Read this article in : English
Top 12 Laptop Terbaik di Malaysia 2024 (Pelajar & Kerja)
- Last update 15 Oktober 2024
- 11:58 am
- Baca dalam < 1 minit
- 89,902
Hari ini : ✨ Year End Sale 2024 kini bermula di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Tengah cari jenama Laptop Terbaik di pasaran Malaysia untuk student, gaming atau kerja? Dalam review ni, kita akan tengok model-model laptop yang masih bagus untuk tahun ini, yang ada di Shopee & Lazada, sesuai untuk kebanyakan pengguna biasa.
Ada banyak laptop yang bagus dari segi graphics & processing, tapi kualiti audio speaker dia agak potong. Jadi jangan lupa tambah earbuds atau speaker yang ada sound cun!
Cara Kami Pilih
Untuk penerangan lebih lanjut tentang basic specs, skrol ke bawah page ni.
Kelajuan & Power Processor
CPU benchmark ni memang complicated. Selalu cara ukur dia sangat detail. Tapi senang cerita, CPU i3 generasi ke-10 masih lagi bagus untuk 2024 untuk kerja yang basic dan untuk Windows 11. Jadi, disebabkan harga yang lebih selesa untuk ramai orang, kami pilih minimum i3 10th gen atau Ryzen yang sama level. Kalau korang prefer CPU yang lebih updated, cari je versi lain tapi model yang sama, kalau ada.
Graphics Card
Kebanyakan laptop kami pilih integrated dengan Intel® UHD Graphics untuk Intel processor generasi ke-10. Walaupun hardware ni jenis low-cost, ia agak OK sebenarnya. Tapi korang jangan main game yang berat sebab senang dia panas atau overheat, FPS pun akan tak stabil. Graphics card lain dalam list kami yang mahal sikit termasuk Iris X dan GTX 1650, tapi yang paling best ialah M3 dari Apple.
Kapasiti RAM & ROM
Walaupun untuk laptop kerja atau student, 8GB RAM paling bagus, tapi 4GB masih okay. Jadi, semua laptop kami pilih (kecuali satu) ada 8GB RAM ke atas.
Dari segi ROM storage, kami hanya pilih laptop yang ada SSD besar, selalunya 512GB tapi minimum 256GB.
Saiz & Resolusi Skrin
Ramai orang nak laptop student atau kerja basic yang ada skrin tak kecil dari 13″ inci dan tak besar dari 15″ inci. Untuk gaming atau editing, 15″ inci adalah optimal. Resolusi paparan pula dari 720p hingga 2K. Jadi, ini anggaran yang kami pilih.
Ok jom kita tengok laptop pilihan kami.
Jenama Laptop Murah Terbaik di Malaysia 2024
Honor Magicbook X 16 2024
Scan & Add to Cart
Apple MacBook Air (13-inch, M3 chip)
Scan & Add to Cart
Laptop Lenovo Ideapad Slim 5
Scan & Add to Cart
Laptop Asus Vivobook 16X
Scan & Add to Cart
Laptop Dell Inspiron 15 3510
Scan & Add to Cart
Laptop Acer Aspire 3 A315-510P-C8Y3
Scan & Add to Cart
Laptop Huawei MateBook D16
Scan & Add to Cart
Asus VivoBook Go 15 Ryzen 3 - E1504F-ANJ870WS Mixed Black
Produk Berkaitan
Kesimpulan
Ada banyak sangat pilihan laptop terbaik di pasaran – dari bajet sampai premium. So nak senang pilih, kita focus dekat bajet yang korang ada dan kesesuaian penggunaan. Sebab pengguna yang berbeza memerlukan fungsi yang berbeza – seperti laptop webcam untuk pembelajaran online, laptop untuk gaming ataupun kerja.
Ini pilihan kami untuk laptop terbaik di Malaysia:
- Laptop Murah Terbaik Untuk Student: Laptop Honor MagicBook X 16
- Laptop Terbaik Untuk Kerja Kreatif: Laptop Apple MacBook Air M3
- Laptop Terbaik Untuk Student: Laptop Lenovo Ideapad Slim 5
- Laptop Murah Terbaik Untuk Designer: Laptop Asus Vivobook 16X
- Pilihan Popular Bawah RM2,000: Laptop Dell Inspiron 15 3510
- Laptop Murah Terbaik: Laptop Acer Aspire 3 A315-510P-C8Y3
- Laptop Terbaik Untuk Student: Laptop Huawei MateBook D16
- Laptop Mesra Bajet: Asus VivoBook Go 15 Ryzen 3
- Pilihan Popular: Laptop Asus ZenBook 14
- Pilihan Popular: Laptop Touchscreen Lenovo Ideapad Flex 5 14
- Pilihan Popular: Laptop Infinix INBook X1 Pro
- Pilihan Popular: Laptop Honor Magicbook 14
Panduan Beli Laptop
Ini antara point penting untuk kita tengok bila beli laptop.
Saiz & Resolusi Paparan (Display)
Saiz paparan komputer riba sebenarnya memberi kesan kepada prestasi & ketahanan komputer riba lebih dari yang orang sangka. Komputer riba dengan saiz skrin 13″ atau lebih kecil biasanya lebih kompak dan ringan tapi secara am kurang power & lebih senang overheat. Bagi ramai pengguna, 14″ atau 15″ adalah optimum.
Resolusi optimum untuk laptop dengan saiz skrin 13″, 14″ & 15″ inci ialah dari 1080p hingga 2K. Jadi try untuk dapatkan resolusi dalam range ini kalau boleh. Memang ada lagi faktor-faktor lain yang menambah baik kualiti output keseluruhan, tapi semua ini agak complicated.
CPU
CPU atau Central Processing Unit ni kawal prestasi laptop macam otak manusia. Ada banyak jenis CPU macam Intel Core, AMD Ryzen, dan Apple M3. Walaupun pakar-pakar akan terus berdebat mana yang lagi bagus, generasi CPU juga memainkan peranan yang penting.
Sebagai contoh, laptop yang datang dengan Intel Core i5 10th gen selalunya lebih berprestasi dari Intel Core i3 10th gen (sebab i5 ada lebih core, cache & clock speed tinggi), tapi tak dari semua segi. Tapi i5 10th gen memang lebih bagus dari i5 3rd gen. Korang boleh check benchmark CPU online.
Untuk laptop bajet di Malaysia, kami sarankan jangan pilih yang bawah dari i3 10th gen. Untuk laptop high end, Ryzen 7, Ryzen 9, i7 dan i9 merupakan CPU terbaik untuk 2024, tapi agak mahal.
Graphics Card
Graphic card memaparkan imej pada skrin. Untuk basic laptop, Integrated GPU seperti Intel® UHD Graphics, sudah memadai. Untuk gaming & kerja intensif grafik, korang boleh pilih sama ada kad grafik tinggi, pertengahan atau rendah seperti NVIDIA MX450 (rendah), RTX 2060 (Mid) dan RTX 3080 (Tinggi). Untuk video editing atau gaming dengan setting sederhana ke tinggi, kami rekomen GTX1650 dan ke atas, dengan VRAM.
RAM
RAM ialah Random Access Memory. Lebih banyak RAM maksudnya lebih laju processing. Kebanyakan laptop sekarang datang dengan minimum 4GB atau 8GB. Selalu 8GB dah cukup untuk kerja basic macam untuk layar web, streaming atau Microsoft Office. Untuk gaming atau kerja grafik, dapatkan 8GB ke atas. Kalau tak cukup, boleh beli RAM stick untuk tambah RAM.
HDD/SSD
HDD dan SDD adalah dua jenis storage yang membolehkan korang simpan file/imej/video dalam laptop. Antara kedua-dua ini, SSD 3 kali lebih laju dari segi data transfer dan performance berbanding dengan HDD. Tapi dari segi harga, HDD jauh lagi murah. Kalau tak cukup SSD, beli external HDD untuk simpan file/video/foto dan guna internal SSD sebagai installation directory.
VRAM
VRAM ialah Video Random Access Memory. Yang ni specs optional yang penting untuk gamer dan video editor tapi tak berapa penting untuk laptop biasa.
Tips Jaga Laptop
Bersihkan Habuk Secara Kerap
Habuk pasti akan terkumpul dari semasa ke semasa terutamanya pada bilah kipas dalam laptop. Ramai pakar rekomen bersihkan bahagian dalam komputer riba anda sekali sebulan untuk elak laptop jadi terlalu panas. Kalau boleh, bawa laptop ke profesional dan semak juga kad warranti sebelum korang buka badan laptop.
Pantau Suhu CPU & GPU
Graphic card & CPU pada laptop memang boleh makan kos yang tinggi untuk baiki bila rosak. Jadi, korang perlu perhatikan suhu kad grafik bila buat kerja berat. Gunakan perisian seperti HWMonitor. Suhu GPU yang ideal ialah antara 65° hingga 85° C dan untuk CPU, 65° hingga 90° C.
Pastikan Windows Atau OS Dikemas Kini
OS yang updated akan pastikan peranti berkomunikasi dengan lebih baik, isu dan bug dikawal, dan mungkin boleh menambah baik prestasi.
Gunakan Aksesori Protective
Aksesori protective seperti keyboard skin, laptop skin atau padded bag membantu mengelakkan atau meminimumkan kerosakan fizikal pada laptop korang.