Mercure Langkawi Pantai Cenang
- Last update 28 September 2023
- 11:37 am
Dalam kategori:
Mercure Langkawi Pantai Cenang memang satu pilihan yang best untuk korang yang nak ke Langkawi. Lokasi strategik – cuma 2 minit ke Pantai Cenang. Biliknya lebih luas dari biasa, dan fasiliti yang memang agak complete. Walaupun bangunan luaran dia nampak sikit berusia, tapi dalamannya memang moden habis.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Mercure Langkawi Pantai Cenang ni satu hotel 4 bintang yang memang strategik lokasinya kat Pantai Cenang. Walaupun dia tak betul-betul tepi pantai, tapi nak pergi pantai pun senang je, kena jalan kaki 2 minit je, dah sampai. Design hotel ni memang moden, dan yang bestnya, dekat dengan segala aktiviti seronok dan makanan sedap di Pantai Cenang.
Hotel
Dari luar, hotel ni macam ada vibe apartment tingkat rendah. Mungkin korang nampak banggunannya dah sikit berusia, tapi jangan silap. Dalam hotel ni, semuanya moden dan dihias dengan baik.
Bilik
Banyak pilihan bilik kat sini tau, ada 11 jenis! Walaupun cuma 3 jenis je yang menawarkan ocean atau sea view, tapi apa yang membezakan Mercure Langkawi Pantai Cenang ni dari hotel lain kat Pantai Cenang ialah saiz bilik. Bilik kat sini memang luas-luas dan selesa.
Fasiliti & Lokasi
Dekat sini ada kolam renang yang besar giler, dengan tempat duduk yang memang selesa nak lepak-lepak. Kalau korang suka workout, ada juga fitness center. Pagi-pagi, korang boleh makan breakfast buffet yang sedap di restoran hotel ni. Oh ya, kalau korang nak shopping ke apa, Cenang Mall dekat je, jalan kaki 200 meter dah sampai!
Gallery Gambar Mercure Langkawi Pantai Cenang
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam