Read this article in : English
Top 10 Hotel Terbaik di Langkawi 2024 (Bajet & Family)
- Last update 7 Februari 2024
- 3:45 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 1,695 Views
Langkawi, salah satu pulau paling cantik di Malaysia, memang lengkap dengan infrastruktur yang memudahkan pelancong. Kalau korang belum pernah sampai, memang wajib try sebab banyak aktiviti menarik yang boleh korang try, dari merasa makanan tempatan hingga menjelajah alam semula jadi!
Jom kita tengok senarai hotel terbaik di Langkawi pilihan kami.
Tips Pilih Hotel Terbaik di Langkawi
Lokasi
Pantai Cenang adalah salah satu lokasi yang paling popular di Langkawi. Kat sini, korang akan jumpa banyak kafe, restoran, dan shopping mall, semua dekat dengan pantai yang bersih. Pekan Kuah pulak ialah pusat komersil Langkawi yang memang sibuk, tapi banyak juga pilihan hotel. Ada juga hotel-hotel eksklusif di bahagian utara Langkawi dan destinasi lain seperti Pantai Tengah dan Pantai Kok. Jadi, dalam mencari hotel terbaik di Langkawi, lokasi memang penting.
Rating Bintang Hotel
Kalau korang nak cuti yang mewah dan classic, ada banyak pilihan hotel 5 bintang di Langkawi. Tapi, kalau budget agak limited, ada juga hotel 3 atau 4 bintang yang cukup selesa di sekitar Pantai Cenang. Walaupun beberapa hotel ni dah agak lama, kebanyakan hotel di maintain dengan baik, menjadikan ia salah satu faktor penting dalam pemilihan hotel terbaik di Langkawi.
Harga
Dari hotel bajet hingga resort eksklusif, semua ada di Langkawi. Korang boleh dapat hotel bajet dengan harga kurang dari RM100 semalam, atau kalau nak feeling-feeling mewah, ada resort yang harga start dari RM1500 semalam.
Pengangkutan
Bergantung pada lokasi hotel, mungkin susah sikit nak dapat Grab atau teksi. Jadi, lebih baik korang sewa kereta atau motor. Kalau tak nak sewa, pilih hotel yang dekat dengan Pantai Cenang sebab senang nak dapat pengangkutan. Plan dengan betul dan mintak nasihat dari staff hotel kalau tak pasti.
A Rock Resort Langkawi ni perfect untuk korang yang nak escape dari bising bandar. Dengan harga berpatutan, korang boleh nikmati penginapan unik tengah-tengah hutan, dengan suasana yang tenang dan sejuk mata memandang. Tambah lagi, ada satu kolam renang bulat di tengah-tengah hotel ni. Tapi transportation kat sini tak berapa senang kalau korang tak drive sendiri.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan A Rock Resort Langkawi ini disini ↓
Aloft Langkawi Pantai Tengah ni memang patut ada dalam list korang kalau plan nak holiday kat Langkawi. Selesa, modern, dan lokasi yang dekat dengan Pantai Cenang tapi tak dekat sangat sampai boleh dengar bunyi bising dan crowd yang ramai.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Aloft Langkawi Pantai Tengah ini disini ↓
Berjaya Langkawi Resort memang tempat idaman untuk korang yang cari ketenangan dan keindahan alam semula jadi, sambil menikmati kemewahan resort 5 bintang. Tak salah pilih resort ni untuk bercuti sekeluarga atau berbulan madu. Harga dia agak mahal sikit tapi tak lah terlalu mahal macam resort 5 bintang lain. Memang OK.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Berjaya Langkawi Resort ini disini ↓
Casa Del Mar Langkawi bukan sekadar hotel biasa. Dengan rekaan yang memukau ala-ala Spanish villa, ia terletak betul-betul depan Pantai Cenang – imagine bangun pagi dengan pemandangan laut yang tenang. Walaupun harganya mungkin lebih kepada taraf premium, tapi apa yang korang bayar memang berbaloi dengan kualiti bilik, perabot mewah dan pemandangan yang ditawarkan.Servis dan staff semua terbaik.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Casa Del Mar Langkawi ini disini ↓
Dalam banyak-banyak hotel kat Langkawi, Chill Box Langkawi memang standout sebab suasana tenang dan view dia. Walaupun fasiliti tak banyak, tapi dengan harga yang berpatutan dan bilik yang selesa, memang berbaloi lah!
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Chill Box Langkawi ini disini ↓
Mercure Langkawi Pantai Cenang memang satu pilihan yang best untuk korang yang nak ke Langkawi. Lokasi strategik – cuma 2 minit ke Pantai Cenang. Biliknya lebih luas dari biasa, dan fasiliti yang memang agak complete. Walaupun bangunan luaran dia nampak sikit berusia, tapi dalamannya memang moden habis.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Mercure Langkawi Pantai Cenang ini disini ↓
Ramada by Wyndham Langkawi Marina ni memang sesuai untuk korang yang nak experience suasana marina dengan view laut yang gempak. Bilik-bilik dia luas, ada yang ada balcony. Kolam renang walaupun tak besar, tapi memang cukup-cukup untuk korang chill. Restoran tepi laut dia? Wah, jangan cakap, makan sambil tengok laut memang syiok habis! Lokasi pun strategik, dekat dengan Kuah Jetty dan Pekan Kuah. So kalau rasa macam nak shopping ke, makan ke, semua senang je nak pergi.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Ramada by Wyndham Langkawi Marina ini disini ↓
Royale Chenang Resort ni memang pilihan yang bagus untuk korang yang nak dekat dengan Pantai Tengah, tapi taknak suasana bising. Dengan harga berpatutan, suasana tenang, dan bilik yang best, memang tak rugi korang duduk sini.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Royale Chenang Resort ini disini ↓
Tanjung Rhu Resort di bahagian utara Langkawi ni tempat yang perfect untuk korang yang nak cuti yang premium, tenang, dan dikelilingi keindahan semula jadi Langkawi. Memang berbaloi walaupun harganya agak atas sikit. Cuma transportation kat sini susah sikit so korang kena plan betul-betul.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Tanjung Rhu Resort Langkawi ini disini ↓
The Datai Langkawi ni memang pilihan top kalau korang nak cuti-cuti mewah di Langkawi. Dengan suasana alam semulajadi, fasiliti 5 bintang dan lokasi yang memang perfect and sangat terpencil, korang memang takkan menyesal!
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan The Datai Langkawi ini disini ↓
Kesimpulan
- Lokasi: Memilih lokasi yang strategik seperti Pantai Cenang atau Pekan Kuah boleh memudahkan korang untuk menikmati apa yang terbaik di Langkawi.
- Rating Bintang Hotel: Pemilihan hotel bergantung pada keperluan dan bajet korang, sama ada hotel 5 bintang atau hotel yang lebih bajet.
- Harga: Langkawi menawarkan hotel untuk setiap bajet, jadi korang boleh pilih yang mana sesuai dengan korang.
- Pengangkutan: Plan pengangkutan korang dengan betul dan pilih hotel yang memudahkan korang untuk mendapatkan pengangkutan umum atau sewa kenderaan.
Artikel ini ditulis oleh