fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Jam Fitness Tracker Terbaik Malaysia 2024 (Brand Popular)

Hari ini : ✨ Year End Sale 2024 kini bermula di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Fitness Tracker Terbaik Murah
"Senang nak tahu hasil usaha bila lepas bersenam tu"

Korang ada tak fitness goal? Kalau takda, mungkin ni masa sesuai untuk fikir-fikir sikit pasal kesihatan umum kita. Sekarang kita ada bermacam gajet seperti Fitness Tracker yang murah dan berguna yang kita boleh guna untuk membantu sedikit sebanyak dalam menjalani gaya hidup lebih sihat. Jadi sini kita akan tengok perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum beli Fitness Tracker sekali dengan pilihan Top 10 Fitness Tracker terbaik yang korang boleh beli di Shopee & Lazada.

Fitness Trackers vs Smartwatch

Nak beli Fitness Tracker ke Smartwatch? Secara am, Smartwatch ada beberapa ciri yang tiada di Fitness Tracker tapi Smartwatch jauh lebih mahal. Jadi kalau korang ada bajet yang lebih fleksibel, boleh tengok senarai Smartwatch Terbaik kami. Survey dulu sebelum beli kan?

Cara Kami Pilih

  • Paparan: Kami pilih saiz dan resolusi paparan dari 1.1” inci hingga 1.55” inci dan dari 124×206 hingga 354×306.
  • Skrin: Kami lebih fokus kepada AMOLED, tapi ada juga OLED dan LCD. Jenis skrin AMOLED pilihan yang bagus kalau korang ambil kira faktor harga.
  • Ketahanan Bateri: Tak senang nak bandingkan ketahanan bateri sebab ia bergantung kepada program yang korang guna. Jadi kami check berapa lama bateri boleh tahan dengan setting paling rendah iaitu dari 7 hingga 21 hari.
  • Tahap Kalis Air: Kebanyakan kami pilih ada tahap kalis air 5ATM.
  • Heart Rate Monitoring: Semua yang kami pilih boleh track heart rate (degupan jantung) tapi caranya mungkin berbeza.
  • Sleep Tracking: Semua pilihan kami boleh guna untuk sleep tracking tapi caranya berbeza.
  • Fitness Tracking: Apa jenis senaman atau sukan yang korang selalu buat? Korang kena cari Fitness Tracker dengan Companion App yang sesuai dengan aktiviti (cth: running distance, swimming laps).
  • OS Compatibility: Semua boleh guna dengan system iOS dan Android.
  • Ciri Lain: Ada yang kami pilih yang boleh guna lebih dari fitness tracking yang biasa seperti female menstruation tracking, SpO2 (tahap oxygen dalam darah), fast charging, pengurusan stress dan always-on-display.
  • Harga & Bajet: Kami pilih Fitness Tracker bajet bawah RM100, mid-range dalam lingkungan harga RM100 hingga RM200, dan high-end lebih RM300.
Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Fitness Tracker Terbaik di Malaysia 2024

Recommended
4.7/5
4.7/5
QR Code https://shope.ee/8erKh0lyQS
Recommended
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Lenovo S2 Fitness Tracker

Fitness Tracker Bajet Terbaik
Overview:
Pros: Murah, bateri memuaskan, dan paparan besar dengan ciri reminder.
Cons: Tahap kalis air hanya setinggi 3ATM, BT 4.2 dan TFT LCD.
Spesifikasi - Skrin: TFT LCD | Paparan: 1.4” 240x240 | Kalis Air: 3ATM | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 15 hari | Bluetooth: 4.2 | SpO2: Tiada.
Antara Fitness Tracker yang agak popular di Malaysia setakat ni ialah Lenovo S2 sebab ramai orang suka paparan besar 1.4” inci yang ada di model ni. Tapi 1.4” inci bersaiz petak macam ni sebenarnya agak besar jugak jadi korang kena check dulu dengan saiz pergelangan tangan. Tapi kekuatan model ni terletak kepada harganya yang agak murah. Dengan bawah RM100, korang boleh dapat Fitness Tracker yang boleh track heart rate 24 jam, dengan sleep dan fitness tracking lain seperti kalori tracking juga dengan ciri reminder lain seperti jawab panggilan, notifikasi mesej dan reminder untuk korang mula bergerak (bila dah duduk lama sangat tu). Walaupun rupa ia macam Smartwatch, model ni sebenarnya lebih kepada Fitness Watch atau Smart Band, tapi korang tentukan lah sendiri. Tahap kalis air pula 3ATM jadi korang boleh guna untuk pergi berenang. Kekurangan pula ialah paparannya hanya TFT LCD, Bluetooth cuma versi 4.2. Tapi apapun, sangat berbaloi.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
Shopee
QR Code https://shope.ee/9ejrt4GVrK
Lazada
QR Code https://invol.co/clej078

Scan & Add to Cart

1
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Aukey LS02 Fitness Tracker

Alternatif Kepada Lenovo S2
Overview:
Pros: Murah, paparan 1.4” LCD yang okay, bateri memuaskan.
Cons: Tahap kalis air cuma IPX6 (tak boleh bawa berenang).
Spesifikasi - Skrin: TFT LCD | Paparan: 1.4” 320x320 | Kalis Air: IPX6 | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 20 hari| Bluetooth: 5.0 | SpO2: Tiada.
Kalau korang tengah cari Fitness Tracker bajet selain Lenovo S2, Aukey LS02 satu lagi pilihan menarik. Perbezaannya ialah Aukey LS02 ada bateri lebih tahan lama (260mAh, boleh tahan 20 hari) tapi tahap kalis air ia hanya IPX6 yang bermaksud korang tak boleh bawa berenang atau aktiviti air lain. Paparannya pula lebih kurang sama saiz dan juga jenis TFT LCD tapi dengan resolusi lebih tinggi (320×320). Dari segi connectivity, ada Bluetooth 5.0 dan companion app ia adalah Aukey Fit App. Ada 12 mod fitness tracking, heart rate sensor, sleep tracking, accelerator sensor dan semua ciri-ciri lain yang biasa. Kalau korang tak perlukan tahap kalis air dan lebih pentingkan bateri atau design, mungkin Aukey LS02 ni boleh jadi pilihan alternatif.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Shopee
QR Code https://shope.ee/LCClnFLKT
Lazada
QR Code https://invol.co/clej07j

Scan & Add to Cart

2
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Fitbit Inspire 2 Fitness Tracker

Fitness Tracker Dengan Companion App Terbaik
Overview:
Pros: Fitness tracking yang memang terbaik, paparan OLED dan tahap kalis air 5ATM.
Cons: Kena bayar untuk guna companion app selepas 1 tahun, bateri tak sekuat lain.
Spesifikasi - Skrin: OLED | Paparan: 1.4” 126x36 | Kalis Air: 5ATM | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 10 hari | Bluetooth: 4.0.
Fitbit Inspire 2 ni design dia sangat cun. Berbanding dengan model pilihan kami yang lain, Inspire 2 tak rasa macam ‘bulky’ dan memang style (tapi mungkin berat sikit). Skrin OLED ni memang yang terbaik korang boleh dapat untuk harga macam ni dan paparannya 1.4” 126×36 yang sesuai untuk bergerak lebih selesa bila pakai. Kekuatan model ni bukan setakat paparan OLED tapi juga kepada companion app dari Fitbit yang memang bagus iaitu Fitbit Premium. Korang boleh track 24/7 heart rate, sesi pernafasan berpandu, food logging, cardio, sleep dan kesihatan wanita. Tapi korang kena tau perkara penting kat sini iaitu Fitbit Premium tu percuma untuk 1 tahun je, lepas setahun korang kena bayar membership yang agak mahal. Kelemahan pula terletak pada bateri yang tak sekuat lain, cuma tahan 10 hari jadi korang mungkin kena cas selalu. Tapi kalau nak data fitness terbaik, ni lah Fitness Tracker untuk korang.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Shopee
QR Code https://shope.ee/2AdqxDOkbd
Lazada
QR Code https://invol.co/clej08b

Scan & Add to Cart

3
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Amazfit Band 7 Fitness Tracker

Fitness Tracker Terbaik Dengan Bateri Yang Bagus
Overview:
Pros: Paparan tak besar sangat dan tak kecil sangat, bateri bagus, ada banyak fitness tracking dan SpO2 sensor.
Cons: Design biasa je, mahal sikit.
Spesifikasi - Skrin: AMOLED | Paparan: 1.47” 198x368 | Kalis Air: 5ATM | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 18 hari | SpO2: Ada.
Pilihan kami untuk Fitness Tracker Mid-Range termasuk Amazfit Band 7 yang menawarkan ciri hebat pada harga yang berpatutan. Paparannya ialah AMOLED 1.47” segi empat tepat yang cukup besar untuk memudahkan navigasi tetapi tidak begitu besar sampai jadi tak selesa. Bagi kebanyakan orang, ia tak terlalu besar dan tak terlalu kecil dan warna dan visual juga bagus untuk harga macam ni. Reka bentuk pula, bagi kami boleh diperbaiki sikit sebab nampak biasa je. Apa pun, Fitness Tracker ni ada tahap kalis air 5ATM dan bateri yang hebat yang bertahan sehingga 18 hari pada tetapan paling rendah dan disertakan dengan kira-kira 120 mod fitness tracking dengan companion app dan SpO2 sensor untuk menjejak paras oksigen darah, di samping ciri lain biasa, seperti sleep dan heart rate tracking. Overall, pilihan yang solid.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
4
Shopee
QR Code https://shope.ee/7A2WuQrZUv
Lazada
QR Code https://invol.co/clej08v

Scan & Add to Cart

4
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Huawei Band 6 Fitness Tracker

Fitness Tracker Mid-Range Terbaik
Overview:
Pros: Murah dari Amazfit Band 7, paparan tak terlalu besar atau kecil, sesuai untuk wanita, SpO2 sensor.
Cons: Design biasa je.
Spesifikasi - Skrin: AMOLED | Paparan: 1.47” 194x368 | Kalis Air: 5ATM | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 14 hari | Bluetooth: 5.0 | SpO2: Ada.
Pesaing kepada Amazfit Band 7 dan Honor Band 6 ialah Huawei Band 6. Sampai paparannya pun semua hampir sama dengan paparan AMOLED 1.47” untuk navigasi yang mudah tetapi tidak terlalu besar atau berat, tapi reka bentuknya biasa je. Walau bagaimanapun, hayat bateri pada Huawei Band 6 hanya sehingga 14 hari pada tetapan terendah, manakala 18 hari untuk Amazfit. Tahap kalis air pula ialah 5ATM iaitu agak standard dan versi Bluetooth ialah 5.0. Ada 96 mod fitness, sleep dan heart rate tracking, menstruation cycle tracking dan SpO2 sensor untuk paras oksigen darah. Juga berbanding Honor Band 6, Huawei Band 6 kurang tebal sedikit, lagi cepat cas, ada pengesanan berat dan amaran kadar denyutan jantung yang tidak teratur.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Shopee
QR Code https://shope.ee/1AlJlX2JUG
Lazada
QR Code https://invol.co/clej09b

Scan & Add to Cart

5
⚡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Honor Band 6 Fitness Tracker

Alternatif Murah Kepada Huawei Band 6
Overview:
Pros: Murah dari Huawei Band 6, paparan tak besar atau kecil sangat, sesuai untuk wanita, sensor SpO2.
Cons: Design biasa je, cas lagi perlahan dari Huawei Band 6.
Spesifikasi - Skrin: AMOLED | Paparan: 1.47” 194x368 | Kalis Air: 5ATM | OS Comp: iOS/Android | Bateri: 14 hari | Bluetooth: 5.0 | SpO2: Ada.
Honor Band 6 sangat mirip dengan Huawei Band 6 sampai ramai orang kadangkala keliru antara kedua-dua model ni. Perbezaan antara dua ni pun sebenarnya sangat kecil: kedua-dua Fitness Tracker ni ada paparan AMOLED 1.47” yang bagi kami adalah saiz yang sesuai untuk navigasi selesa, kedua-duanya ada tahap kalis air 5ATM, kedua-duanya menampilkan penjejakan paras oksigen darah SpO2, sleep dan menstrual cycle tracking dan kedua-duanya boleh tahan 14 hari pada tetapan terendah. Perbezaannya adalah terutamanya dalam companion app: app Huawei ada 96 mod sukan manakala Honor Band 6 hanya menampilkan 10 mod sukan (tapi bukanlah isu besar pun). Honor Band 6 juga boleh cas secara wireless charging walaupun ia mengecas lebih perlahan daripada Huawei Band 6. Satu lagi, Honor Band 6 kira-kira RM30-RM40 lebih murah dari Huawei Band 6.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Rating Terbaik
Oppo Band Fitness Tracker

Oppo Band Fitness Tracker

Lihat Harga Terkini
Garmin Vívosmart® 4 Fitness Tracker Watch

Garmin Vívosmart® 4 Fitness Tracker Watch

Lihat Harga Terkini
Recommended
Samsung Galaxy FIT 2 Fitness Smartband

Samsung Galaxy FIT 2 Fitness Smartband

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Amazfit GTS 2 Mini Smartwatch Fitness Tracker

Amazfit GTS 2 Mini Fitness Tracker

Lihat Harga Terkini

Kesimpulan

Panduan Beli Fitness Tracker

Paparan & Skrin

Kebanyakan Fitness Tracker datang dalam paparan antara 1.1” inci hingga 1.5” inci. Korang perlu mempertimbangkan saiz skrin yang sesuai. Fitness Tracker dengan skrin yang terlalu besar untuk pergelangan tangan korang mungkin akan menjejaskan sedikit senaman. Dari segi skrin, ada secara am 3 jenis: LCD, AMOLED dan OLED. OLED biasanya menawarkan gambar terbaik tapi juga lebih mahal daripada LCD dan AMOLED.

Korang juga kena tengok sama ada korang nak always-on-display. Tak banyak Fitness Tracker yang menawarkan ciri ini.

Ketahanan Bateri

Agak menjengkelkan kalau setiap kali nak bersenam, kena cas Fitness Tracker dulu kan? Jadi, korang boleh pilih Fitness Tracker yang boleh bertahan antara 7 hingga 21 hari pada tetapan paling rendah. Tapi kalau korang guna program tertentu seperti GPS, ia memang akan buat bateri cepat kong. Jadi bergantung jugak kepada cara korang guna Fitness Tracker ni.

Tahap Kalis Air

Kalau korang bercadang untuk membawa Fitness Tracker untuk aktiviti seperti berenang (tapi diving tak boleh ye!), korang kena pastikan Fitnes Tracker ada tahap rintangan air 5ATM. 5ATM menandakan gajet ni boleh tahan dalam “atmosfera” (ATM) tekanan air sehingga 50 meter di bawah paras air. Ini tak bermakna ia boleh ditenggelami 50 meter di bawah air tau. Tapi nak bawak berenang, 5ATM memang boleh.

Heart Rate & Sleep Tracking

Terdapat banyak jenis kaedah pengukuran kadar denyutan jantung dan tidur yang digunakan dalam Fitness Tracker. Ada yang lebih tepat daripada yang lain. Kebanyakan menawarkan pemantauan 24/7 iaitu setiap masa.

Mod Fitness Tracking

Apa jenis senaman atau sukan yang paling kerap korang buat? Prestasi apa yang korang perlukan data atau tracking? Ada yang hanya memerlukan timer dalam jam tangan ini manakala yang lain ingin track pusingan berenang, jarak larian dan lain-lain. Semak companion app apa yang korang ada ciri mod yang korang perlukan.

OS Compatibility

Kebanyakan Fitness Tracker serasi dengan ekosistem iOS dan Android. Tapi lebih baik kalau check dulu.

GPS

Di Malaysia, cuma Fitness Tracker high-end yang ada built-in GPS yang membolehkan korang jejak lokasi tanpa bergantung pada Smartphone. Tapi Fitness Tracker lain boleh sync dengan smartphone untuk menyediakan perkhidmatan GPS, tapi pakai GPS dari smartphone lah sebenarnya. Jadi, bila guna GPS jenis sync ni, korang kena check bateri smartphone sebab ia memang pakai banyak bateri.

Harga & Bajet

Korang boleh cari Fitness Tracker bajet yang bagus di bawah RM100 kat Malaysia tapi kebanyakan yang jenis Mid-range biasanya berharga antara RM100 hingga RM200. Ada pilihan high-end yang lebih RM300 tapi jenis ni selalu ada fitness tracking yang tepat dan pelbagai, fast charging dan wireless charging.

Apa Kegunaan Fitness Tracker?

Fitness Tracker direka untuk menjejaki tahap aktiviti semasa korang bersenam ataupun berehat. Beberapa ciri yang sering diperlukan oleh orang ramai ialah:

  • Heart rate monitoring (pemantauan kadar degupan jantung).
  • Sleep tracking (pemantauan kualiti tidur).
  • Penjejakan tempoh tekanan fizikal yang tinggi (cth: tempoh rehat antara set).
  • Sports tracking (cth: pusingan berenang, jarak larian).
  • Blood oxygen levels (tahap oxygen dalam darah).
  • Kalori masuk dan keluar, kalau sync dengan apl lain seperti MyFitnessPal.
  • Female menstrual cycles (kitaran haid wanita).

Sebaliknya, Smartwatch juga menampilkan ciri ini dengan lebih banyak komunikasi tambahan dan ciri penjejakan tugas seperti menerima panggilan, memaparkan notifikasi dan lain-lain. Tapi Smartwatch biasanya lebih mahal.

Video : Panduan Tahap Kalis Air

Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara faktor paling penting adalah jenis dan kualiti paparan, tahap kalis air, mod sukan, aplikasi companion dan ketahanan bateri.
Fitness Tracker bajet boleh didapati dengan harga bawah RM100, jenis Mid-Range dari RM100 hingga RM200 dan pilihan high-end lebih RM300.
5ATM bermaksud menandakan gajet ni boleh tahan dalam “atmosfera” (ATM) tekanan air sehingga 50 meter di bawah paras air. Ini tak bermakna ia boleh ditenggelami 50 meter di bawah paras air.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!