fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Terma & Polisi Privasi Kami di Shoptrack

Terma Penggunaan serta Privasi laman ini membincangkan berkenaan maklumat peribadi (Personally Identifiying Information: PII) yang kami kumpul/ambil daripada anda ketika anda menggunakan laman kami www.shoptrack.my  “Laman” atau software, permainan serta servis lain yang kami sediakan di dalam Laman ini. Dengan melawat laman ini atau memberikan (PII) anda kami, anda telah bersetuju dengan terma dan polisi penggunaan di laman ini. Laman kami akan membuat kemas kini dan berubah setiap masa, dan polisi ini juga mungkin berubah selari dengan perubahan yang berlaku.

Janji Privasi Shoptrack

Kami sangat komited dalam menjaga privasi anda pada setiap masa. Kami komited dalam perkara ini: (1) Kami tidak akan memberikan butiran peribadi pengguna kami selain diberi kebenaran untuk berbuat demikian dan (2) jika kami tidak mendapat kebenaran daripada anda untuk memberikan butiran peribadi anda, kami Cuma akan memberikan statistik kepada pengiklan kami berkenaan bilangan pengguna yang melawati laman web kami serta corak trafik.

Informasi Peribadi

Shoptrack tidak mewajibkan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi (PII) ketika anda mahu mengakses laman www.shoptrack.my. Bagaimanapun, jika anda berkenan untuk mengisi sebarang survey, kami akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan juga alamat e-mel. Shoptrack akan sentiasa mengawasi jumlah pengunjung yang membaca laman kami, berita mana yang mereka lawati dan berapa lama anda berada di laman kami. Sebagai tambahan, Shoptrack mengumpul maklumat daripada pengunjung yang menekan pada iklan kami supaya kami dapat mengukur minat pengunjung terhadap iklan berkenaan dan mengumumkannya kepada pengiklan kami berapa pengunjung yang sudah menekan pada iklan atau konten berbayar berkenaan

Kami mengumpul maklumat pengguna ini untuk dua perkara utama: (1) untuk kami terus membuat penambahbaikan terhadap konten yang kami tawarkan; dan (2) untuk menjual ‘sponsorship’ di laman kami kepada pengiklan yang sesuai. Shoptrack mendedahkan informasi ini kepada pengiklan.

Pengunjung tidak wajibkan untuk berkongsi maklumat peribadi mereka. Namun, dengan tidak berkongsi maklumat tersebut, mereka tidak akan menerima apa-apa kemaskini atau perubahan dari laman web atau syarikat.

Cookies dan Penjejakan

(a) Cookies. Seperti mana-mana Laman Sesawang yang lain, kami juga menggunakan “Cookies”. Cookies adalah ‘alphanumeric identifiers’ yang kami pindahkan ke hard drive computer anda melalui konten laman kami supaya system kami dapat mengenal pasti pelayar web anda. Kami menggunakan cookies untuk mengingatkan kami informasi anda dan pautan aktiviti anda. Disebabkan anda anda boleh mengambil langkah untuk memadam atau menyekat cookies, jika anda mengaktifkannya, servis ini tidak akan berfungsi seperti apa yang kami telah reka. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil langkah ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini di pelayar web anda. Cookies kami tidak akan mengutip PII yang anda berikan kepada kami ketika proses pendaftaran, tetapi ianya akan mengutip informasi lain seperti:

  1. Nama Domain serta host dari mana anda mengakses Internet dan alamat Internet laman yang menghubungkan kepada alamat emel kami;
  2. Masa dan tarikh anda mengakses laman dan kandungan laman kami;
  3. Alamat IP komputer anda dan maklumat tentang platform, dan jenis pelayar web yang anda gunakan (serta versi yang anda gunakan);
  4. Demographic serta butiran bukan peribadi tentang anda; dan
  5. Informasi untuk mencegah penyalahgunaan atau penipuan.
 

(b) Google Analytics. Ini melibatkan ‘cookies’ di pihak-pertama untuk melaporkan interaksi pengunjung di laman web. ‘Cookies’ ini digunakan untuk menyimpan maklumat yang tidak dapat mengenalpasti pengunjung secara peribadi. Pelayar web tidak akan berkongsi ‘cookies’ pihak-pertama di seluruh domain.

Polisi Emel Shoptrack

Apabila anda memberi alamat emel melalui borang langganan surat-berita, anda memberi kebenaran untuk kami menghantar emel berkaitan dengan langganan surat-berita atau membenarkan kami untuk menghantar maklumat berkenaan laman web ini, yang mana kami percaya adalah dalam kepentingan anda. Permintaan tersebut adalah secara sukarela sahaja, supaya anda tidak sengaja bersetuju untuk menerima emel yang tidak dikehendaki.

Jika anda mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik melalui dalam talian, anda boleh menerima emel pengesahan untuk mengesahkan interaksi anda dengan laman web kami. Apabila anda memberi alamat emel tersebut kepada kami di bawah keadaan ini, anda akan lihat satu kotak, apabila dipilih oleh anda, ia akan membolehkan Shoptrack untuk menghubungi anda melalui emel, berkaitan dengan kaji selidik tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan kaji selidik di laman web kami, anda boleh emel kepada kami di hello@shoptrack.my.

Sekiranya kami ada meminta maklumat tambahan, seperti data kewangan atau umur (contohnya, melalui kaji selidik di atas talian), maklumbalas anda adalah sentiasa secara sukarela.

Pertandingan atau Hadiah

Satu-satunya pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila kami mengadakan pertandingan atau pemberian hadiah, terdapat kemungkinan kami akan berkongsi alamat emel anda dengan syarikat atau penaja yang telah memberikan hadiah-hadiah.

Pendedahan maklumat peribadi kepada pihak ketiga

Pautan ke laman web lain: Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak terkawal, walaupun sebahagian daripada mereka mungkin memaparkan logo Shoptrack. Shoptrack tidak boleh bertanggungjawab terhadap dasar privasi syarikat lain. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati di internet.

Bergantung kepada keadaan, Shoptrack menaja hadiah khas dan pertandingan yang dihoskan oleh laman web rakan kongsi, yang mungkin memerlukan pelayan web anda menerima ‘cookies’.

Pendedahan yang dikehendaki: Shoptrack bekerjasama dengan semua pertanyaan daripada penguatkuasa undang-undang dan berhak untuk mendedahkan maklumat pengenalpastian atau agregat secara peribadi berkaitan dengan sepina atau permintaan yang diperuntukkan oleh mahkamah untuk maklumat tersebut.

Keselamatan

Shoptrack telah melabur, dan akan terus melabur, dalam keselamatan kualiti terbaik untuk menjaga akses kepada maklumat, kualiti data, dan keselamatan fizikal pelayan di mana maklumat disimpan. Laman kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak dapat menjamin bahawa penggodam tidak akan mendapat akses kepada komunikasi antara anda dan laman web ini.

Polisi Penggunaan Gambar

Internet adalah lautan dan rangkaian media sosial, adalah taman permainan kami. Di sinilah kita mengenalpasti dan memilih petikan, foto, video, meme, blog, dan sebagainya. Ia adalah DNA kepada mengawasi dan mencipta kandungan cerita di Shoptrack. Sekiranya anda melihat sesuatu yang anda miliki di Shoptrack tetapi lebih suka untuk kami keluarkan dari laman web, tulis kepada kami di hello@shoptrack.my dengan pautan ke cerita tersebut. Sekiranya sesuatu telah dikreditkan dengan salah atau disalah digunakan, tulis kepada kami juga dan bawa kami ke jalan yang betul.

Hak Shoptrack untuk mengubah dasar privasi dan tiada halangan untuk pemindahan aset

Shoptrack boleh mengubah dasar ini pada bila-bila masa. Anda harus mengkaji semula dasar privasi kami secara berkala untuk memastikan bahawa anda sudah mengetahui dasar semasa kami. Penggunaan laman web oleh anda berikutan sebarang pengubahsuaian kepada dasar privasi akan secara konsisten dianggap menerima syarat dasar privasi ini dan sebarang perubahan kepada dasar tersebut. Tiada apa-apa dalam dasar privasi ini bertujuan untuk menghalang hak atau keupayaan Shoptrack untuk memindahkan, menjual atau melupuskan mana-mana asetnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan Shoptrack. Jika anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang berkenan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengurus atau menyimpan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di hello@shoptrack.my

error: Content is protected.