Tanjung Tirai Seafood Restaurant
- Last update 25 April 2023
- 4:28 pm
Dalam kategori:
Nak cari seafood di Langkawi dengan view tepi laut? Boleh lah singgah Tanjung Tirai Seafood Restaurant atau Tanjung Tirai View Cafe. Kat sini korang boleh rasa pelbagai jenis ikan bakar, ketam, sotong, udang dan macam-macam lagi. Restoran ni juga baru berpindah ke lokasi baru. Suasana kat sini tenang dan santai.
Info Ringkas
Masakan & Menu Tanjung Tirai Seafood Restaurant
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Bila pergi bercuti di kawasan tepi laut, mesti mengidam ikan bakar kan? Haa, satu port ikan bakar yang korang boleh cuba di Langkawi ialah Tanjung Tirai Seafood Restaurant, bawah sikit dari pekan Kuah.
Kat sini ada pelbagai jenis makanan laut, bukan ikan je. Ketam, sotong, udang semua ada tapi ikan bakar kat sini boleh tahan. Paling best, restoran ni tepi laut, so dapatlah atmosphere bayu laut Langkawi, macam di Melaka.
Harga mungkin mahal sikit untuk sesetengah orang tapi tak terlalu mahal (sebab ikan fresh memang mahal sikit lah). Apa pun, kat restoran ni suasana memang santai dan best.
Peta Lokasi & Alamat
/ Semalam
/ Semalam