilih homestay dekat Kampung Mawar. Kat sini, ada homestay yang buat korang rasa macam tengah tinggal kat kampung tradisional.
  • Tempat Lain: Ada juga homestay menarik kat Pantai Tengah dan Pantai Kok.

Pengangkutan

Bergantung kat lokasi homestay korang, kadang-kadang susah nak cari teksi atau Grab. Lagi senang, kalau korang sewa kereta je dari awal. Kalau tak nak sewa kereta, pilih homestay yang dekat dengan Pantai Cenang. Lagi satu, boleh jugak tanya tuan rumah homestay, mungkin diorang boleh tolong sikit.

Harga & Bajet

Yang best kat Langkawi ni ialah korang boleh dapat homestay yang best untuk 10 orang dengan harga bawah RM500 semalam je! Rata-rata, homestay bajet untuk 4 – 6 orang, korang boleh dapat serendah RM200 semalam. Kalau korang nak yang mewah sikit, kira-kira RM400 semalam dah boleh dapat.

Fasiliti & Kemudahan

Homestay di Langkawi biasanya takda swimming pool, sebab diorang refurbish rumah atau banglo je. Tapi ada jugak homestay jenis villa yang ada swimming pool atau infiniti pool kecil. Apa pun, korang boleh expect pemanas air, air cond, dan TV di majoriti homestay di Langkawi

Advertisement
Homestay Villa Terbaik di Langkawi
Pilihan kami di Shoptrack
1
Villa Homestay dengan Infiniti Pool
Recommended
Highlights
Lokasi di atas bukit dengan view lapang yang unik dan cantik.
Sesuai untuk keluarga besar tapi dengan bajet sederhana.
Ada infiniti pool, pilih dari 5 unit villa yang ada.

Antara villa di Langkawi yang agak terpencil dan dengan pemandangan padang lapang dan sunset terbaik ialah Alamanda Villas Langkawi. Advantage villa ni berbanding villa lain ialah ia atas bukit dan disediakan juga infiniti pool. Lokasi juga dekat dengan Kota Mahsuri dan cuma 15km dari Kuah. Ada 5 jenis unit villa.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM315 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Free WiFi, Air Conditioning, In-room Kitchen, Car Park, BBQ Facilities, Swimming Pool, Luggage Storage, Balcony / Terrace, Garden
Tips: Ada 5 jenis Villa di sini dengan kapasiti berbeza. Pilih view yang korang nak & saiz yang sesuai.
Jenis Penginapan
Deluxe Room
Family Room
Villa

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Alamanda Villas Langkawi ini disini ↓

Baca detail
2
Homestay Terbaik Untuk Honeymoon di Langkawi
Rating Terbaik
Highlights
Lokasi dekat dengan pantai, di Pantai Tengah. Suasana private.
Sesuai untuk percutian mewah atau honeymoon.
Harga yang agak mahal tapi dengan fasiliti unik seperti private pool dan view pantai.

Ambong Pool Villas adalah villa 5 bintang mewah yang terletak di Pantai Tengah, sesuai untuk honeymoon. Lokasinya terbaik, dekat dengan pantai dan dikelilingi hutan hijau dan suasana private. Ada private pool dan outdoor bath tub dan dengan fasiliti moden, baru dan cantik. Harganya agak mahal tapi kena dgn kualiti.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM5800 / Semalam
Check-in time : 2:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Breakfast, Free WiFi, Air Conditioning, Bathtub, Airport Transfer, Spa / Wellness Center, In-Hotel Restaurant & Bar, Laundry & Dry Cleaning, Private Swimming Pool, Shared Kitchen
TIps: ada unit dengan 1 bilik tidur dan ada unit dengan 3 bilik tidur. Check dulu berapa bilik tidur.
Jenis Penginapan
Villa

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Ambong Pool Villas ini disini ↓

Baca detail
3
Homestay Murah Bagus di Langkawi
Pilihan Bajet
Highlights
Lokasi yang sunyi dan terpencil, di kelilingi sawah padi.
Sesuai untuk percutian bajet dengan fasiliti moden.
Harga yang sangat berbaloi dan murah.

Kalau korang nak rasa pengalaman duduk di kampung sawah padi tanpa perlu penginapan mahal atau moden, boleh la berkunjung ke Che’ Pa Village yang terletak di tengah-tengah pulau Langkawi. Harga jauh lagi murah dari homestay atau villa lain tapi amenities sini masih lagi moden dan baru.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM330 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Free WiFi, Air Conditioning, Private Swimming Pool, Shared Kitchen
Jenis Penginapan
Villa

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Che' Pa Village Langkawi ini disini ↓

Baca detail
4
Homestay Tropika Mewah di Langkawi
Best Selling
Highlights
Lokasi dekat Pantai Tengah (450m) & Pantai Cenang (1.4km).
Sesuai untuk staycation & keluarga 2-6 orang.
Harga sedikit atas tapi sangat berbaloi dengan saiz dan servis yang ada.

Maneh Villa menawarkan bilik homestay dengan private pool dan suasana yang sangat relaxing. Seni deko ala Bali dikelilingi tanaman memang membuat harga berbaloi. Servis yang disediakan juga sangat baik, staff di sini sangat ramah. Lokasi pun tak perlu risau, Pantai Tengah cuma 450m dan Pantai Cenang hanya 1.4km.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM1300 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Breakfast, Free WiFi, Air Conditioning, Bathtub, 24-Hours Front Desk, Private Swimming Pool
Tip: Ada 5 jenis bilik di sini, pilih bilik dengan saiz yang sesuai.
Jenis Penginapan
Standard Room
Villa
Garden View Room
Rooms with Private Pool or Hot Tub

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Maneh Villa Langkawi ini disini ↓

Baca detail
5
Homestay Murah Terbaik Dekat Pantai Cenang
Pilihan Bajet
Highlights
Lokasi bagus, tak susah nak pergi Pantai Cenang.
Sesuai untuk pasangan atau keluarga 4 orang.
Harga yang agak berpatutan dengan suasana unik dan tenang.

Panji Panji Tropical Wooden Home yang berdekatan Pantai Cenang menawarkan suasana unik disebabkan seni bina chalet ni yang berasaskan bata merah, concrete dan kayu. Rekaan lebih kurang macam style kampung tapi fasiliti moden bersama swimming pool. Lokasi pun bagus, tak susah nak pergi Pantai Cenang.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM430 / Semalam
Check-in time : 2:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Free WiFi, Air Conditioning, Swimming Pool
Jenis Penginapan
Villa
Garden View Room

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Panji Panji Tropical Wooden Home ini disini ↓

Baca detail
6
Highlights
Menawarkan suasana homestay yang santai dan atmosfera yang sangat relaxing.
Lokasinya yang strategik, hanya 5 minit memandu atau 15 minit berjalan kaki ke pantai.
Ada pelbagai bilik yang comfy mengikut bajet korang, termasuk bilik yang boleh memuatkan hingga 12 orang.

Pondok Keladi Guest House adalah pilihan popular untuk pengunjung luar negara dan domestik yang mencari penginapan di Pantai Cenang yang jauh dari crowd. Dengan suasana homestay yang santai, korang akan selesa habis di sini. Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pantai dan kemudahan yang ada mencukupi untuk keperluan asas. Homestay di Langkawi ni juga menawarkan pengalaman yang unik dengan sentuhan tradisional Melayu dan atmosfera moden.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM130 / Semalam
Check-in time : 2:00 PM
Check-out time : 11:00 AM
Free WiFi, Air Conditioning, Shared Kitchen, Lounge Area, Garden
TIps: Pilih bilik dengan 3 katil kalau datang dengan family besar.
Jenis Penginapan
Family Room
Garden View Room

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Pondok Keladi Guest House ini disini ↓

Baca detail
7
Pilihan Keluarga
Highlights
Lokasi tepi pantai di Pantai Tengah.
Sesuai untuk percutian dengan keluarga besar (sehingga 9 orang) atau bajet.
Harga berpatutan dengan saiz unit 3 bilik tidur & 3 bilik air.

Rumah Jah di Langkawi ialah antara homestay dengan lokasi terbaik di Pantai Tengah sebab ia hanya 30m saja dari pantai. Villa ni cuma 1 unit jadi suasannya agak private, korang tak akan kongsi unit dengan orang lain. Harga agak berpatutan sebab ia ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air dengan balkoni sekali.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM960 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Free WiFi, Air Conditioning, Shared Kitchen
TIps: Book awal secara online sebab unit ni sangat popular.
Jenis Penginapan
Villa
Bungalow

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Rumah Jah Langkawi ini disini ↓

Baca detail
8
Homestay Murah Terbaik di Langkawi
Pilihan Bajet
Highlights
Lokasi sunyi dan terpencil, dikelilingi hutan dan view tinggi yang cantik.
Sesuai untuk percutian bajet bersama keluarga 4-6 orang.
Harga yang sangat berpatutan berbanding homestay lain.

Sari Village Jungle Retreat memang antara homestay murah terbaik di Langkawi. Bukan saja lokasinya yang dikelilingi flora dan fauna, tapi view pantai kat sini pun memang cun. Fasiliti yang ditawarkan agak sederhana tapi cukup. Nak ke pusat komersil seperti Pantai Cenang pun takda masalah, 15 minit je drive.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM450 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Free WiFi, Air Conditioning, In-room Kitchen, Swimming Pool
Tip: Cuba dapatkan unit yang tinggi untuk view pantai.
Jenis Penginapan
Suite
Rooms with Private Balconies or Patios
Rooms with Kitchenette or Full Kitchen

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Sari Village Jungle Retreat ini disini ↓

Baca detail
9
Homestay Murah Terbaik di Langkawi
Pilihan Bajet
Highlights
Lokasinya dekat dengan tarikan bersejarah seperti Kota Mahsuri.
Sesuai untuk keluarga 2 - 6 orang.
View sawah padi dan harga yang agak berpatutan berbanding homestay lain.

Kalau nak pernah terasa duduk homestay dengan seni tradisional Melayu di sawah padi dengan fasiliti yang moden, cantik dan baru, boleh lah cuba SUnset Valley Holiday Houses. Villa homestay ni bukan saja murah berbanding homestay moden lain, tapi lokasinya juga dekat dengan tarikan bersejarah seperti Kota Mahsuri.

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM300 / Semalam
Check-in time : 2:00 PM
Check-out time : 11:00 AM
Free WiFi, Air Conditioning, BBQ Facilities, Swimming Pool, Spa / Wellness Center
Tips: Kat sini ada banyak jenis unit dengan view berbeza. Pilih mengikut citarasa.
Jenis Penginapan
Standard Room
Garden View Room
Rooms with Private Pool or Hot Tub

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Sunset Valley Holiday Houses ini disini ↓

Baca detail
10
Homestay Terbaik Untuk Honeymoon Bajet di Langkawi
Pilihan Bajet
Highlights
Pilihan bajet untuk homesaty berdekatan pekan Kuah.
Terletak di bahagian kampung, suasana kawasan tenang dan terpencil sikit.
Bertemakan konsep terbuka: ada banyak tingkap dan dinding kaca yang korang boleh buka.

Villa Sri Kampung menawarkan suasana hutan yang terpencil dan private untuk pasangan berbulan madu. Harganya murah dan sangat berbaloi dan fasiliti yang disediakan sebenarnya agak moden walaupun villa ni bertemakan tradisional Melayu dan dibuat dari kayu. Lokasi juga berdekatan Kuah, memang best!

Baca detail
Tempahan & Pertanyaan
Info Ringkas
Harga dari RM490 / Semalam
Check-in time : 1:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Breakfast, Free WiFi, Air Conditioning, Bathtub, In-room Kitchen, Airport Transfer, Car Rental Service
Langkawi Night Market dalam 2km je dari sini.
Jenis Penginapan
Villa
Garden View Room

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Villa Sri Kampung Langkawi ini disini ↓

Baca detail

Kesimpulan

Nak recap sikit, kita tengok faktor-faktor yang penting sebelum booking homestay di Langkawi.

  • Lokasi: Pilih ikut citarasa korang, dekat pantai ke, dekat kampung atau berhampiran pekan. Antara yang popular ialah Pantai Cenang, Pekan Kuah dan Kampung Mawar.
  • Pengangkutan: Kalau tak nak susah, sewa kereta je. Tapi kalau takda kereta, consider homestay dekat Pantai Cenang.
  • Harga & Bajet: Langkawi memang ade homestay mengikut bajet korang. Rata-rata bermula dari RM200 semalam.
  • Fasiliti & Kemudahan: Swimming pool jarang ada tapi biasanya ade pemanas air, air cond, dan TV.

So, dengan mempertimbangkan semua ni, korang dah boleh la cari homestay terbaik di Langkawi yang paling sesuai dengan korang punye bajet dan citarasa. Pastikan korang buat tempahan awal sebab homestay popular ni cepat je penuh.

Advertisement
#Hashtag
Share artikel ini

Artikel ini ditulis oleh

Picture of ShoptrackTravel
ShoptrackTravel
Shoptrack Travel is a team of Asian travel writers and adventurers. We explore the hidden gems and must-see destinations of Asia, sharing our stories, travel spot recommendations and tips. Jom travel!

Makan Best Berdekatan

Explore Makan Best :Langkawi
error: Content is protected !!