
Paradise 101 Langkawi
- Last update 22 September 2023
- 3:00 pm
Dalam kategori:
Habiskan satu hari di pulau peribadi dan dapatkan pengalaman sunset paling cantik di Langkawi di Paradise 101. Di sini korang boleh juga cuba sukan air seperti kayaking, jet ski, zipline dan sunset cruise atau hanya sekadar lepak di pulau ni dengan harga yang sangat berbaloi. Fasiliti yang disediakan pun lengkap.
Harga masuk tak mahal sangat tapi korang kena bayar extra untuk aktiviti seperti Jet Ski, kayak atau Aqua Park. Banding dengan tempat lain, agak murah juga sebenarnya.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Mesti ramai yang dah pernah dengar pasal Paradise 101 di Langkawi kan? Tapi apa aktiviti ni sebenarnya?
Ada Apa Di Paradise 101?
Tempat ni ialah satu pulau peribadi buatan di Langkawi yang juga menyediakan pelbagai aktiviti sukan air, restoran, dan juga cruise. Sekali masuk korang boleh habiskan satu hari di pulau ni kalau nak, macam theme park. Tapi caj yang dikenakan bergantung kepada aktiviti yang korang nak.
Relax, Refresh & Recharge
Kalau nak lepak saja di pulau ni, caj lebih kurang RM50 pax saja dan ada banyak aktiviti dan fasiliti di sini termasuk sunset deck, beach volleyball, tempat memancing, board games, surau dan tandas. Semua dengan view pulau jauh dari orang ramai. Makanan di restoran sini sedap tapi agak mahal. Nak swimming boleh tapi kena pakai life jacket (had 2 jam).
Yang best, caj ni sebenarnya dah masuk boat transfer untuk pergi dan balik dari pulau ni (dari Jetty Paradise 101, Kampung Kok).
Aktiviti Sukan Air & Anggaran Harga
Untuk aktiviti sukan air, ada caj tambahan, kosnya bergantung kepada aktiviti tu. Tapi lagi murah kalau beli pakej dan booking awal-awal.
- Jet Ski – (Dari RM215)
- Banana Boat – (RM47/pax)
- Kayak – (RM35/pax)
- Parasailing – (Dari RM318)
- Sunset Cruise
- Zipline – (RM39/pax)
- Aqua Park – (RM42/pax)
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Paradise 101 Langkawi
Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket Paradise 101 Langkawi bermula dari RM0 bagi kanak-kanak dan RM49 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM 0 | RM 49 | RM 49 |
Shared Sunset Cruise + Banana Boat Ride/Kayaking | RM 149 | RM 199 | RM 199 |
Sajian Pulau @ Paradise 101 | RM 35 | RM 49 | RM 49 |
Book Tiket Murah
Tips Untuk Berkunjung Ke Paradise 101
- Beli pakej aktiviti siap-siap sebab lagi murah dan berbaloi.
- Towel ada disediakan, tapi bawa sendiri lagi elok.
- Jetty berlepas ke pulau ni terletak berdekatan The Danna Hotel di Pantai Kok.
- Bawa sunscreen, beg, pakaian extra dan cash sikit.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Paradise 101 Langkawi on Instagram
Soalan Lazim

/ Seorang
/ Seorang

/ Seorang
/ Seorang

/ Seorang
/ Seorang





/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam