Aquaria KLCC
- Last update 22 September 2023
- 2:55 pm
Dalam kategori:
Aquaria KLCC memang satu tempat menarik popular dalam kalangan penduduk Lembah Klang. Kat sini, korang boleh bawa anak untuk belajar tentang bermacam jenis spesis laut – dari mana ia datang, apa ia makan dan sebagainya. Nak tengok piranha pun boleh. Semua sekali ada lebih 5000 hidupan laut di akuarium ni.
Kat sini juga ada live feeding dan pelbagai exhibit habitat air. Nak tengok semua akan ambil sekitar 90 minit. Tapi elak hujung minggu sebab lagi mahal dan ramai orang.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Kalau korang minat belajar tentang spesis ikan, memerang, belut, dan pelbagai lagi hidupan laut, boleh la lawat Aquaria KLCC. Bukan korang je, tapi aktiviti ni juga sesuai untuk memupuk minat anak-anak dalam bidang biologi.
Tarikan Utama Di Aquaria KLCC
Kat sini korang boleh tengok hidupan laut yang jarang nampak, terbahagi kepada beberapa zon. Akan ambil sekitar 90 minit kalau nak tengok semua zon.
- Evolution Zone: Pelbagai ikan termasuk ikan piranha.
- The Stream: Hidupan di tebing sungai, memerang.
- Underwater Shipwrecks: Bertemakan kapal karam, ada belut, ikan laut dan pelbagai batu karang.
- Deep Forest: Ikan Arapaima sebesar 10 kaki dan ikan pari gergasi.
- The Coast: Hidupan di hutan paya bakau & laut pantai tropika.
- Living Ocean: Tunnel 90 meter dengan ikan jerung Sand Tiger, ikan pari Shovelnose, penyu.
- Weird & Wonderful: Ikan bioluminescent & spesis pelik.
Feeding Time
Ada waktunya korang boleh tengok staff Aquaria beri makan kepada haiwan di sini. Boleh tengok cara ikan piranha makan, dahsyat jugak lah. Selain beri makan kepada haiwan-haiwan ni, ada juga sikit animal show.
Tunnel Akuarium
Terowong bawah air akuarium kat sini pun lebih 90 meter panjangnya. Ada travelator so tak perlu jalan sepanjang tunnel ni. Tunnel ni terletak di zon Living Ocean.
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Harga tiket Aquaria mahal sikit dan kawasannya tak besar macam akuarium di tempat lain, tapi memandangkan lokasinya yang sangat convenient dan kalau elak waktu sesak, agak berbaloi jugak lah.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Aquaria KLCC
Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket Aquaria KLCC bermula dari RM42 bagi kanak-kanak dan RM52 bagi dewasa.
Bagi Hujung Minggu / Cuti pula, harga tiket Aquaria KLCC bermula dari RM45 bagi kanak-kanak dan RM55 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM 42 | RM 52 | RM 52 |
Hujung Minggu / Cuti | RM 45 | RM 55 | RM 55 |
Promosi Klook Hari Biasa | RM 35 | RM 45 | RM 45 |
Promosi Klook Hujung Minggu | RM 39 | RM 49 | RM 49 |
Beli Tiket
Jadual Feeding Time
Ini antara waktu feeding untuk exhibit atau zon yang paling best. Jadual penuh ada di website Aquaria.
- 11.30 AM & 4.00 PM – Memerang
- 12.30 PM & 3.30 PM – Tunnel Living Ocean
- 1.00 PM – Zon Weird & Wonderful
- 2.30 PM (Isnin, Rabu, Sabtu) – Ikan Arapaima
- 3.00 PM (Isnin, Rabu, Sabtu) – Jerung Sand Tiger
- 4.00 PM – Piranha
Tips
- Kalau nak cari tiket murah, boleh cuba check online kalau ada promosi.
- Elak waktu weekend, ramai sangat orang terutama waktu tengah hari. Datang isnin & rabu.
- Aquaria KLCC ni terletak di sebelah Suria KLCC, bukan dalam Suria KLCC. Korang kena keluar ke taman KLCC di ground floor dan terus ke Kuala Lumpur Convention Centre.
- Kalau naik LRT senang. Turun di stesen LRT KLCC.
- Lepas lawat sini, boleh pergi makan atau shopping di Suria KLCC.
Tempat Menarik Lain Berhampiran KLCC
Antara tarikan menarik lain berhampiran Aquaria ialah Superpark KL di Avenue K dan Petrosains di Suria KLCC. Dua-dua memang best untuk kanak-kanak.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Aquaria KLCC on Instagram
Soalan Lazim
Free / No Entry Charge
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam