Read this article in : English
Beg Kecemasan Bencana - 30 Barang Wajib Ada (Beli Shopee)
- Last update 13 Jun 2023
- 9:52 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 4,294

Kalau kita cakap pasal bencana alam, Malaysia bukanlah antara negara di dunia yang terletak didalam kawasan Lingkaran Api Pasifik atau Ring of Fire – dimana ianya adalah suatu lingkaran yang mengelilingi lembangan laut Lautan Pasifik yang sentiasa berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi. Sebagai contoh terdekat, negara jiran kita Indonesia adalah lebih berisiko untuk mengalami bencana alam seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi berskala besar yang boleh mencetuskan gelombang Tsunami yang dahsyat seperti yang pernah berlaku pada tahun 2004 di Aceh, Indonesia.
Banjir dan Monsun Timur Laut di Malaysia
Kalau di negara kita, bencana alam atau darurat bencana yang selalunya terjadi adalah Banjir kilat di sekitar kawasan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia dan juga banjir yang disebabkan oleh kejadian air pasang pada musim Monsun Timur Laut. Kejadian Banjir pada musim ini yang kebiasaannya melanda kawasan-kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia berlaku pada setiap akhir tahun sekitar November hingga March.
1 Rumah, 1 Beg Kecemasan Bencana
Persediaan bagi menghadapi sebarang bencana kini perlu dilakukan bagi setiap individu mahupun keluarga, seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana. Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) baru-baru ini telah mengeluarkan satu infografik dan peringatan mengenai keperluan penyediaan Beg Kecemasan atau pun yang dipanggil Bug Out Bag (BOB) bagi setiap rumah untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan bencana. Bag ini berfungsi sebagai bag kecemasan yang boleh diambil terus dan dibawa keluar ketika keadaan kecemasan terjadi – tanpa perlu anda berlenggah untuk bersiap dalam keadaan masa yang terhad.
Senarai Barang Dalam Beg Kecemasan (BOB)
Yang dah biasa bercamping, mesti tahu serba sedikit tentang BOB ni kan? Secara asasnya, Beg Kecemasan Bencana ni terdiri dari keperluan jangka masa pendek untuk tempoh 48 jam, sebelum bantuan tiba – merangkumi barangan keperluan makanan, keselamatan, komunikasi dan juga kelansungan hidup. Ianya disarankan supaya diletakkan di tempat yang senang dicapai atau boleh juga diletakkan didalam kenderaan anda. Jadi apa senarai barang dalam Beg Kecemasan yg perlu kita ada ni? So hari ni kita nak tengok check list barang beg kecemasan banjir/bencana yang semua rakyat Malaysia perlu ada mulai sekarang bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan. Pilih barang yang sesuai dengan keperluan je ok? Ok jom!
Ini antara barang asas yang wajib ada :
- Baju Sepasang
- Baju Dalam
- Ubatan Peribadi
- Mineral Water
- Dokumen Peribadi (Salinan Passport, Salinan IC)
- Plastik Sampah
- Toiletries
- Pen / Marker
- Duit Cash
- Kasut
- Lighter
Kalau yang atas ni adalah barangan asas Bug-Out Bag (BOB), yang bawah ni pulak kami list kan sekali barangan tambahan yang wajib ada dalam Beg Kecemasan korang. Boleh beli kat Shopee je dengan harga yang murah dan berbaloi. Senang dan mudah untuk korang terus prepare Beg Kecemasan Bencana korang dan ahli keluarga masing-masing lepas ni. Dah boleh start prepare sekarang guys!