Underwater World Langkawi
- Last update 22 September 2023
- 3:01 pm
Dalam kategori:
Kalau pergi ke Langkawi dengan anak-anak, apa kata singgah Underwater World Langkawi. Kat sini ada lebih kurang 4,000 spesis haiwan laut untuk kita tengok dengan tunnel sepanjang 15 meter. Harga tiket pun tak mahal sangat dan sebenarnya sangat berbaloi. Boleh jugak tengok waktu feeding kat sini.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Aquaria hidupan laut ni dah lama jadi antara tarikan utama di Pulau Langkawi sejak bermula operasi pada tahun 1995.
Tarikan Utama di Underwater World
Seperti di aquaria KLCC, kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis spesis marine – hampir 4,000 spesis dalam keluasan 6 ekar – termasuk penyu, penguin, ikan jerung, dan bermacam lagi.
Ada lebih 11 zon di sini termasuk:
- Zon River Ecosystem: Tanki hidupan sungai dari 5 benua.
- Zon Tropical Rainforest: Spesis burung seperti flamingoes dan hidupan air seperti ikan arowana.
- Zon Temperate: Ada tunnel 8 meter di mana korang boleh tengok penguin berenang.
- Zon Tunnel Tank: Ada tunnel sepanjang 15 meter di bawah tanki ikan pari gergasi, penyu & hiduap laut lain.
Antara highlight kat sini juga ialah Penguinarium iaitu tempat khas untuk penguin di mana korang boleh ambil gambar dengan penguin. Kanak-kanak mesti suka habis.
Kalau sempat, tengok juga waktu feeding kat sini.
Peta Lokasi & Alamat
powered by Google Maps
Harga Tiket Underwater World Langkawi
Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket Underwater World Langkawi bermula dari RM33 bagi kanak-kanak dan RM43 bagi dewasa.
Bagi Pelancong Asing pula, harga tiket Underwater World Langkawi bermula dari RM43 bagi kanak-kanak dan RM53 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM 33 | RM 43 | RM 33 |
Pelancong Asing | RM 43 | RM 53 | RM 53 |
Promosi Klook Warganegara | RM 30 | RM 43 | RM 43 |
Promosi Klook Pelancong Asing | RM 40 | RM 47 | RM 47 |
Book Tiket Murah
Jadual Waktu Feeding
- Anjing Laut: 2.30 PM (Sabtu-Khamis), 4.00 PM (Jumaat).
- Penguin Africa: 11 AM & 2.45 PM (setiap hari).
- Penguin Rockhopper: 11.15 AM & 3 PM (setiap hari).
- Tunnel Tank: 3.30 PM.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Underwater World Langkawi on Instagram
Soalan Lazim
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam