
Tanjung Rhu Resort Langkawi
- Last update 21 September 2023
- 3:23 pm
Dalam kategori:
Tanjung Rhu Resort di bahagian utara Langkawi ni tempat yang perfect untuk korang yang nak cuti yang premium, tenang, dan dikelilingi keindahan semula jadi Langkawi. Memang berbaloi walaupun harganya agak atas sikit. Cuma transportation kat sini susah sikit so korang kena plan betul-betul.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Nak cuti-cuti kat Langkawi tapi nak tempat yang lain daripada yang lain? Pernah dengar pasal Tanjung Rhu Resort? Lokasi dia kat Tanjung Rhu, bahagian utara Langkawi. Bestnya, resort ni 5 bintang tau, tapi bukan kat area yang sesak dan bising. Lagi best kalau korang plan nak honeymoon atau bawak family chill.
Hotel
Okay, jujur la, Tanjung Rhu Resort ni harga dia memang mahal sikit kalau nak banding dengan resort lain kat Langkawi. Tapi, pengalaman dan keselesaan memang berbaloi. Bangunan resort memang ada vintage vibe, sebab dah lama. Tapi, jangan risau, keadaan dia tip-top! Lagi-lagi dengan pantai tepi hotel yang cantik dan bersih, memang syok lepak!
Bilik
Ada 8 jenis bilik untuk korang pilih. Semua ada class dan memang luxurious habis. Tapi, ada satu je jenis bilik yang ada view laut. So, nak booking, jangan main redah je. Pastikan korang pilih yang betul-betul menghadap laut. Every bilik dijaga dengan rapi, selesa, dan bersih – memang layak dapat title 5 bintang!
Fasiliti & Lokasi
Fasiliti yang ada kat sini memang lengkap. Kalau korang jenis suka aktif, ada banyak aktiviti sukan dan juga sukan air. Nak merasa ATV ke, mangrove tour naik bot, semua ada.Cuma kebanyakan aktiviti tu third party. Satu je yang kurang, lokasi resort ni jauh sikit dari pusat bandar. So, tempat makan memang limited sikit. Tapi, makanan dalam hotel ni agak sedap sebenarnya! Grab susah sikit nak dapat, so kalau plan nak keluar, try tengok kalau hotel boleh bantu.
Gallery Gambar Tanjung Rhu Resort Langkawi








Peta Lokasi & Alamat
powered by Google Maps
Check Harga Murah

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam







