This post is also available in: Malay
Top 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 2024 (Fun & Happening)
- Last update 7 February 2024
- 3:45 pm
- Baca dalam < 1 minitÂ
- 3,699 Views
Korang-korang yang stay dalam Lembah Klang bosan dengan rutin harian korang? Atau mungkin korang dari negeri lain tengah makan angin di Kuala Lumpur? Dalam artikel ni, kami senaraikan Top 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang boleh buat korang terhibur.
Dari adventure outdoor sampai sukan dan permainan, Kuala Lumpur ada macam-macam aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Yang paling best? Beberapa aktiviti ni free je, ada jugak yang boleh booking senang guna platform macam Klook je. Dan lagi murah!
Jom kita tengok apa je yang menarik kat KL ni!
Anak berminat dengan sains dan teknologi? Takpa, kalau tak minat pun boleh cuba lawat Petrosains di KLCC. Kat sini ada 9 exhibit dengan games dan pameran yang interaktif untuk anak-anak mahupun orang dewasa untuk belajar sedikit sebanyak tentang STEM, alam semulajadi, teknologi, fizik, kimia dan biologi.
Harga tiket pun tak mahal, dan sangat berbaloi sebab kawasannya luas dan akan ambil masa 2-3 jam untuk explore. Lagi murah kalau datang Isnin – Jumaat.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM10 | RM22 | RM10 |
Hujung Minggu / Cuti | RM12 | RM25 | RM12 |
Hari Biasa Bukan Warganegara | RM20 | RM35 | RM20 |
Hujung Minggu Bukan Warganegara | RM25 | RM40 | RM25 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Petrosains KLCC ini disini ↓
Aquaria KLCC memang satu tempat menarik popular dalam kalangan penduduk Lembah Klang. Kat sini, korang boleh bawa anak untuk belajar tentang bermacam jenis spesis laut – dari mana ia datang, apa ia makan dan sebagainya. Nak tengok piranha pun boleh. Semua sekali ada lebih 5000 hidupan laut di akuarium ni.
Kat sini juga ada live feeding dan pelbagai exhibit habitat air. Nak tengok semua akan ambil sekitar 90 minit. Tapi elak hujung minggu sebab lagi mahal dan ramai orang.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM42 | RM52 | RM52 |
Hujung Minggu / Cuti | RM45 | RM55 | RM55 |
Promosi Klook Hari Biasa | RM35 | RM45 | RM45 |
Promosi Klook Hujung Minggu | RM39 | RM49 | RM49 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Aquaria KLCC ini disini ↓
Bosan hujung minggu? Apa kata bawa anak korang ke Kidzania. Kat sini, kanak-kanak cuba banyak aktiviti dan permainan berdasarkan kerjaya seperti doktor, pilot dan wartawan. Manalah tau boleh mencetus inspirasi untuk explore kerjaya ni bila diorang dewasa, kan? Apa pun, Kidzania memang fun, anak tentu seronok.
Harganya agak mahal tapi boleh di sini sehari suntuk. Cuma elak weekend dan waktu tengah hari.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM93 | RM56 | RM0 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Kidzania Kuala Lumpur ini disini ↓
Pengunjung ke Kuala Lumpur mesti tau pasal KL Bird Park yang dah lama menjadi antara tarikan utama di KL. Terletak antara Masjid Negara dan Perdana Botanical Garden, Bird Park ni mempunyai lebih 3000 burung dan merupakan free-flight, walk-in aviary paling besar di dunia.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM15 | RM35 | RM35 |
Pelancong Asing | RM50 | RM75 | RM75 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan KL Bird Park ini disini ↓
KL Forest Eco Park yang mengelilingi Menara KL merupakan satu tempat aktiviti menarik di KL yang sesuai untuk percutian bajet. Harga tiket tak mahal pun, dan ada banyak spesis flora dan fauna di sini yang korang boleh tengok. Forest trail yang ada pun menarik, dan di maintain dengan baik.
Best kalau korang pergi awal pagi lepas sarapan. Nak explore semua boleh ambil masa 2-3 jam.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM1 | RM10 | RM1 |
Pelancong Asing | RM5 | RM40 | RM40 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan KL Forest Eco Park ini disini ↓
Kalau nak lawat tarikan bersejarah di KL yang percuma, Pasar Seni adalah satu banggunan yang dibina pada tahun 1888. Kat sini, korang boleh cari barang seni dan barang kraf dan antik untuk korang beli sebagai cenderahati.
Kalau tak perlu beli apa-apa pun takpa sebab jalan-jalan kat sini pun best. Di persekitaran ada pelbagai restoran & kedai makan popular untuk breakfast dan lunch. Naik LRT senang.
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Pasar Seni KL ini disini ↓
River of Life KL ialah satu tarikan percuma berdekatan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Pada waktu malam, bahagian kawasan Sungai Klang di sini akan dihidupkan dengan lampu biru dan hijau. Tarikan ni percuma jadi tak rugi pun.
Di sekitar juga ada banggunan dengan mural, tapi kena pergi waktu siang sebab malam tak nampak sangat.
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan River of Life KL ini disini ↓
SuperPark ialah satu taman tema yang sangat fun di Avenue K Shopping Mall. Kat sini, ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan dan bersaing dengan keluarga untuk dapatkan markah tertinggi. Boleh main baseball, sepak bola penalti, slide, zip lines, trampoline, swing dan macam-macam lagi, semua sekali ada 25 aktiviti di sini.
Harga tiketnya tak terlalu mahal dan agak berbaloi dengan aktiviti yang ada, cuma satu pass untuk 2 jam saja, rasa tak puas.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM53 | RM53 | RM53 |
Dengan Stokin Grip | RM59 | RM59 | RM59 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan SuperPark KL ini disini ↓
Windlab Skydiving di 1Utama memberikan pengalaman skydiving indoor untuk korang yang nak tahu apa rasanya pergi skydiving. Ia adalah simulasi pengalaman skydiving selama 50 saat untuk setiap ‘flight’. Harga ia agak mahal, tak sesuai kalau bajet korang tak besar.
Tapi boleh cuba untuk pengalaman sekali seumur hidup. Lepas cuba, mesti rasa nak ‘terbang’ lagi.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
2-Flight 1 Person Use | RM81 | RM81 | RM0 |
4-Flight 1 Person Use | RM144 | RM144 | RM0 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Windlab Skydiving ini disini ↓
Zoo Negara sudah lama menjadi tarikan utama di Kuala Lumpur. Setiap tahun, beribu orang, warganegara dan pelancong asing berkunjung untuk melihat lebih dari 5000 spesimen dari hampir 500 spesis haiwan seperti panda, kangaru, gajah dan lain-lain. Harga tiket pun murah je dan sangat berbaloi.
Cuma nak ke sini agak susah sikit sebab jauh dari pusat bandar KL.
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM18 | RM45 | RM23 |
Pelancong Asing | RM43 | RM88 | RM88 |
Promosi Klook Warganegara | RM15 | RM37 | RM37 |
Promosi Klook Pelancong Asing | RM37 | RM72 | RM72 |
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Zoo Negara ini disini ↓
Kesimpulan
Kuala Lumpur memang antara satu ibu negara yang paling lengkap di dunia dari segi tarikan dan aktiviti yang ada di sini. Dari aktiviti semula jadi outdoor hingga ke aktiviti lasak dan sukan, semua ada di bandaraya pertama di negara kita ni. Tak kurang juga seni mural!
Ini Top 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang fun bagi kami:
- Untuk Kanak-kanak: Petrosains KLÂ
- Untuk Kanak-kanak: Aquaria KLCCÂ
- Untuk Kanak-kanak: Kidzania KLÂ
- Outdoor: KL Bird Park
- Outdoor: KL Forest Eco Park
- Percuma: Pasar Seni KL
- Percuma: River of Life KL
- Sukan Indoor: SuperPark KL
- Sukan Indoor: Windlab Skydiving
- Flora & Fauna: Zoo Negara
Artikel ini ditulis oleh