Read this article in : English
Top 10 Cleanser/Pencuci Muka Terbaik Malaysia 2022 Untuk Kekal Fresh
- Last update 13 April 2022
- 2:58 pm
- Baca dalam 5 minit
- 10,806

"Senyum girls!"
Mencuci muka merupakan step pertama dalam basic skin care routine. Bagi untuk mendapatkan kulit muka sihat dan bersih, pemilihan Pencuci Muka adalah penting. Tujuan kita mencuci muka adalah untuk membersihkan kulit muka daripada segala kotoran, peluh dan make up yang terdapat di lapisan kulit muka.
Hari ni Hana nak share cara pemilihan Pencuci Muka dan Top 10 Cleanser/Pencuci Muka terbaik yang korang boleh try and dapatkan sama ada di Shopee & Lazada tak pun farmasi berdekatan seperti Watson dan Guardian!
Pemilihan Pencuci Muka
Pemilihan facial cleanser terbaik adalah bergantung kepada skin concern yang perlu sesuai dengan jenis tekstur dan bahan dalam pencuci muka tersebut.
Untuk kulit muka jenis kering, cari Cleanser yang jenis non-foaming dan milky texture dan mempunyai hydrating agents seperti hyaluronic acid atau ekstrak aloe vera.
Untuk kulit muka jenis combination dan berjerawat cari cleanser yang jenis gel dan mempunyai bahan seperti chemical exfoliants macam AHAs dan BHAs.
Sebagai extra step untuk korang yang taggalkan makeup dengan lebih efektif, Cleansing Oil juga boleh membantu.
Boleh dibeli di :

Point Ringkas & List
Pencuci Muka Terbaik di Malaysia
Laneige Multi Deep Clean Cleanser (50ml)
Simple Refreshing Facial Wash Gel 150ml
Cleanser terbaik pertama pilihan Shoptrack adalah daripada brand Simple! Refreshing facial wash ni sesuai untuk semua jenis kulit muka, termasuklah orang yang jenis kulit sensitive. Brand Simple ni sangat terkenal dengan mengunakan bahan-bahan tiada artificial perfume, pewarna dan alkohol. Cleanser ni juga adalah non-comedogenic dan hypoallergenic. Tekstur pencuci muka ni adalah jenis gel. Yang bestnya tentang cleanser ni, ia sangat gentle dekat kulit muka, lepas korang guna dia tidak akan buat kulit rasa kering sebaliknya akan memulihkan, melembutkan dan menghaluskan kulit muka korang.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser 125ml
Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni one of the most recommended cleanser yang dermatologist akan sarankan orang guna. Especially untuk korang yang struggle dengan eczema and rosacea. Cleanser ni teramatlah gentle untuk kulit muka. Dia tak akan buat kulit muka rasa tight lepas cuci muka. Tekstur cleanser ni macam lotion yang cair, berwarna putih jernih. Cleanser ni dia fragrance and soap free tau. Maksudnya, time guna dia tak kan mengeluarkan buih. Cleanser ni bukan je boleh pakai dekat muka, satu badan pun boleh! Yang paling best, cleanser terbaik ni sangat versatile, korang boleh guna tanpa basuh. Korang just sapu ke muka and lap dengan cotton pad atau kain. Settle muka pun bersih!
Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash 160ml
Cleanser terbaik seterusnya adalah dari brand hada Labo iaitu Blemish & Oil control hydrating foaming wash. Tekstur pencuci muka ni adalah jenis buih yang sangat halus (ultra fine foam). Packaging dia dalam bentuk botol pump. Cleanser ni sesuai untuk orang yang kulit muka jenis oily dan berjerawat. Cleanser ni 2in1 tau! Dia boleh merawat dan melembabkan kulit muka dalam satu masa yang sama. Selalunya, pencuci muka yang boleh merawat jerawat dan control minyak ni mesti akan mengeringkan kulit muka. Tapi cleanser dari Hada Labo ni tak kan buat kulit muka korang macam tu sebab ia akan balanced kan level pH dekat kulit muka. Selain tu, cleanser ni mempunyai Hyaluronic Acid yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dari segi luaran dan dalaman. So korang yang tengah struggle dengan masalah jerawat, boleh try cleanser Hada Labo ni ya!
NEUTROGENA Deep Clean Facial Cleanser 150ml
Cleanser terbaik keempat adalah daripada Neutrogena iaitu Deep clean facial cleanser. Cleanser ni akan bersihkan segala liang pori yang ada dekat kulit muka. Sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kulit muka jenis normal-oily. Cleanser ni akan membersihkan segala kotoran, minyak dan make up yang terdapat dekat kulit muka korang. Salah satu bahan yang terdapat dalam cleanser ni adalah Salicylic Acid yang boleh mengurangkan blackhead dan whitehead. Salicylic acid ni juga boleh exfoliate kulit mati. Tekstur cleanser ni adalah jenis gel-liquid. Datang dalam botol yang ada pump. Senang untuk digunakan dan travel-friendly!
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml
Cleanser terbaik terakhir ni adalah dari Korea iaitu brand Innisfree. Cleanser ni mempunyai ekstrak Jeju Volcanic Ash yang boleh membersihkan pori secara mendalam daripada kotoran dan minyak yang terhasil. Kelebihan ekstrak Jeju Volcanic Ash ni boleh control penghasilan sebum di kulit muka bagi mengelakkan kulit muka berminyak. Cleanser ini juga diformulasi dengan ekstrak fermented satsuma yang boleh mengurangkan penampilan liang pori dan menegangkan kulit muka. Dengan bantuan ekstrak bunga orkid, pencuci muka ini dapat mengembalikan kelembapan kepada kulit muka setiap kali selepas digunakan. So untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak, kena try cleanser Innisfree ni, confirm game-changer dalam skin care routine!
Produk Berkaitan
Voucher Terhad
PH25SMP

SHP25MP

SHP25ST

IA44PH

PH25SMP
SHP25MP
SHP25ST
IA44PH
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh