Read this article in : English
5 Kerusi Gaming Murah Terbaik di Malaysia 2022 Cun & Ada Kualiti
- Last update 10 Februari 2022
- 3:18 pm
- Baca dalam 4 minitÂ
- 10,767

"Selesa sikit untuk yang duduk lama"
Kerusi gaming murah tak semestinya berkualiti rendah. Jom kita tengok 5 Kerusi Gaming Murah terbaik yang memang cun dan style terbaru tahun 2022.
Kalau korang prefer untuk invest duit sikit, kami juga ada kumpul info pasal top 5 kerusi gaming premium terbaik.
Lepas setel kerusi, apa kata tengok juga rekomendasi gaming laptop? Kasi pro sikit gaming setup tu.
Ciri-Ciri Kerusi Gaming
- Bahan fabrik: PVC Leather atau Carbon Fibre lebih tahan lama. PU Leather rasa lebih macam kulit betul tapi senang rosak.
- Sokongan berat badan: Kebanyakan kerusi gaming murah boleh tahan sehingga 130kg berat badan.
- Recline angle: Maksimum kerusi gaming boleh recline sampai 180 darjah. Banyak boleh recline 150-170 darjah.
- Armrest angle: Kebanyakan 2D iaitu kiri-kanan, atas-bawah. Ada yang 3D atau 4D, bergantung kepada citarasa.
- Base: Aluminium lebih tahan lama. Nylon lebih ringan dan selalunya diguna dalam kerusi yang lebih murah.
Jenama Kerusi Gaming Murah
Antara jenama yang paling popular di pasaran sekarang adalah TTRacing yang membuat kerusi berkualiti dengan harga rendah tanpa mengorbankan kualiti. Selain tu, jenama Sakula juga agak terkenal.
Model yang korang perlukan mungkin berbeza dari individu ke individu tapi dua jenama ni membuat kerusi gaming sangat affordable dalam pasaran Malaysia. Ada juga jenama lain seperti GTGamez, MyFurnitureLab, Like Regal, dan GTRacing.
Kalau korang prefer untuk invest duit sikit, kami juga ada kumpul info pasal top 5 kerusi gaming premium terbaik.
Lepas setel kerusi, apa kata tengok juga rekomendasi gaming laptop? Kasi pro sikit gaming setup tu.
Boleh dibeli di :

Point Ringkas & List
Kerusi Gaming Murah Terbaik di Malaysia
Kerusi Gaming TTracing SwiftX
Jenama kerusi gaming murah yang paling popular adalah TTracing. Ada sebabnya: kualiti kerusi diorang memang baik dan sangat mampu milik. Ada 3 jenis model dari TTracing: SwiftX, Duo V3 dan Surge. SwiftX adalah model ‘tengah’: mahal sikit dari Duo V3 tapi tak semahal Surge. Antara ciri-ciri SwiftX ni, korang boleh tolak atau recline kerusi ni kebawah sehingga 165 darjah, boleh tahan sehingga 130kg berat badan, armrest yang boleh adjust ketinggiannya, dan datang sekali dengan 2 bantal. Kekuatan kerusi ni memang gempak lah, korang tak payah takut.
Kerusi Gaming TTracing Duo V3
Model TTracing ni lebih kurang sama dengan SwiftX kat atas, tapi bezanya model ni murah lagi sebab takda bantal dan roda dia tak ada style macam swiftX. Ciri-ciri lain memang sama dengan SwiftX dari segi penggunaan material dan kekuatan dan keselesaan. Kalau korang takda bajet sangat, model Duo V3 ni memang dah cukup selesa. Walaupun beza sikit dari SwiftX, masih lagi layak masuk dalam senarai kerusi gaming murah terbaik.
Kerusi Gaming TTracing Surge
Kerusi gaming ni antara yang paling mahal dari TTracing setakat ni. Beza model ni dengan model lain model ni korang boleh recline sehingga 180 darjah, macam baring kat tilam dah. Material yang dia pakai semua sama dengan SwiftX tapi armrest tu korang boleh pusing ke depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah dan datang sekali dengan 2 bantal. So memang selesa habis. Tapak kerusi pulak diorang pakai Chrome Aluminium, beza dengan tapak SiwftX atau Duo V3 yang pakai Nylon. Antara kerusi gaming murah terbaik pilihan online tapi kena belanja sikit duit berbanding lain. Takpa, tahan lama.
Kerusi Gaming GTGAMEZ GMZ-GC-YG-721
Untuk pilihan bajet, kerusi gaming dari GTGamez mungkin menepati kriteria korang. Material yang dipakai iaitu PVC leather takdalah hebat sangat tapi masih lagi bagus dan selesa dalam suhu sederhana atau sejuk. Kerusi ni boleh recline sehingga 150 darjah, ada bantal tengkuk dan belakang dan boleh adjust ketinggian. Ini jenis kerusi yang korang tak akan rasa kerusi bajet walaupun harga dia sangat murah.
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Baru Update :
Kerusi Gaming Like Regal
LR Gaming Chair ni design dia macam lebih kurang sama dengan Sokano 0C04 tapi bezanya dia boleh recline sampai 160 darjah. Kerusi ni datang sekali dengan 2 bantal dan harganya murah sikit dari Sokano 0C04. Kalau betul-betul tak nak belanja banyak sangat duit ke gaming chair, yang ni pun dah cukup memadai.
Produk Berkaitan
Voucher Terhad
PH25SMP

SHP25MP

SHP25ST

IA44PH

PH25SMP
SHP25MP
SHP25ST
IA44PH
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh