Restoran Kak Yan Nasi Campur
- Last update 25 April 2023
- 4:24 pm
Dalam kategori:
Makan tengah hari di Restoran Kak Yan Nasi Campur yang menyediakan pelbagai hidangan Melayu dan Thai dengan harga yang sangat berpatutan. Kat sini, bukan saja orang tempatan malah pelancong asing juga selalu berkunjung. Kawasannya luas dan parking pun senang nak dapat. Masakan pun selalu fresh.
Info Ringkas
Masakan & Menu Restoran Kak Yan Nasi Campur
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Satu idea untuk makan tengah hari di Langkawi ialah di Restoran Kak Yan. Ada macam-macam jenis lauk masakan Melayu dan Thai yang korang boleh cuba kat sini. Mesti ada lauk yang korang suka. Ikan keli berlada kat sini bagi kami, agak sedap dan fresh.
Harga pun agak murah berbanding restoran lain di Langkawi dan kawasannya memang luas jadi tak perlu risau kalau terlalu ramai orang, tunggu sekejap je dah boleh cari meja.
Kat sini ada dihidangkan sarapan pagi dan makan tengah hari. Kalau korang boleh datang sebelum pukul 12 untuk lunch, lagi better sebab masakan masih lagi panas.
Lokasinya di Kampung Padang Gaong, dalam 10 minit drive dari Airport. Tapi kalau korang duduk Pantai Cenang, lokasinya agak jauh – dalam 20 minit drive.
Peta Lokasi & Alamat
/ Semalam
/ Semalam