Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 12 Vacuum Cordless Terbaik Malaysia 2026 (Jenama Kualiti)

Hari ini : ✨ Raya Mega Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Vacuum Cordless Terbaik Murah Malaysia
"Lebih senang simpan kalau Cordless ni"

Tengah cari vacuum cordless (tanpa wayar)? Dalam artikel ni, kita akan tengok faktor apa perlu kita pertimbangkan sebelum beli vacuum cordless dan juga review top 12 Jenama Vacuum Cordless Terbaik (tanpa wayar) pilihan Shoptrack yang popular di Shopee & Lazada!

Ada banyak sangat jenama Vacuum Cordless ni, jadi untuk mudahkan proses pemilihan korang, kami pilih model Vacuum Cordless yang bagus dari segi pembersihan, penggunaan, prestasi, dan juga harga.

Tapi sebelum itu, kita tengok dulu kalau Vacuum Cordless ni sesuai atau tidak untuk rumah korang.

Jenis Vacuum Cleaner

Vacuum cleaner ada 3 jenis utama: Cordless Vacuum Corded Vacuum dan Robot Vacuum. Kalau korang nak tau apa jenis vacuum cleaner terbaik untuk rumah korang, korang kena tanya dulu apa area kat rumah tu yang kena vacuum (lantai, langsir, sofa, dll.) dan apa kekerapan kena guna vacuum.

Robot Vacuum sangat efektif untuk bersihkan lantai dengan senang. Goyang kaki je. Tapi tak boleh guna untuk bersihkan barang lain seperti langsir. Untuk pembersihan secara menyeluruh, korang perlukan Vacuum Cordless atau Vacuum Berwayar.   

Vacuum Cordless vs Berwayar

Kelebihan Vacuum Cordless Vs Vacuum Corded

  • Lebih ‘mobile’ dan fleksibel.
  • Lebih ringan dan senang untuk diguna.
  • Boleh tukar jadi ‘handheld mode’ untuk kereta, sofa atau langsir.
  • Sesuai untuk rumah yang ada binatang peliharaan.

Kekurangan Vacuum Cordless Vs Vacuum Corded

  • Lebih mahal dari segi kekuatan penyedutan yang sama.
  • Selalu boleh tahan 30 – 60 minit sebelum kena charge.
  • Kapasiti tangkungan habuk lebih kecil.

Kalau ada masa, baca juga Panduan Beli Vacuum Cordless di bawah.

Kalau korang dah set nak beli Vacuum Tanpa Wayar, jom tengok pilihan vacuum cordless terbaik kami. Ini cara kami pilih untuk senarai ni.

Cara Kami Pilih

Antara faktor penting Vacuum Cordless yang perlu dipertimbangkan adalah:

  • Kekuatan Penyedutan: Diukur dengan Kilopascal (kPa) atau Air Watts (AW). Kami pilih yang hanya yang melebihi 19 kPa atau 90AW, sehingga 30 kPa atau 200 AW. Untuk kebanyakan proses pembersihan, dalam 19kPa hingga 25kPa dah cukup tapi kalau ada yang lagi power, lebih fleksibel.
  • Masa Operasi: Bergantung pada saiz rumah korang, 40-60 minit adalah cukup optimum (pada tahap kelajuan atau tetapan kuasa sedutan paling rendah).
  • Masa Cas: Selalunya Vacuum Cordless ada stand di mana korang letak vacuum tu untuk cas kalau tak guna. Tapi masa cas dalam 3 hingga 5 jam dah kira bagus.  
  • Kapasiti Dustbin: Bagi kami, 800ml dah cukup besar. Tapi kami pilih vacuum dengan dustbin di antara 500 hingga 1000ml.
  • Tahap Kelajuan: Kebanyakan model Vacuum Cordless datang dengan 2 atau 3 tahap kelajuan (kuasa penyedutan) jadi korang boleh ada fleksibiliti semasa pembersihan (terutama untuk pilih tahap yang sesuai untuk karpet).
  • Fungsi Mop: Ini fungsi tambahan yang ada di sesetengah vacuum. Sangat best kalau ada. Kami cuba bagi priority kepada model yang ada fungsi ni tapi tak banyak ada.
  • Harga & Bajet: Kami pilih model bajet bawah RM500 dan juga model high-end dari RM1000 hingga RM3000.

Review: Corvan K18 Pro vs Dyson V11

Chup! kalau berminat, kami ada bandingkan 2 model paling popular di pasaran iaitu K18 Pro dan V11 di artikel di bawah.

Corvan K18 Pro VS Dyson V11 Review

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Jenama Vacuum Cordless Terbaik di Malaysia 2026

Recommended
Rated 4.7 out of 5
Rated 4.7 out of 5
Recommended
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Corvan X8 Self Clean 4-in-1 Cordless Vacuum

Vacuum Cordless 4-in-1 Terbaik dengan Stim, Mop & UV-C
Overview:
Pros: Pembersihan 4-dalam-1 & sedutan 250 AW, ada self-cleaning.
Cons: Harga premium.
Spesifikasi – Kuasa Sedutan: 250 AW | Masa Guna: hingga 60 minit | Beg habuk: 1.5 L (station) | Self-Clean: ada.
Corvan X8 ni unit terbaru yang standout sebab sumbat 4 fungsi dalam satu unit tanpa wayar. Sedutan UltraCyclone + Auto Dirt Detect pastikan karpet & lantai keras bersih licin, sementara mop stim dan UV-C sterilkan kotoran tanpa bahan kimia. Lepas habis, tekan je butang Easy-Clean untuk tarik rambut kusut dari berus; stesen dok pula automatik basuh pad mop, kosongkan kotoran ke beg 1.5 L dan cas vacuum. Dengan bateri sampai sejam, lampu HyperVision cari habuk, dan badan slim yang senang muat rumah/apartment Malaysia, X8 ni ideal untuk keluarga ada anak kecil atau pets.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
1
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Dreame H13 FlexReach Wet Dry Cordless Vacuum

Vacuum Cordless Murah Terbaik
Overview:
Pros: Sedutan 18 kPa yang kuat, wet & dry, cucian air panas 60 °C dan pengering udara panas.
Cons: Tak boleh tukar jadi vaccum kering saja dan tiada pelaras paras air.
Spesifikasi – Kuasa Sedutan: 18 kPa | Masa guna: hingga 45 min | Tangki Bersih/Kotor: 780 mL/700 mL | Bateri: 4 900 mAh | Motor: 300 W | Self-Clean: ada.
Dreame H13 FlexReach gabungkan motor 300 W dan sensor yang auto-boost bila jumpa kotoran degil. Roda bermotor + lampu LED mudahkan gerak & selit, dan tangki air besar bagi sesi mop lebih lama. Habis kerja, stesen dia akan bilas berus dengan air panas 60 °C dan keringkan dengan udara panas supaya roller kekal bebas kuman dan bersih. Walaupun bateri tak boleh ditukar dan tak boleh jadi vacuum kering-sahaja, sedutan padu, tangki besar dan self-cleaning yang cepat jadikan H13 sesuai untuk rumah besar yang nak lantai sentiasa bersih.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
2
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Dibea G22 Cordless Vacuum

Vacuum Cordless Terbaik Boleh Lipat
Overview:
Pros: Mop dan vacuum, boleh bengkok badan 90 darjah, kekuatan penyedutan 29 kPa.
Cons: Waktu operasi singkat.
Spesifikasi - Kuasa Penyedutan: 29 kPa | Masa Operasi: 48 min | Filter: HEPA | Dirtbin: 800ml | Tempoh Cas: 3.5 jam.
Satu lagi pilihan menarik untuk Vacuum Cordless yang boleh guna untuk mopping sekali ialah Dibea G22. Vacuum ni memang mahal sikit lah berbanding model lain tapi ciri-ciri dia memang bagus. Kekuatan penyedutan di model ni boleh capai setinggi 29 kPa yang akan membantu proses pembersihan sebab selepas vacuum ni sedut habuk dan kotoran semua, ada tanki air 260ml yang akan drip air sikit-sikit sambil ia mop lantai sekali jalan. Confirm bersih la lantai korang. Apa yang kami suka pasal Dibea G22 ni juga ialah badan vacuum ni yang korang boleh bengkokkan sehingga 90 darjah, sesuai untuk orang yang ada masalah sakit belakang (pelik jugak kenapa tak ada banyak lagi model yang ada ciri ni, memang bagus!). Tahap bunyi bising ia serendah 70-75db, bateri boleh tahan 50 minit dengan cas 3-4 jam dan kapasiti dustbin pun besar (800ml). Overall, semua ciri memang padan dengan harganya.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
3
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Corvan K18 Cordless Vacuum Mop

Vacuum Cordless Terbaik Dengan Mop
Overview:
Twin pads spin mopping, kekuatan penyedutan sehingga 201 Air Watts.
6 Level Sistem Penapisan H12 HEPA, masa operasi tinggi, digital control panel.
Spesifikasi - Kuasa Penyedutan: 30kPa | Masa Operasi: 60 min | Filter: 6S HEPA | Dirtbin: 800ml | Tempoh Cas: 4 jam.
Dalam class vacuum yang sama, model Corvan K18 ni memang tak ada tandingan. Vacuum yang tengah trending ni memang direka untuk proses pembersihan yang efektif dengan kuatan penyedutan sehingga 201 Air Watts, Drive Assist untuk pengawalan senang, dan 6 Level Sistem Penapisan H12 HEPA yang memang confirm akan filter habuk dengan lebih efektif dari model lain. Dengan Runtime selama 60 minit, proses pembersihan bukan sahaja berkesan tapi juga lebih mudah – korang boleh pilih tahap sedutan dengan panel kawal digital touchscreen. Korang juga boleh buang habuk dengan 1 klik saja. Selain tu, vacuum ni juga unik dari segi feature twin pads spin mopping untuk korang mop dan vacuum serentak. Senang cerita, vacuum ni memang pelaburan yang berbaloi!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
4
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Kaden Series Pro K2 Max

Vacuum Cordless Mop Bawah RM400 Terbaik
Overview:
Pros: Harga berpatutan dengan kekuatan penyedutan 19kPa, tong habuk besar 1L.
Cons: Tempoh cas lama.
Spesifikasi - Kuasa Penyedutan: 19 kPa | Masa Operasi: 45 min | Filter: HEPA | Dirtbin: 1000ml | Tempoh Cas: 4.5 jam.
PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Kaden Series Pro K2 Max ni antara model vacuum cleaner cordless yang ada fungsi mop dengan harga berpatutan di pasaran Malaysia. Model ni sangat popular disebabkan harga yang berpatutan dengan kekuatan penyedutan tinggi sehingga 19 kPa berbanding model lain yang lebih mahal. Model ni juga agak senyap, ringan dan datang dengan multiple filter untuk lebih senang bersihkan. Juga sesuai untuk sofa, langsir dan kereta. Ciri versatil bergabung dengan harganya membuatkan model ni dalam senarai Vacuum Cordless terbaik pilihan Shoptrack.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
5
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Dyson Digital Slimâ„¢ Fluffy Pro Cordless Vacuum Cleaner

Vacuum Cordless Terbaik Yang Ringan
Overview:
Pros: Ringan, filter canggih, teknologi laser.
Cons: Kuasa sedutan 100AW, bekas habuk kecil. Harga premium.
Spesifikasi - Kuasa Sedutan: 100AW | Masa operasi: 40 minit | Filter: HEPA | Dirtbin: 300ml | Tempoh Cas: 3.5 jam.
Dyson Digital Slimâ„¢ Fluffy Pro Cordless Vacuum Cleaner ni memang direka ringan dengan berat cuma 1.9kg, jadi senang nak guna dan sesuai untuk kegunaan harian kat rumah. Walaupun kuasa sedutannya 100 Air Watts mungkin tak sekuat model yang lebih besar, ia seimbang dengan rekaan ringan, dan cukup berkesan untuk membersih kebanyakan jenis permukaan. Sistem filter canggih dia boleh perangkap 99.97% particles, jadi ia membantu bagi persekitaran yang lebih sihat. Dengan masa operasi selama 40 minit, memang sesuai untuk rumah yang kecil hingga sederhana, dan teknologi laser dia boleh kesan habuk tersembunyi untuk pembersihan yang lebih menyeluruh. Cuma kekurangan besar dia, harga dia agak mahal untuk spesifikasi yang ditawarkan. Tapi overall, memang produk yang bagus!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
6
6
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Tineco Floor One S9 Wet Dry Cordless Vacuum Cleaner

Vakum Basah & Kering Terbaik
Overview:
Pros: Kuasa sedutan 22 kPa, basah & kering, 75 minit masa guna & self-cleaning.
Cons: Harga premium, berat.
Spesifikasi – Kuasa Sedutan: 22 kPa | Masa guna: hingga 75 min | Berat: 6.2 kg | Self-cleaning: Ada | Mod: Auto, Max, Suction, Steam.
Tineco S9 Artist Steam bagi prestasi premium dengan sedutan 22 kPa dan sensor pintar yang laras kuasa on-the-fly. Roda 360° dan reka bentuk lay-flat mudahkan capai bawah perabot, sementara berus dua sisi bersihkan rapat sampai tepi skirting. Lepas mop, kitaran FlashDry basuh roller dan keringkan dengan udara 85 °C kira-kira lima minit—elak bau busuk. Memang mahal dan berat sikit berbanding model asas, tapi S9 sesuai untuk yang nak pembersih cantik, lengkap semua ciri ada.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
7
7
âš¡ Raya Sale - Harga Terbaik, Lagi Jimat!

Dibea H8 2-in-1 Cordless Vacuum with Mop

Vaccum Cordless Basah & Kering Bajet
Overview:
Pros: Vakum basah & kering yang mampu milik dan ringan.
Cons: Kuasa sedutan lebih rendah, masa guna lebih pendek.
Spesifikasi – Kuasa Sedutan: 13 kPa | Masa guna: hingga 38 min | Motor: 170 W | Bateri: 2 200 mAh | Tangki Bersih/Kotor: 500/600 mL.
Dibea H8 memang berbaloi untuk rumah yang perlukan pencuci lantai tanpa wayar yang simple. Sedutan 13 kPa dan motor brushless cukup untuk habuk harian & kotoran ringan, dan sistem self-propel buat ia senang dikendalikan walaupun tangki penuh. Lepas cuci, ia auto-basuh roller dan tiub dalaman; paparan suara pula remind korang bila nak buang air kotor atau cas bateri. Walaupun kuasa sedutan & masa guna tak setanding model premium, H8 pilihan mantap untuk pengguna bajet yang nak vakum basah-kering mesra pengguna.
Baca Detail
Pilihan Ramai
Best Selling
Dibea F20 Max Cordless Vacuum

Dibea F20 Max Cordless Vacuum

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner

Airbot Hypersonics Pro Cordless Vacuum

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
PerySmith Smart Wet & Dry Cordless Vacuum Ai9

PerySmith Smart Wet & Dry Cordless Vacuum Ai9

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Morse Cordless Vacuum Mop G10

Morse Cordless Vacuum Mop G10

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Wajib Ada
Universal-Cordless-Vacuum-Stand

Universal Cordless Vacuum Stand

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Airbot-Universal-Vacuum-Stand-Hanger

Airbot Universal Vacuum Stand Hanger

Lihat Harga Terkini
MAGICLEAN-Disinfectant-Bundle

MAGICLEAN Disinfectant Bundle

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Microfiber-Dry-Flat-Mop-With-Bucket

Microfiber Dry Flat Mop With Bucket

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Sticky-Roller-Dust-&-Hair-Removal

Sticky Roller Dust & Hair Removal

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Foldable-Sweeper-2-in-1-Broom-&-Dustpan

Foldable Sweeper 2 in 1 Broom & Dustpan

Lihat Harga Terkini

Kesimpulan

Sebelum beli Vacuum Cordless, mungkin bagus kalau korang fikir dulu tentang kekuatan penyedutan, filter, bateri, masa operasi, tahap bunyi bising dan waranti yang sesuai untuk korang.

Ini pilihan kami untuk Top 12 Vacuum Cordless terbaik di Malaysia:

Bajet lebih RM1000: try tengok Corvan K18 Pro, Dibea G22, PerySmith Ai9 atau Dyson Digital Slimâ„¢ Fluffy Pro.

Bajet lebih RM300 tapi kurang daripada RM1000: cuba PerySmith Kaden Series Pro K2 Max, Morse Cordless Vacuum Mop G10 atau Airbot Hypersonic.

Panduan Beli Vacuum Cordless

Chup! Sebelum beli Vacuum Cordless, berikut adalah beberapa perkara yang korang kena pertimbangkan:

Kekuatan Penyedutan

Kuasa sedutan merujuk kepada keupayaan vacuum untuk menyedut habuk, kotoran atau cecair dari lantai dan biasanya diukur dengan Kilopascal (kPa) atau Air Watts (AW). Biasanya, model vaccum tanpa wayar yang lebih baru akan ada sekitar 19kPa hingga 20-an kPa iaitu kuasa sedutan pada tahap maksimum.

Ketahanan Bateri

Kebanyakan Vacuum Cordless akan ada kira-kira 2200 hingga 2500mAh bateri litium-ion yang akan mengambil masa kira-kira 3-5 jam untuk mengecas dan boleh beroperasi selama maksimum 40-60 minit. Masa operasi yang korang lihat dipaparkan selalunya pada tahap kelajuan atau sedutan yang paling rendah.

Kapasiti Dustbin

Kebanyakan Vacuum Cordless ada dustbin dengan kapasiti lebih daripada 600ml. Lebih besar lebih baik sebab korang tak perlu sentiasa kosongkan dustbin. Walau bagaimanapun, 800ml cukup besar untuk kebanyakan orang.

Tahap Bunyi Bising

Ada Vacuum Cordless yang sangat bising especially bila di tahap penyedutan paling tinggi. Kalau vacuum tu menghasilkan bunyi dalam 60db, korang dah boleh kira tu agak senyap. Jadi, dalam 60db hingga 75db kira ok jugak lah.

Tahap Kelajuan

Tahap kelajuan memberi korang fleksibiliti sikit bila nak bersihkan jenis lantai yang berbeza atau jenis karpet/fabrik yang berbeza. Kebanyakan model ada 2-3 tahap kelajuan untuk korang pilih bergantung kepada kesesuaian.

Filter

Vacuum Cordless dan malah, semua jenis vacuum dengan HEPA filter adalah jauh lebih efektif dari jenis filter lain dari segi keupayaan memerangkap hama & habuk. Ada 3 stages dan 6 stages HEPA filter selalunya. Kalau korang senang alergik, pilih yang 6 stages.

Beg vs Tanpa Beg (Bagless)

Banyak model vacuum tanpa wayar yang baru berjenis tanpa beg yang bermaksud habuk terus masuk ke dalam dustbin kaca selepas ditapis. Lepas tu, korang kena bersihkan dustbin tu dengan air dan sabun. Tapi lepas beberapa bulan, korang kena tukar filter tu.

Sebaliknya, vacuum dengan beg ada beg yang mengandungi dan memerangkap semua kotoran dan habuk supaya korang boleh buang semua terus di tong sampah. Beg itu kemudiannya boleh dibersihkan tapi korang perlu ganti bila fabrik dia dah haus.

Waranti

Kebanyakan Vacuum Cordless ada 2 jenis waranti: waranti motor dan waranti biasa. Waranti motor selalunya sampai 5 tahun tapi waranti biasa selalu dalam 1 tahun saja.

Lampu LED

Lampu LED pada kepala vacuum tu agak penting untuk korang guna untuk tengok habuk di tempat yang gelap seperti di bawah sofa atau perabot lain.

Ciri Atau Fungsi Lain

Antara ciri yang best kalau ada adalah paparan digital yang membolehkan korang kawal tahap kelajuan dan juga tengok tahap bateri. Ciri lain macam 2-in-1 vacuum dan mop, butang 1-click untuk buang habuk dan lain-lain pun tambah kesenangan penggunaan.

Harga

Secara umum, ada 3 tahap harga untuk Vacuum Cordless di Malaysia: kebanyakan bawah RM400 boleh kira model bajet atau mampu-milik; dari RM400 hingga RM1000 selalu model mid-range dan atas RM1000 model yang agak power dan high-end dengan ciri tambahan yang unik dan menyenangkan hidup korang.

 

Mana Nak Pilih? Vacuum Tanpa Wayar Atau Berwayar?

Vacuum Cordless menggunakan bateri seperti lithium untuk berfungsi. Peranan utama vacuum tanpa wayar adalah untuk korang guna secara lebih fleksibel, tak perlu risau pasal jarak ke outlet.

Disebabkan ia menggunakan bateri, mungkin ia tak sekuat vacuum berwayar dan kapasiti tangkungan habuk juga lebih kecil. Tapi sekarang banyak jenama vacuum terbaru ada penyedutan yang agak kuat dan bateri yang tahan lebih lama.

Kalau nak guna ‘heavy duty’ atau tak kisah pasal wayar, tengok rekomendasi Vacuum Cleaner Berwayar kami. Untuk yang berminat dengan robot vacuum, kami juga ada senarai Robot Vacuum Terbaik.

Video : Cara Guna Corvan K18

Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama Vacuum Cordless terbaik pilihan Shoptrack adalah Dyson, Corvan, Dibea, Tineco, Airbot, Dreame dan PerySmith.
Vacuum Cordless (tanpa wayar) menggunakan bateri dan lebih senang diguna. Vacuum berwayar pula ada penyedutan lebih kuat dan konsisten.
Secara am, Vacuum tanpa wayar lebih ringan, senang diguna dan dibersihkan disebabkan reka bentuk yang menggunakan bateri.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Kiah Shoptrack
Kiah Shoptrack
Homemaker yang positif dan friendly. Food dan baking memang favourite 'things to explore' Kiah. Add to cart pulak adalah satu theraphy bagi Kiah. Haiiii!
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!