Kidzania Kuala Lumpur
- Last update 22 September 2023
- 2:57 pm
Dalam kategori:
Bosan hujung minggu? Apa kata bawa anak korang ke Kidzania. Kat sini, kanak-kanak cuba banyak aktiviti dan permainan berdasarkan kerjaya seperti doktor, pilot dan wartawan. Manalah tau boleh mencetus inspirasi untuk explore kerjaya ni bila diorang dewasa, kan? Apa pun, Kidzania memang fun, anak tentu seronok.
Harganya agak mahal tapi boleh di sini sehari suntuk. Cuma elak weekend dan waktu tengah hari.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Antara aktiviti popular untuk kanak-kanak ialah melawat Kidzania Kuala Lumpur di Mutiara Damansara, di sebelah IKEA Damansara.
Ada Apa Di Kidzania?
Kidzania ni macam satu bandar mini untuk anak korang teroka. Kat sini ada banyak aktiviti menarik dan fun yang anak korang boleh cuba, semua berdasarkan kerjaya seperti doktor, pilot, wartawan dan artis.
Belajar Konsep Kerjaya
Ada lebih 60 kerjaya yang anak korang boleh cuba yang mungkin boleh mencetus inspirasi mereka. Dan setiap kerjaya ada tempat kerja sendiri seperti balai bomba, hospital, studio dan bank. Aktiviti ni juga direka untuk anak kecil belajar cara bekerjasama & berkomunikasi.
Belajar Konsep Wang & Gaji
Paling best, selepas anak korang ‘bekerja’ di sini, mereka akan dapat gaji dalam bentuk ‘KidZos’ yang mereka boleh belanja di semua kedai di Kidzania. Barulah diorang tau bukan senang nak dapatkan duit gaji yang kita belanja tu kan?
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Harga tiket untuk kanak-kanak agak mahal tapi bagi kami memang berbaloi sebab korang boleh spend sehari suntuk kat sini. Satu aktiviti akan ambil masa 10 – 25 minit. Fun & educational.
Tapi ada waktu tertentu, seluruh tempat ni akan sesak dan aktiviti pula tak semua boleh enjoy atau kena lama tunggu. Elak waktu cuti sekolah dan weekend, atau datang awal pagi.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Kidzania Kuala Lumpur
Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket Kidzania Kuala Lumpur bermula dari RM93 bagi kanak-kanak dan RM56 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM 93 | RM 56 | RM 0 |
Book Tiket Murah
Tips Untuk Ke Kidzania Kuala Lumpur
- Ada aktiviti seperti balai bomba, polis dan avation academy yang kena reserve dulu. So pergi ke tempat aktiviti tu dan reserve awal-awal bersama anak. Detail aktiviti yang kena reserve ada di website Kidzania.
- Seperti tarikan popular lain di KL, tempat ni agak sesak. Ada aktiviti kena tunggu lama. Elak hujung minggu kalau boleh atau datang awal pagi lepas breakfast.
- Walaupun kanak-kanak 2 tahun dah boleh masuk, tapi better kalau anak korang 5 tahun ke atas sebab ada aktiviti perlu tahu kemahiran membaca.
Tarikan Lain Untuk Kanak-Kanak di Kuala Lumpur
Selain Kidzania, korang juga boleh bawa anak ke Superpark KL, Petrosains, atau Aquaria KLCC. Semua tempat ni menawarkan pengalaman pendidikan atau sukan untuk kanak-kanak. Tapi sebab semua tempat ni juga popular, seperti Kidzania Kuala Lumpur, korang kena elak waktu weekend atau waktu cuti sekolah, kalau boleh.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Kidzania Kuala Lumpur on Instagram
Soalan Lazim
/ Seorang
/ Seorang
Free / No Entry Charge
Free / No Entry Charge
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam