
SuperPark KL
- Last update 1 Jun 2023
- 1:02 pm
Dalam kategori:
SuperPark ialah satu taman tema yang sangat fun di Avenue K Shopping Mall. Kat sini, ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan dan bersaing dengan keluarga untuk dapatkan markah tertinggi. Boleh main baseball, sepak bola penalti, slide, zip lines, trampoline, swing dan macam-macam lagi, semua sekali ada 25 aktiviti di sini.
Harga tiketnya tak terlalu mahal dan agak berbaloi dengan aktiviti yang ada, cuma satu pass untuk 2 jam saja, rasa tak puas.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Kalau korang nak cuba aktivti sukan yang tak heavy sangat tapi sangat seronok, boleh lah cuba SuperPark di Jalan Ampang di Avenue K. Ia merupakan satu taman tema aktiviti dari Finland.
Aktiviti Menarik di SuperPark KL
Kat sini ada banyak aktiviti permainan untuk dewasa dengan kanak-kanak, terbahagi kepada 3 zon: Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall.
Kebanyakan aktiviti kat sini juga competitive, jadi korang boleh bersaing dengan satu sama lain untuk dapatkan markah tertinggi. Banyak aktiviti memerlukan stamina atau reaksi yang tinggi dan laju. Tapi jangan risau, ia tak terlalu memenatkan.
Ada 25 permainan di sini. Antara aktiviti yang korang boleh cuba di sini ialah:
- Flying fox
- Pedal car track
- Zip lines
- Tube slide
- Baseball
- Trampoline (paling best bagi kami!) dan bermacam lagi aktiviti yang jarang ada kat tempat lain.
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Harga tiket agak berbaloi dan agak murah kalau kita bandingkan betapa besarnya tempat ni dan aktiviti yang ada. Semua permainan pun dijaga dengan baik dan staff sangat friendly. Cuma sekali masuk cuma 2 jam je, rasa macam tak puas. Takpa, lain kali boleh pergi lagi, kan?
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket SuperPark KL
Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket SuperPark KL bermula dari RM53 bagi kanak-kanak dan RM53 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM 53 | RM 53 | RM 53 |
Dengan Stokin Grip | RM 59 | RM 59 | RM 59 |
Book Tiket Murah
Tempat Menarik Lain Berhampiran SuperPark KL
Untuk aktiviti yang lebih kepada pendidikan anak-anak, korang boleh cuba Aquaria dan Petrosains di KLCC. Tak jauh, seberang jalan je dari Avenue K.
Tips Untuk Berkunjung Ke SuperPark KL
- Beli tiket secara online, lagi senang dan murah
- Pergi dengan pakaian sukan atau pakaian yang selesa untuk aktiviti sukan.
- Korang kena ada stokin grip untuk masuk. Tak boleh kaki ayam di sini tau.
- Boleh beli tiket yang dah masuk sekali dengan harga stokin (+RM6) atau bawa stokin grip sendiri.
- Walaupun aktiviti tak berapa lasak, elak datang kalau baru lepas makan, terutama kanak-kanak.
- Datang 30 minit sebelum slot korang bermula.
Gambar di instagram
*Random public photos of # SuperPark KL on Instagram
Soalan Lazim

Free / No Entry Charge

/ Seorang
/ Seorang

/ Seorang
/ Seorang





/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam