Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 13 Smart Watch Terbaik di Malaysia 2026 (Dari RM62!)

Hari ini : ✨ Mid-Month Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 50%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Smartwatch-Terbaik-Murah-Malaysia
"Smart people pakai smart watch!"

Bosan dengan jam tangan biasa? Apa kata kasi upgrade jadi jam tangan pintar. Jom hari ni Joe nak share top 13 Jenama Smart Watch Terbaik di Malaysia yang popular sekarang di Shopee & Lazada untuk korang mulakan gaya hidup sihat, smart dan lebih organized!

Cakap pasal gaya hidup sihat, peralatan senaman rumah dah tak mahal macam dulu. Tengok senarai treadmill terbaik yang murah atau basikal senaman untuk rumah korang. Kami juga ada senarai Fitness Tracker terbaik.

Cara Kami Pilih

Ada banyak jenis smart watch di pasaran. Ada beberapa faktor yang kami guna untuk pilih smartwatch untuk senarai ni. Untuk penjelasan lebih lanjut, skrol ke bawah sampai ke Panduan Beli Smartwatch.

  • Rekabentuk: Dari paparan 1.2” hingga 1.7” inci, dalam bentuk bulat atau segi empat. Juga yang selesa dan ada style.
  • Ketahanan keseluruhan: kebanyakan bateri 200mAh atau ke atas, kalis air atau habuk bertaraf IPX6 dan ke atas.
  • Prestasi: kebanyakan compatible dengan Android dan iOS, 10+ sports modes, ada pedometer untuk step tracking, sleep tracking dan heart rate monitoring.
  • Connectivity: Bluetooth sekurang-kurangnya 5.0, ada GPS (tapi tak semua).
  • Harga & bajet: Ada yang kategori bajet bawah RM200, ada bawah RM300, ada juga dalam kategori high-end.

Rekabentuk

Pilihan kami termasuk paparan bulat dan segi empat, dari 1.2” hingga 1.7” inci dari segi saiz. Tapi kami hanya pilih paparan LCD atau AMOLED disebabkan faktor harga. Kami juga pilih yang kami rasa cantik dan lawa walaupun harga mampu milik.

Ketahanan Keseluruhan

Kami pilih smart watch dengan battery life yang baik (lebih 260mAh) supaya korang tak perlu selalu kena cas, tapi ada sesetengah yang kecil lagi dari kapasiti ni. Semua pilihan menggunakan litium-ion.

Prestasi

Kami pilih smart watch yang serasi dengan sistem Android dan iOS tapi prestasi dengan third party apps mungkin tak optimum. Turut dipertimbangkan ialah kalau ia ada built-in pedometer, sleep tracking dan heart rate monitoring serta kemudahan navigasi.

Connectivity

Smart watch paling baru selalu ada BT5.0 tapi 4.0 masih lagi okay. Ada yang ada built-in GPS tapi selalu mahal sikit.

Harga & Bajet

Berdasarkan survey kami, kebanyakan pembeli di Malaysia selesa belanja antara RM200 hingga RM800 untuk jam tangan pintar tapi memang ada yang lebih suka high-end sikit kan. Senarai ini fokus kepada smartwatch dengan anggaran harga RM100 hingga RM800.

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Smart Watch Terbaik di Malaysia 2025

Recommended
Rated 4.7 out of 5
Rated 4.7 out of 5
Recommended
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Aolon Tetra R2 Smartwatch

Smart Watch Jenis Lasak
Overview:
Pros: Pelbagai ciri dan fungsi dengan harga berpatutan. Design sporty.
Cons: Tiada GPS.
Spesifikasi - OS: Android, iOS | Paparan: 1.32"""" IPS, 360x360 | GPS: Tiada | Bluetooth: 5.2 | Kalis Air: IP67 | Bateri: 380 mAh, sehingga 8 hari.
Kalau korang tengah cari smartwatch yang tak akan buat poket korang kering sampai kena start puasa, Aolon Tetra R2 ni mungkin pilihan yang sesuai. Dengan skrin IPS 1.32 inci yang cukup jelas, tambah lagi ia ringan, berat dalam 50 gram je. Tak rasa macam pakai apa-apa pun. Okaylah, dia bukan guna skrin AMOLED dan ada yang cakap rupanya macam budget sikit, tapi penuh dengan fungsi pemantauan kesihatan yang korang nak. Ada pemantau kadar jantung, pelbagai mod sukan, dan juga track tidur korang. Plus, dengan Bluetooth 5.2, korang sentiasa terhubung. Ia macam smartwatch untuk semua orang, padankan harga berpatutan dengan prestasi yang mantap.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
1
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Huawei Watch GT 6 Series Smartwatch (46mm)

Smartwatch Sukan Untuk Atlet
Overview:
Pros: Skrin AMOLED 1.4", Dual‑band GNSS, Bateri tahan 21 hari.
Cons: App terhad, takda NFC, material stainless steel.
Spesifikasi – OS: Android, iOS | Paparan: 1.47″ AMOLED | Berat: ~47g | GPS: Dual-band GNSS | Bluetooth: 5.2 | Kalis air: 5 ATM | Bateri: 867 mAh.
Kalau korang seorang atlet serius yang perlukan smartwatch yang betul‑betul power, Huawei Watch GT 6 ni memang sesuai. Skrin AMOLED dia jelas dan terang untuk tengok data senaman, dan fungsi GNSS bagi lokasi yang sangat tepat. Ia ada banyak mod sukan termasuk golf, renang, dan larian. Health tracking dia pun lengkap — ECG, SpO₂, tekanan dan stress pun boleh baca. Memang mahal sikit, tapi berbaloi untuk kualiti premium dan bateri memang tahan lama.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
2
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Black Shark GS3 Smart Watch

Smartwatch Bajet Dengan 100+ Mod Sukan
Overview:
Pros: Skrin AMOLED tajam, AI assistant, bateri tahan lama.
Cons: Aplikasi & batteri terhad.
Spesifikasi – OS: Android, iOS | Paparan: 1.43″ AMOLED | Berat: ~60g | GPS: GNSS bebas | Bluetooth: 5.2 | Kalis air: 5 ATM | Bateri: ~400 mAh.
Kalau nak smartwatch yang nampak cantik tapi bajet, Black Shark GS3 ni memang cun. Gabungan ketahanan dan fungsi dia memang mantap. Skrin AMOLED dia terang, ada lebih 100 mod sukan, dan AI bantu plan senaman korang. Kalau ikut brand ni, bateri boleh tahan sampai 21 hari, tapi secara praktikal, mungkin tak. Badan dia kalis air IP69K serta 5 ATM. Pendek kata, rupa macam mahal tapi harga masih mampu milik.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
3
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Awei Kids Smartwatch With Camera H30

Smartwatch Untuk Kanak‑kanak Dgn GPS
Overview:
Pros: GPS tracking, harga mampu milik, butang SOS.
Cons: Hanya kalis percikan air, bateri cepat habis.
Spesifikasi – OS: Android, iOS | Paparan: 1.83″ HD | GPS: A‑GPS + LBS | Bluetooth: 4G | Kalis air: IP67 | Bateri: 600 mAh.
Direka khas untuk kanak‑kanak, Awei Kids Smartwatch ni boleh buat panggilan dan video call. Ibu bapa boleh tengok lokasi anak secara langsung guna aplikasi SeTracker. Ada kamera, permainan matematik, dan fungsi smartwatch alarm. Bateri tahan 3‑5 hari dan dicas secara magnetik. Reka bentuk dia tahan lasak tapi tak boleh untuk berenang ya!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
4
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Ice-Watch ICE Smart 2.0 Smart Watch

Smartwatch AMOLED Bajet Stylish
Overview:
Pros: Skrin AMOLED terang, panggilan Bluetooth, pemantauan kesihatan.
Cons: Tiada GPS, bateri sederhana.
Spesifikasi – OS: iOS, Android | Paparan: 1.7″ AMOLED | Berat: 170g | Kalis air: IP68 | Bateri: 300 mAh.
Kalau nak smartwatch bajet tapi nampak elegan, Ice Smart 2.0 ni memang sesuai untuk lelaki dan wanita. Reka bentuk badan logam dan strap Milanese nampak premium, manakala paparan AMOLED dia terang dan mudah dibaca. Boleh pantau degupan jantung, oksigen darah, tekanan darah dan tidur. Panggilan Bluetooth pun ada — senang nak guna setiap hari. Walaupun bateri tak lama sangat, memang padan untuk harga rendah macam ni.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
5
⚡ Mid-Month Sale - Harga Terbaik, Lebih Jimat!

Aolon Prime3 Smartwatch

Smartwatch Bajet Yg Reliable
Overview:
Pros: Skrin AMOLED, badan logam, voice assistant.
Cons: Tiada GPS, rasa berat sikit.
Spesifikasi – OS: iOS, Android | Paparan: 1.43″ AMOLED | Berat: 117g | Bluetooth: BT5.3 | Kalis air: IP68 | Bateri: 300 mAh.
Kalau bajet ketat tapi nak smartwatch yang nampak lawa, Aolon Prime3 ni memang berbaloi. Skrin dia terang, badan logam nampak mahal, dan butang kawalan yg senang ditekan. Boleh kira steps, degupan jantung, dan jawab panggilan Bluetooth terus dari smartwatch. Bateri tahan lebih kurang seminggu dan boleh tahan air untuk kegunaan harian. Pendek kata, smartwatch ni murah tapi nampak bergaya dan senang pakai. Tak rugi try.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Best Selling
Amazfit Bip 5 Smart Watch -Black

Amazfit Bip 5 Smart Watch

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Samsung Galaxy Fit3 Smart Watch

Samsung Galaxy Fit3 Smart Watch

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
Huawei Watch Fit 4 Series Smartwatch

Huawei Watch Fit 4 Series Smartwatch

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Honor Band 10 Smartwatch

Honor Band 10 Smartwatch

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Xiaomi Smart Band 9 Smart Watch

Xiaomi Smart Band 9 Smart Watch

Lihat Harga Terkini
Aolon Lily R2 Women Smart Watch

Aolon Lily R2 Women Smart Watch

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Redmi Watch 5 Active Smartwatch

Redmi Watch 5 Active Smartwatch

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Wajib Ada
Hoco CW33 3-in-1 Wireless Charger

Hoco CW33 3-in-1 Wireless Charger

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Aukey LC-A3 3 in 1 AirCore Wireless Charging Station

Aukey LC-A3 3 in 1 AirCore Wireless Charging Station

Lihat Harga Terkini

Kesimpulan

Sebelum beli Smartwatch, kira-kira dulu bajet yang korang ada. Lepas tu, check ciri-ciri atau mod yang korang perlu atau tak perlu.

Ini pilihan kami untuk Smartwatch terbaik di Malaysia:

Apa Itu Smart Watch?

Smartwatch ialah peranti jam tangan pintar penentu masa yang turut disepadukan dengan pelbagai jenis ciri pengesanan aktiviti dan komunikasi, biasanya direka untuk berfungsi dengan smartphone.

Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Smartwatch?

Fungsi utama Smartwatch sudah tentu lah untuk menunjukkan masa. Tetapi selain ketepatan masa, jam tangan pintar – seperti yang dimaksudkan dengan istilah “pintar” – juga mampu menjejaki (tracking) pelbagai aktiviti kesihatan atau fitness seperti pemantauan kadar denyutan jantung ECG, pengiraan langkah, meter SpO2, serta aktiviti komunikasi seperti memaparkan notifikasi, mesej, senarai tugasan dan menerima panggilan.

Walau bagaimanapun, tak semua Smartwatch boleh lakukan semua perkara ni. Jadi, fikirkan dahulu apa yang korang perlukan dan bajet yang korang ada.

Fitness Trackers vs Smartwatch

OK jadi kalau Smartwatch boleh track heart rate, tahap oxygen, langkah dan sebagainya, apa perbezaan antara fitness tracker dan smart watch? Bertahun-tahun lalu, bila fitness tracker mula-mula masuk pasaran, ia dipasarkan secara khusus sebagai peranti untuk pemantauan aktiviti. Tapi apabila peranti tersebut menjadi semakin popular, pengeluar jam tangan pintar memasukkan ciri yang sama ke dalam produk mereka. Hari ini, banyak jam tangan pintar boleh melakukan hampir semua perkara yang boleh dilakukan oleh fitness tracker. Tapi fitness tracker masih lebih murah daripada Smartwatch. Secara kasar, itulah perbezaannya.

Realme, Xiaomi dan Corus adalah antara jenama popular yang fokus untuk kegunaan aktiviti sukan dan kegunaan harian. Tapi ada banyak je brand lain yang popular, sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan.

Kebaikan & Keburukan Smart Watch

Adakah Smartwatch berbaloi untuk korang? Pertimbangkan perkara-perkara di bawah:

Kebaikan

  • Boleh pantau aktiviti kesihatan dan kecergasan dan memberi insight dan data.
  • Boleh guna untuk tengok mesej, notifikasi, ambil panggilan dan pelbagai lagi tanpa perlu pegang phone.
  • Nampak stylish dan cun.

Keburukan

  • Perlu cas setiap 1 – 12 hari bergantung kepada penggunaan.
  • Lebih mahal dari fitness trackers atau jam biasa (tak termasuk jam branded la).
  • Mungkin tak boleh tahan lebih lama dari jam biasa.

Panduan Beli Smart Watch

Sebelum pilih Smartwatch ini atau itu, mungkin bagus kalau korang fikir sebab utama kenapa korang perlukan Smartwatch. Bole guna soalan-soalan ini sebagai panduan:

  1. Korang selalu exercise dan ada fitness goals?
  2. Adakah korang berminat untuk track tahap kesihatan dan kecergasan korang setiap hari? Kalau ya, apa jenis data yang korang perlukan?
  3. Adakah korang seorang atlit dan perlukan data kecergasan dengan perincian yang tepat?
  4. Adakah aplikasi jam tangan yang membolehkan korang organize tugasan, meetings, calendar dan lain-lain membantu untuk korang?

Kalau dah set nak beli Smartwatch, berikut adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan:

  • OS & keserasian
  • Saiz & kualiti paparan
  • Berat, keselesaan dan style
  • Bahan material
  • Jangka hayat bateri
  • Taraf Kalis air atau habuk
  • Mode & ciri
  • Connectivity
  • Harga & bajet

OS & Keserasian

Perkara pertama yang perlu korang pertimbangkan adalah faktor yang paling penting: pastikan Smartwatch korang serasi dengan smartphone. Apple Watch hanya boleh serasi (compatible) dengan peranti iOS, jadi kalau ada guna banyak peranti iOS, sebaiknya korang kekal dalam ekosistem Apple. Perkara yang sama juga untuk pengguna Android (smartwatch Samsung untuk peranti Samsung). Walaupun ada banyak jam tangan pintar yang serasi dengan kedua-dua Android dan iOS, bila kita kekal dalam ekosistem, kita akan dapat pengalaman yang paling lancar. Tapi kalau korang tak ada bajet besar, boleh je keluar sikit dari ekosistem dan dapatkan Smartwatch yang serasi dengan kedua-dua Android dan iOS.

Saiz & Kualiti Paparan

Terdapat 3 paparan utama untuk Smartwatch di Malaysia: LCD, AMOLED dan OLED. LCD atau AMOLED menghasilkan visual yang berwarna-warni, lebih kaya dan lebih cerah dengan mengorbankan penggunaan bateri yang lebih tinggi. Jam tangan pintar yang lebih tinggi selalunya menampilkan paparan OLED untuk mencipta paparan yang lebih tipis.

Saiz paparan sebaliknya, selalunya dalam anggaran 1.2” hingga 1.5” inci, sama ada dalam bentuk bulat atau persegi. Kalau korang plan nak banyak guna paparan Smartwatch untuk ambil panggilan, check mesej dan sebagainya, paling selesa kalau korang ada paparan yang besar. Tapi lagi besar tak semestinya lagi bagus secara keseluruhan.

Berat, keselesaan dan style

Bile pilih Smartwatch, keselesaan sangat susah untuk ukur sebab tak ada Smartwatch yang selesa untuk semua orang.

Berat mungkin satu faktor yang orang tak selalu fikir tapi kalau Smartwatch korang rasa berat terutama bila dah lama pakai, memang boleh rasa tak selesa. Check juga kalau wristband senang untuk tukar kalau korang suka customize style wristband tu.

Bahan Material

Korang perlu pastikan kualiti binaannya sangat kemas dan kukuh. Jangka hayat sebuah Smartwatch juga bergantung pada jenis bahan yang dipakai.

Jangka Hayat Bateri

Bila kita kena sentiasa cas jam tangan, memang boleh rasa annoying. Fikir dulu aplikasi apa yang korang akan selalu guna dan anggar berapa banyak tenaga atau bateri yang aplikasi ini pakai. Semak silang dengan hayat bateri untuk mendapatkan anggaran.

Kebanyakan Smartwatch boleh tahan sehingga 2 minggu kalau tak pakai ciri-ciri yang makan bateri.

Taraf Kalis Air Atau Habuk

Memang bagus kalau kita dapatkan Smartwatch yang kalis air atau habuk. Taraf kalis air atau habuk selalu dilambangkan dengan kod IPXX. Lihat panduan kami tentang kod IP kalis air untuk maklumat lanjut.

Selain kod IPXX, kod ATM juga melambangkan tahap ketahanan Smartwatch dalam tekanan air tertentu. 5 ATM bermaksud boleh tahan tekanan air sedalam 50 meter.

Mode & Ciri

Semakin banyak fungsi kecergasan, semakin berbaloi pembelian korang. Pastikan fungsi kecergasan yang asas perlu ada seperti heart rate monitor, step counting, dan walking distance tracking. Kalau selalu jogging atau bersenam di luar, GPS juga banyak membantu, tapi korang kena tahu GPS makan banyak bateri. Lagi banyak fungsi lagi seronok!

Connectivity

Kebanyakan Smartwatch datang dengan sambungan Bluetooth dan WiFi. Beberapa pilihan menawarkan sambungan LTE cellular (mobile network) seperti Apple Watch Series 3. Untuk mobile network, korang mungkin perlu melanggan pelan mudah alih tambahan seperti Digi AirSIM yang membolehkan korang berkongsi nombor telefon yang sama dengan smartwatch korang.

Harga & Bajet

Smartwatch di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 kategori: high end, mid-range dan bajet. Smartwatch High-End, seperti Apply Watch Series 7, berharga RM800 hingga RM1700. Mid-range pula boleh didapati pada harga lebih rendah dari RM800 tapi melebihi RM400, manakala jam tangan pintar bajet biasanya berharga RM200 hingga RM400, malah ada yang di bawah RM200.

Cara Jaga Smartwatch

Kebanyakan Smartwatch boleh tahan 1 – 2 tahun. Jadi ini beberapa tips untuk pastikan Smartwatch korang sentiasa tip-top:

  • Bersihkan paparan dengan kain microfibre yang kering.
  • Jaga hayat bateri dengan melaraskan kecerahan, screen timeout dan dengan meminimumkan apl di latar belakang.
  • Jauhkan Smartwatch korang daripada air jika boleh. Periksa tahap kalis air dan habuk.
  • Jauhkan Smartwatch dari sumber haba yang tinggi.
  • Guna screen protector kalau perlu.
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama Smart Watch terbaik di Malaysia sekarang adalah Amazfit, Huawei, Aolon, Xiaomi, Black Shark, Awei Kids, Ice-Watch dan Samsung.
Cas bateri mengikut manual yang diberi agar tidak terlebih cas. Juga kerap bersihkan smart watch selepas aktiviti sukan dan harian dan jauhkan dari sumber haba kuat.
Beberapa perkara yang anda perlu periksa ialah keserasian OS, hayat bateri, tahap kalis air atau habuk, sama ada ia mempunyai GPS atau tidak dan pelbagai mod sukan yang anda perlukan.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!