Cili Kampung Langkawi
- Last update 28 Jun 2023
- 12:11 pm
Dalam kategori:
Nak masakan Melayu sedap di Langkawi? Antara restoran yang korang mesti cuba ialah Cili Kampung Langkawi di Kedawang, berdekatan Airport. Restoran ni ada deko dan suasana menarik. Tapi rasa masakan seperti asam pedas, sambal udang petai dan daging salai memang sedap. Harga agak mahal jadi kalau takut overbudget, elak seafood.
Info Ringkas
Masakan & Menu Cili Kampung Langkawi
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Ada banyak restoran masakan Melayu yang sedap di Langkawi, terutama yang ada seafood. Cili Kampung Langkawi ialah salah satu restoran yang korang boleh cuba, walaupun harganya agak tinggi sedikit berbanding restoran masakan Melayu lain.
Masakan di sini boleh kata semua sedap. Kalau datang, bolehlah cuba asam pedas, masak lemak daging salai, sambal udang dan sotong. Deko dan suasana di sini pun tenang dan ada feel kampung. Memang best kalau bawa family atau kawan-kawan.
Restoran mula buka pukul 6 petang dan ada parking jugak (RM5 sekali masuk). Tapi kalau korang takut kena bayar terlalu banyak, boleh tanya dulu harga seafood atau elak ambil udang atau ikan.
Peta Lokasi & Alamat
Gambar di instagram
*Random public photos of # Cili Kampung Langkawi on Instagram
Contact & Connect
/ Semalam
/ Semalam