Read this article in : English
Top 14 Powerbank Terbaik 2025 (Wireless, Original & Tahan)
- Last update 20 Januari 2025
- 1:09 pm
- Baca dalam 5 minitÂ
- 30,339
Hari ini : ✨ CNY Sale kini di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 80%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Powerbank ni benda wajib ada lagi-lagi untuk korang yg aktif guna Smartphone, Bluetooth Speaker tak pun Tablet. Yang selalu travel pun memang biasanya akan ada satu Power bank untuk standby just in case takde tempat nak charge gadget tu. So hari ni Joe nak share tips nak pilih Powerbank terbaik dan berkualiti yg ada kat pasaran Malaysia sekarang.
Kita beli Powerbank ni bukan selalu kan? So better pilih yg ada kualiti, tahan lama & kapasiti besar. Senang beli online dari official store/authorized seller kat Lazada atau Shopee je. Lagi jimat dan yang penting original!
Beza Fast Charging, Quick Charge & Power Delivery
Jadi sama ada korang tahu atau tak, sebenarnya ada 3 jenis teknologi charging yg berbeza yg biasa ada di gadget kita tu. Ini secara ringkas :-Â
Fast Charging
Fast Charging adalah satu jenis teknologi charging standard yg ada pada kebanyakkan device moden sekarang hari ini. Boleh supply dalam min. 7.5 Watt – 12 Watt. Teknologi ini dah jadi satu standard untuk phone, tablet, smartwatch dan kebanyakkan Powerbank model baru.
Quick Charge
Quick Charge ni dicipta oleh QualComm. Paling latest sekarang dah ada version QuickCharge 5.0. Lebih kurang sama dgn Fast Charging tapi boleh supply hingga maximum sampai 27watt (QuickCharge 4.0+). Quick Charge ni hanya boleh guna utk device dan charger yg keduanya ada menggunakan QC chipsets. Kalau salah satu takde support, dia akan automatic guna method Fast Charging tadi.
Power Delivery (PD)
Untuk Power Deliver (PD) pula, yg ni technology charging yg lebih universal. Boleh supply hingga maksimum 100 watt. Selain Smartphone, biasanya kalau gadget elektronik model terkini dah banyak yang support PD ni – macam Laptop, Headphones & Tablet. Sama macam Quick Charge, device dan charger korang tu kena dua-dua ada support fungsi PD ni. Kalau salah satu takde support, dia akan automatic charge guna method Fast Charging.
Untuk lagi senang faham, boleh refer table bawah ni:
Tips Pilih Powerbank Terbaik
Ini tips yg korang perlu tahu masa nak pilih Powerbank terbaik,
Kapasiti Bateri
Powerbank terbaik mestilah berkapasiti bateri yg besar utk kegunaan jangka masa lama. Tak perlu korang banyak kali cas. Haa harga pun tak jauh beza dgn yg berkapasiti kecil so memang berbaloi beli besar terus.
Input & Output Port
Korang kena check port utk input & output. Input port ni terbaik kalau jenis USB-C utk support cas dgn pantas. Output port pulak terbaik kalau kuantiti yg banyak – banyak device boleh charge dlm satu masa. Pilih yg ada USB-C sebab baru boleh support 3 teknologi charging yg atas tadi tu.
Kualiti Binaan
Binaan luaran Powerbank terbaik biasanya diperbuat dari plastic jenis keras utk lebih tahan lasak. Ada juga diperbuat dari aluminium utk lebih futuristik & moden. Paling penting mestilah kuat & tahan lama.
Warranty
Kelebihan pada korang kalau dapat pilih Powerbank murah yg ada waranti. Selamat poket korang tau kalau ada rosak terus claim waranti.
Extra Features
Lebih features pada Powerbank, lebih berbaloi korang beli. Antara features yg biasa ada seperti lampu, skrin indikator bateri, built-in cable & casing atau travel pouch.
Powerbank Murah Terbaik di Malaysia 2024
Baseus Power Bank Mini Magnetic Wireless Fast Charge (10000mAh)
Scan & Add to Cart
PINENG PN-899PD Powerbank (30000mAh)
Scan & Add to Cart
Aolon JS36 22.5W Mini Magnetic Wireless Fast Charging Power Bank (10000mAh)
Scan & Add to Cart
Baseus Airpow 20W Fast Charge Powerbank (20000mAh)
Scan & Add to Cart
Anker A1617 PowerCore III Wireless Power Bank with Qi-Certified (10000mAh)
Scan & Add to Cart
Ugreen 20W PD Powerbank (10000mAh)
Scan & Add to Cart
Pineng PN-886 Qi Wireless Polymer Power Bank (10000mAh)
Produk Berkaitan
Soalan Lazim
Powerbank yang tidak original berisiko untuk rosak lebih cepat dan tidak tahan dari segi jenis battery yang dibekalkan. Ianya juga berisiko untuk meletup dan terbakar disebabkan tidak melalui proses QC dan piawaian standard bagi pembuatan Powerbank.