fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 5 Kerusi Gaming Terbaik Malaysia 2022 (Paling Selesa)

Kerusi Gaming Terbaik Premium
"Livestreamer yg duduk lama, kerusi kena selesa"

Bosan duduk kat kerusi biasa? Kalau korang nak cari kerusi ergonomik yang ada style, skrol ke bawah untuk baca pilihan top 5 Kerusi Gaming terbaik di Malaysia untuk tahun 2022 yang ada di Shopee & Lazada.

Cara Kami Pilih

Seperti kami terangkan dalam artikle Kerusi Gaming Murah Terbaik, cara paling bagus nak tahu kalau kerusi tu sesuai atau tak ialah untuk duduk sendiri kat kerusi tu. Tapi ada juga beberapa faktor yang korang boleh guna untuk tahu kualiti kerusi gaming tanpa perlu sentuh secara fizikal.

Harga

Ada banyak jenama kerusi gaming di pasaran, termasuk yang dibuat dengan kos murah. Apa yang dikira sebagai mahal di Malaysia mungkin tak kira mahal pun di pasaran antarabangsa (contoh kalau bandingkan dengan jenama SecretLabs).

Tapi kerusi yang harganya atas RM800 korang boleh kira sebagai kerusi yang baik walaupun mungkin jenis bajet. Jadi sini kami pilih kerusi gaming dalam anggaran harga RM800-RM2000.

Fabrik

Jenama kerusi gaming kebanyakannya suka guna PVC atau PU leather dengan sikit Carbon Fibre atau fabrik kain. Walaupun PVC lebih tahan lama, PU leather ada rasa macam kulit betul. PIlihan kami di sini lebih fokus kepada PU leather dengan sikit PVC leather.

Sudut Baring (Recline Angle)

Kerusi gaming yang bagus sepatutnya boleh dibaringkan sehingga 160°-180° darjah. Tapi tak ramai pun yang perlukan sampai 180° darjah. Walaubagaimana pun, kami nak pilih yang boleh recline dalam jarak ni, kecuali kalau kami rasa kerusi tu ada faktor lain yang menarik walaupun tak boleh recline sampai 160°.

Armrests

Kerusi gaming yang murah selalunya ada armrests (tempat letak tangan) yang tak boleh dilaraskan. Kerusi yang bagus pulak boleh adjust armrest ia sehingga 4D iaitu 4 arah (atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang, dan rotate).  Kerusi yang kami pilih semua boleh laras 4D untuk pastikan postur yang betul.

Ketinggian Backrest & Sokongan Berat

Selain recline angle, kerusi gaming juga perlu ada saiz yang sesuai untuk ramai orang. Jadi kami pilih kerusi gaming yang ada backrest yang tinggi (lebih 180cm) dengan sokongan berat sekurang-kurangnya 120kg dan sehingga 180kg. 

Rekabentuk Ergonomik

Ergonomik tak semestinya bermaksud kerusi yang selesa. Kerusi ergonomik dalam konteks pasaran ni bermaksud kerusi yang boleh adjust. Kami suka kerusi yang ada bantal lumbar yang besar sebab ada lagi tinggi kemungkinan ia akan selesa (boleh adjust dan beri postur yang bagus).

Ada lagi beberapa faktor lain untuk dipertimbangkan, jadi tengok Panduan Beli Kerusi Gaming kami di bawah. Tapi sekarang kita tengok dulu pilihan kerusi gaming kami.

Semua produk ini boleh dibeli terus di :

Point Ringkas & List

Pilihan Shoptrack

Jenama Kerusi Gaming Terbaik di Malaysia

1
1

Kerusi Gaming Anda Seat Kaiser 3 XL

Kerusi Gaming PVC Leather Terbaik
Overview:
Pros: Armrests 4D, design yang minimal & lawa, lumbar lebar.
Cons: Cuma boleh recline 165°, mahal.
Spesifikasi – Bahan: PVC Leather & Carbon Fibre | Recline: 165° | Sokongan Berat: 180kg | Armrests: 4D | Tapak: Aluminium | Lebar Seat: 53cm.

Anda Seat adalah satu jenama kerusi gaming yang tengah naik di pasaran Malaysia, dengan pelbagai jenis dan siri kerusi yang berkualiti dan harga yang murah. Kaiser 3 ni satu kerusi yang sangat cun bagi kami disebabkan design ia yang sangat clean, minimal dan nampak mahal. Tapi kekuatannya bukan setakat design dan style: backrest kerusi ni boleh recline sampai 165° darjah, dan armrests boleh laras 4D. Kekuatannya juga terletak di ketahanan: tapak kerusi ni diperbuat dari aluminium dan mampu tahan sehingga 180kg (untuk versi XL) dan titan steel sebagai framework. Sesuai untuk semua orang. PVC Leather dengan Carbon Fibre yang diguna juga menambah baik ketahanan kulit kerusi ni, tapi dengan sikit kelemahan dari segi rasa kulit. Seat ia memang tebal dan lebar, selebar 53cm dengan kedalaman 57cm. Backrest ia setinggi 85cm. Overall, kerusi ni akan sesuai untuk semua orang, jadi soalannya kalau korang suka design tu. Boleh pilih antara versi L atau XL.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
2

Kerusi Gaming Todak Alpha 001 Premium

Kerusi Gaming Premium Berpatutan
Overview:
Pros: Boleh recline 180° darjah, amrests 4D.
Cons: Seat tak lebar, bantal lumbar kecil.
Spesifikasi – Bahan: PU Leather| Recline: 180° | Sokongan Berat: 150kg | Armrests: 4D | Tapak: Nylon | Lebar Seat: 47cm.

Kalau korang tak mampu untuk belanja lebih dari RM1200, ini mungkin pilihan untuk korang. Jenama Todak ni antara yang paling popular di pasaran. Salah satu kerusi high end jenama ni iaitu Alpha 001 Premium menawarkan nilai yang tinggi dengan harga rendah. Kekuatan model ni terletak di kombinasi perforated leather (ada liang kecil di kulit) dan PU Leather yang membuatkan kulitnya rasa sejuk dan juga frame besi yang kuat membuatkan kerusi ni mampu recline sehingga 180° darjah dan sokong berat sehingga 150kg. Tambah lagi, armrest ni boleh laras 4 arah. Keburukan pula terletak pada tapak yang bukan aluminium, cuma nylon, dan bantal lumbar dan leher yang agak kecil. Seat juga tak lebar sangat, cuma 47cm termasuk sisi, jadi kalau korang saize besar sikit, check dulu dimensi. Selain tu, dengan harga macam ni, not bad jugak la.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
3
3

Kerusi Gaming NobleChairs Epic Mercedes – AMG Petronas F1 Edition

Kerusi Gaming Seat Luas
Overview:
Pros: Logo unik, seat luas dan lebar.
Cons: Cuma boleh recline 135° darjah, sokongan berat 120kg.
Spesifikasi – Bahan: PU Leather| Recline: 135° | Sokongan Berat: 120kg | Armrests: 4D | Tapak: Aluminium | Lebar Seat: 57cm.

Nak cari kerusi yang buat member korang jeles? NobleChairs bukan setakat antara jenama paling laris di pasaran antarabangsa, tapi jenama ni ada satu kerusi gaming Limited Edition yang unik dan menarik iaitu Epic Series F1 Team Edition. Pertama, kerusi ni ada logo Mercedes dan AMG Petronas F1. Kedua, kulit atau fabrik kerusi ni nampak macam kombinasi PU Leather dan fabrik yang kemas dan selesa, memberi ia balance dari segi ketahanan dan keselesaan. Ketiga, armrest boleh adjust 4D (sampai 7cm), memang patut ada dengan harga macam ni. Keempat, seat ia agak lebar dan luas, 57cm termasuk sisi – sesuai untuk hampir semua orang. Kedalaman seat pula 56cm. Bantal lumbar dan leher agak lebar jugak. Keburukan pula ialah recline angle ia hanya 135° darjah dan sokongan berat maksimum hanya 120kg. Overall, kalau korang tak kisah sangat pasal recline angle, boleh lah consider model ni.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
4
4

Kerusi Gaming Tomaz Troy Limited Edition

Overview:
Pros: Boleh recline 180° darjah, amrests 4D, harga murah.
Cons: Seat tak luas, base diperbuat dari besi iron.
Spesifikasi – Bahan: Fabrik| Recline: 180° | Sokongan Berat: 180kg | Armrests: 4D | Tapak: Iron | Lebar Seat: 46cm.

Kalau korang nak cari kerusi gaming bawah RM1000, boleh check out Tomaz Troy Limited Edition. Dengan harga dalam RM900, korang boleh dapat ciri terbaik dengan design yang lawa. Backrest 85cm I boleh adjust sehingga 180° darjah dengan armrest yang boleh laras 4D. Ketahanan juga agak bagus dengan sokongan berat sehingga 180kg, setaraf kerusi lebih mahal. Fabrik atau kulit diperbuat dari Fabrik Weave yang cooling jadi korang tak perlu risau suhu bilik sangat. Bantal lumbar pula lebar dan selesa, senang untuk dapatkan postur yang betul tapi bantal leher ia terlalu besar dari pandangan kami. Keburukan lain termasuk seat ia tak besar sangat cuma 46cm termasuk sisi, tapa kia pula diperbuat dari besi iron, bukan aluminium atau nylon. Overall, kerusi ni selesa, ada design cantik dan juga agak murah berbanding model lain.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
5

Kerusi Gaming Asus ROG Chariot

Overview:
Pros: RGB, armrest 4D.
Cons: Sokongan berat 120kg saja, recline 145° darjah.
Spesifikasi – Bahan: PU Leather| Recline: 145° | Sokongan Berat: 120kg | Armrests: 4D | Tapak: Aluminium | Lebar Seat: 54cm.

Asus ROG Chariot adalah kerusi gaming yang boleh padan dengan setup yang guna banyak RGB. Dari segi design, memang nampak kerusi pro-gamer yang tipikal tapi keunikan produk ni terletak di Aura RGB yang korang boleh kawal dari segi warna dan effects. Backrest boleh adjust sampai 145° darjah, dengan 4D armrest dan boleh support sehingga 120kg berat badan. Kulit pula diperbuat dari PU Leather jadi kena jaga tahap kelembapan sikit. Bantal lumbar dia juga panjang tak macam kerusi lain membuatkan kerusi ni lebih selesa, terutama untuk jangka masa panjang. Overall tak banyak kerusi gaming yang ada RGB, jadi kalau korang suka RGB, kerusi ni boleh jadi pilihan.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Razer Iskur Dark Gray Fabric Gaming Chair
Lazada

Razer Iskur Dark Gray Fabric Gaming Chair

TTRacing Maxx Gaming Chair
Shopee

TTRacing Maxx Gaming Chair

Produk Berkaitan

Aukey RGB Gaming Mouse Pad KM P6
Best Selling
Shopee

Aukey RGB Gaming Mouse Pad KM P6

Logitech G502 Gaming Mouse
Wajib Ada
Shopee

Logitech G502 Gaming Mouse

Razer DeathAdder V2 Gaming Mouse
Lazada

Razer DeathAdder V2 Gaming Mouse

Gaming Headset Razer Kraken X
Wajib Ada
Lazada

Razer Kraken X Gaming Headset

Trending

Kesimpulan

Apa Itu Kerusi Gaming?

Kerusi gaming ialah kerusi yang direkabentuk untuk memberi keselesaan dalam sesi gaming yang lama. Ia biasanya berbentuk ergonomik, stylish dan kukuh yang juga menyerupai tempat duduk racing bucket yang dikeluarkan oleh jenama kereta sport mewah.

Berapa Harga Kerusi Gaming di Malaysia?

Kerusi gaming yang berkualiti selalu berharga dalam RM800 hingga RM2500. Yang high end pula ada yang lebih dari RM3000. Selain tu, ada jugak kerusi gaming bajet berharga dari RM200 hingga RM1000.

Panduan Beli Kerusi Gaming

Ada plan nak beli kerusi gaming baru? Sebelum korang pilih, kami share sikit faktor-faktor yang boleh korang pertimbangkan yang mungkin dapat membantu sikit:

  • Bajet: Kami rekomend ada bajet dalam RM500 ke atas. Kalau boleh atas RM1000 (baca bawah untuk tahu sebabnya).
  • Fabrik: PVC leather lebih tahan lama, tapi PU leather ada rasa seperti kulit benar. Fabrik kain pula lebih cooling dan selesa. Kalau nak best, cari kerusi gaming yang ada kombinasi fabrik (seperti PU leather + fabrik kain).
  • Sokongan berat badan: Lagi tinggi sokongan berat, lagi kukuh kerusi tu. Kebanyakan kerusi bagus boleh tahan 130-150kg.
  • Sudut Baring (recline angle): Kalau boleh, cari yang boleh recline sampai 160° darjah. Paling bagus 180° darjah.
  • Kelarasan armrest: Kalau korang belanja lebih RM1000, cari kerusi yang ada 4D armrests (boleh laras atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang, dan rotate sisi).
  • Lebar Seat: Lebih 50cm termasuk sisi boleh kira luas.
  • Tapak (base): Aluminium lagi kukuh & tahan lama, nylon lagi ringan dan murah.
  • Bantal lumbar & leher: Ada yang lebar, ada yang kecil & padat. Selalunya bantal yang lebar lebih selesa tapi tak semestinya bantal kecil tak bagus.
  • Rekabentuk ergonomic: Ergonomik maksudnya boleh laras untuk dapatkan postur yang betul, tapi tak semestinya bila ada label ergonomik maksudnya ia selesa. Ukur badan korang dan kerusi untuk double check.
  • Ketinggian backrest: Selalu setinggi 80cm atau lebih. Kalau backrest ia lebih rendah dari 80cm, bandingkan ketinggian badan & dimensi kerusi.

Kerusi Gaming Mahal vs Murah

Sekarang ada banyak brand yang buat kerusi gaming murah dengan tahap keselesaan & design yang bagus untuk pasaran yang berbajet rendah. Tapi mana satu sesuai untuk korang? Kerusi gaming murah atau premium?

Of course, bajet memain peranan penting tapi secara am, mengikut chairsfx.com, kerusi gaming murah tak akan tahan selama kerusi gaming premium. Jadi dalam jangka masa panjang, kerusi gaming premium terbaik mungkin akan lebih jimat.

Tahap keselesaan juga sangat penting, kalau korang plan nak guna kerusi ni sampai 5-8 jam setiap hari, mungkin bagus untuk belanja sikit untuk kerusi gaming yang boleh tahan 3-5 tahun dan boleh bagi keselesaan maksimum.

Sekarang dah tahu kerusi mana nak dapatkan, kasi siap gaming setup korang dengan keyboard gaming, laptop gaming, dan headset gaming.

Advertisement

Soalan Lazim

A: Dalam jangka masa panjang, kerusi gaming premium terbaik mungkin akan lebih jimat sebab ketahanan yang lebih lama.
A: Kerusi gaming murah selalunya dipasarkan dengan harga RM200-RM800 manakala kerusi gaming premium RM800-RM3000.
A: Antara kerusi gaming premium pilihan Shoptrack dari segi kualiti, design & ketahanan adalah Noblechairs, Asus, Tomaz, Todak & Anda Seat.
#Hashtag
Share Artikel Ini
Share info ini

Artikel ini ditulis oleh

Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.