Read this article in : English
Top 12 Earbuds Terbaik 2024 (Murah, Wireless & Bass Power)
- Last update 11 Oktober 2024
- 11:26 am
- Baca dalam < 1 minitÂ
- 56,158
Hari ini : ✨ 10.10 Super Brand Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 60%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Tengah cari earbuds yang bagus? Seperti gajet lain, earbuds datang dengan pelbagai variasi untuk semua jenis lifestyle. Untuk hari ini, kita nak tengok review top 12 Earbuds Terbaik di Malaysia untuk tahun 2024. Semua ada di Shopee & Lazada.
Earbuds ialah sejenis peranti yang dipanggil True Wireless Stereo (TWS), yang bermaksud ia hanya menggunakan bateri, tanpa wayar. Jadi untuk kegunaan rumah, korang mungkin perlukan soundbar atau speaker. Untuk PC, alternatif berwayar yang bagus ialah speaker PC.
Cara Kami Pilih
Untuk maklumat lanjut spesifikasi earbud, scroll ke bawah untuk baca Panduan Beli Earbuds.
Half-Ear vs In-Ear
Sesetengah orang suka earbuds jenis half-ear, dan sesetengah lagi suka in-ear. Jenis half-ear (atau semi-ear) ialah jenis yang tak sumbat penuh ke liang telinga. Jadi ia lebih keras dan tiada silicone tip. Contoh earbuds jenis half-ear ni yang orang paling kenal ialah Apple Airpods generasi pertama.
Dalam senarai ni kami pilih kedua-dua jenis, tapi utamakan jenis in-ear.
Touch Control (Kawalan Sentuhan)
Kebanyakan earbuds yang dipasarkan tahun 2024 datang dengan touch control, sekurang-kurangnya yang paling basic. Tapi ada juga earbuds yang murah dan tiada kawalan sentuhan di pasaran. Dalam pandangan kami, touch control mesti ada (tak semestinya canggih). Jadi sini kami pilih yang ada touch control saja.
Noise Canceling & Waterproof (Kalis Air)
Ciri noise cancelling akan membatalkan bunyi bising dari sumber persekitaran, membuatkan bunyi dari earbuds lebih jelas. Ia lebih baik ada dari tiada. Jadi kami hanya pilih model yang ada noise cancelling.
Earbuds yang kalis air juga amat penting terutama bila korang bawa ke luar rumah atau gym, maklumlah iklim Malaysia ni cepat peluh, kan? Kebanyakan model kami pilih ialah jenis kalis air, kecuali yang jenis betul-betul bajet.
Ketahanan Bateri
Earbuds yang kami pilih semua boleh tahan dari 4.5 jam ke atas. Earbuds premium di pasaran boleh tahan lebih dari 5-6 jam tapi kami rasa 5-6 jam dah optimal, kalau kita ambil kira faktor harga. Tempoh 5-6 jam juga agak standard.
Satu perkara kena consider pasal bateri earbuds: ada jenama earbuds yang katanya boleh tahan lama tapi ini mungkin sebab volume earbuds tak kuat, jadi bateri pun tak pakai banyak. Mungkin tak banyak model macam ni, tapi bila kita tengok earbuds bajet, ketahanan bateri tu kena double check dulu.
Kos & Pilihan Bajet
Banyak earbuds pilihan kami berharga RM150 hingga RM300. Yang premium selalu lebih RM400 tapi kami masukkan juga earbuds bajet bawah RM100.
Jenama Earbuds Terbaik di Malaysia 2024
Bose QuietComfort Ultra Earbuds
Scan & Add to Cart
Anker Soundcore Liberty 4 True-Wireless Earbuds A3947
Scan & Add to Cart
Edifier NeoBuds Pro 2 Wireless Earbuds
Scan & Add to Cart
Earbuds Sony XM5 Truly Wireless Noise Cancelling WF-1000XM5
Scan & Add to Cart
Earbuds Oppo Enco Air3
Scan & Add to Cart
Earbuds Baseus E19 Wireless Waterproof
Produk Berkaitan
Kesimpulan
Apa earbuds terbaik di pasaran yang korang patut pertimbangkan? Ini pilihan kami:
- Bose QuietComfort® Ultra Earbuds
- Anker Soundcore Liberty 4 True-Wireless Earbuds A3947
- Edifier NeoBuds Pro 2
- Sony WF-1000XM5 Earbuds
- Oppo Enco Air3 Earbuds
- Earbuds Baseus E19 Wireless Waterproof
- Baseus E16 True Wireless Earbuds
- Edifier X3S X3 S Wireless Earbuds
- Apple AirPods 2 with Charging Case
- Vinnfier VF Xtreme Pro 8 Smart Screen Earbuds
- Haylou Earbuds GT7 TWS Earphones
- Baseus G10 True Wireless Earphones
Kalau korang cari earbuds bawah RM100, beli Earbuds Baseus E19 Wireless Waterproof, Haylou Earbuds GT7 TWS Earphones atau Baseus E16 True Wireless Earbuds.
Untuk yang atas sikit harga bawah RM200, kami recommend Oppo Enco Air3, Vinnfier VF Xtreme Pro 8 Smart Screen Earbuds &Â Baseus G10 True Wireless Earphones.
Untuk nak kualiti sound dan ciri-ciri tambahan yang power, kami sarankan tengok Bose QuietComfort® Ultra Earbuds, Sony WF-1000XM5, Edifier NeoBuds Pro 2, Anker Soundcore Liberty 4 True-Wireless Earbuds A3947 atau Apple AirPods 2nd gen (atau AirPods Pro kalau rasa boleh belanja lebih lagi).
Apa Itu Earbuds?
Earbuds ialah sepasang peranti pendengaran mudah alih yang dipasang di telinga tanpa sebarang wayar disambungkan pada peranti lain, tidak seperti earphones zaman dahulu. Oleh itu, ia adalah True Wireless Stereo (TWS) yang bersambung kepada media player seperti smartphone atau laptop melalui sambungan Bluetooth.
Sepasang earbuds terdiri daripada 3 komponen: pembesar suara, modul Bluetooth dan mikrofon.
Panduan Beli Earbuds
Sekarang ni rasa macam setiap minggu ada model earbuds baru. Ini beberapa faktor yang perlu korang pertimbangkan untuk cari earbuds paling bagus untuk korang.
Spesifikasi Earbuds
- Half-ear vs in-ear
- Kualiti sound
- Versi Bluetooth
- Kawalan sentuhan (touch control)
- Kalis air (waterproof)
- Ketahanan bateri
- Latensi
- Harga
Half-ear vs in-ear
Jenis in-ear selalunya ada lebih bunyi bass, kurang bunyi dari persekitaran dan rasa lebih ketat di telinga manakala jenis half-ear selalunya kurang bunyi bass, ada bunyi persekitaran lebih kuat tapi lebih selesa pakai selepas beberapa jam.
Kualiti Sound
Dengan Bluetooth 5.0, korang boleh dapat sambungan yang sangat stabil, walaupun dengan earbuds murah. Tapi earbuds premium seperti Edifier NeoBuds Pro akan menghasilkan bunyi yang lebih berkualiti. Selalunya kualiti akan jadi lebih tinggi bila brand tambah codec audio resolusi tinggi, bass booster dan active noise cancellation. Jadi bila model tu ada ni semua, korang boleh expect kualiti lebih tinggi.
Versi Bluetooth
Versi Bluetooth paling baru setakat ni ialah Bluetooth 5.3. Earbuds baru akan ada versi V5.1 ke atas.
Kawalan Sentuhan (Touch Control)
Kawalan sentuhan yang simple akan membolehkan korang ambil call, play, pause, skip & replay. Earbuds yang tiada touch control selalunya tak berbaloi, tak kisah betapa murah harganya. Kalau boleh, cari yang boleh adjust volume, mute dan sebagainya yang korang perlu.
Standard Kalis Air & Kalis Habuk
Kebanyakan earbuds kalis air sebab korang mesti akan berpeluh di dalam dan luar telinga bila pakai, apatah lagi bila pakai di luar rumah atau bila bersenam.
Yang tak tahu, ini penjelasan asas berkenaan standard kalis air & habuk yang jenama-jenama earbuds pakai: piawaian kalis air dan kalis habuk sering dilambangkan dengan kod IPXX, di mana IP bermaksud “Perlindungan Ingress”, X pertama menandakan kekuatan terhadap bahan pepejal, dan X kedua, rintangan kepada air. Semakin tinggi nombor (X), semakin kuat rintangannya.
Sebagai contoh:
- IPX0: tiada rintangan
- IPX4: boleh tahan percikan air
- IPX7: boleh tahan bila direndam sehingga 1 meter selama 30 minit
Ketahanan Bateri
Earbuds yang baik boleh bertahan sekurang-kurangnya selama 4.5 hingga 5 jam dengan cas penuh. Charging pula selalu tak lebih dari 1.5 jam. Quick charging bagus kalau ada tapi tak lah penting sangat sebab selagi korang ada powerbank, korang boleh charge case sambil guna earbuds, melainkan kalau earbuds tu sendiri ada quick charging.
Latensi
Latensi merujuk kepada kelewatan (delay) antara action korang ambil pada peranti dan respons yang korang dapat. Bagi kebanyakan pengguna, ni bukan benda penting tapi secara amnya, earbuds dengan latensi rendah bagus untuk gaming.
Harga
Harga antara faktor paling penting untuk pembeli. Di Malaysia, earbuds yang agak bagus selalunya berharga RM150 hingga RM300. Earbuds high-end pula boleh setinggi RM800+ dan earbuds murah pula serendah RM60.
Dengan beberapa pengecualian model earbuds yang direka dengan sangat baik, biasanya yang lebih murah tu tak berbaloi langsung. Tapi tak salah pun kalau nak cuba, kan?
Satu lagi, jangan sesekali beli earbuds yang tak original. Buang duit je.
Cara Bersihkan Earbuds
Lepas dah lama pakai earbuds, korang akan nampak penumpukan serpihan yang boleh menjejaskan kualiti bunyi. Berikut ialah beberapa tips untuk membersihkan earbuds korang dengan betul tanpa menyebabkan kerosakan:
- Guna kain microfiber atau kapas dan pastikan ia benar-benar kering.
- Pecahkan serpihan dalam gril speaker secara perlahan-lahan dengan kain microfiber atau kapas dan kekalkan sudut ke bawah untuk guna graviti.
- Kalau cara ni masih tak boleh bersihkan earbuds sepenuhnya, gunakan alat yang lebih kukuh macam pencungkil gigi atau lidi kayu, tapi jangan guna logam sebab boleh menyebabkan calar & kerosakan.
- Korang juga mungkin boleh gunakan canned air untuk meniup serpihan yang lebih kecil atau lembut.