Read this article in : English
Top 10 Laptop Gaming Terbaik & Power di Malaysia 2026 (High Specs)
- Last update 15 Januari 2026
- 1:44 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 40,493
Hari ini : ✨ Raya Mega Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Dengan pelancaran bermacam jenis game di platform PC baru-baru ni, mesti ramai yang teringin nak cuba. Kebanyakan game-game yang baru, terutama yang gred AAA menggunakan teknologi tinggi untuk membuatkan grafik lebih immersive.
Apa 10 Laptop Gaming Terbaik di Malaysia yang boleh memenuhi keperluan game tahun 2026? Jom kita explore!
Spesifikasi Gaming Laptop
Reka Bentuk & Heat Management
Cara pilih gaming laptop lebih kurang sama dengan gaming desktop tapi ada sedikit perbezaan. Perbezaan paling penting bukan dalam hardware saja, tapi dalam ‘heat management’ iaitu memastikan laptop kita tak sentiasa dalam keadaan suhu tinggi yang disebabkan oleh ruang laptop yang kompak.
Bila kita gaming dalam laptop yang tak sesuai untuk gaming, overheating adalah antara punca utama laptop cepat rosak. Jadi, daripada bazir duit repair atau beli hardware baru yang kadang-kadang susah nak cari, lebih baik korang beli laptop yang memang diciptakan untuk gaming. Kalau laptop boleh guna untuk gaming, korang boleh juga guna untuk semua jenis kerja.
Hardware Lain
- Graphics Card: NVIDIA GTX 1650/AMD RX5500M
- VRAM: 4GB atau lebih
- CPU: Intel i5-8300H/Ryzen 5 3550H
- RAM: 8GB atau lebih
Antara spesifikasi lain adalah kualiti graphics card dan VRAM, generasi CPU dan display screen refresh rate. Untuk game baru 2026 lebih dari 1080p 60fps, korang perlukan at least graphics card NVIDIA GTX 1650 atau AMD RX 5500M, 4GB VRAM, Intel i5-8300H atau Ryzen 5 3550H, dan 8GB RAM. Tapi RAM tak perlu risau sangat sebab banyak model ada slot untuk tambah RAM.
Tak nak pening kepala? Kat bawah saya ‘ranking’ laptop gaming terbaik untuk pasaran Malaysia. Tambah lagi dengan kerusi gaming, memang layan!
Jenama Laptop Gaming Terbaik di Malaysia 2026


MSI Sword 16 Gaming Laptop HX B14VEKG-628MY


Acer Predator Helios Neo 16 Gaming Laptop PHN16-72-52P9


HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX


MSI Thin 15 Gaming Laptop B12UCX-1600MY


Acer Nitro V 15 Gaming Laptop ANV15-51-564F

