
Restoran RSMY
- Last update 25 April 2023
- 4:26 pm
Dalam kategori:
Kalau korang singgah ke KL, jangan lupa cuba roti naan cheese di RSMY. Roti naan dari restoran ni memang popular sejak dari dulu lagi. Cheese yang diorang bagi bukan calang-calang, memang penuh dalam roti. Susah nak cari naan yang macam ni kat tempat lain. Tapi jangan lupa bersenam sikit, banyak kalori tu!
Info Ringkas
Masakan & Menu Restoran RSMY
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Restoran RSMY berdekatan City One Plaza dan SOGO memang popular dengan roti cheese naan yang penuh dengan cheese. Siapa yang tak pernah cuba lagi, memang rekomen pergi cuba.
Tandoori di sini pun antara yang paling sedap di KL. Tak macam tandoori lain, saiznya besar dan memuaskan, berpatutan dengan harganya. Keema juga korang kena try, penuh rasa rempah.
Roti naan lain di sini pun sedap jugak tapi bila kami pergi, selalu order cheese naan je. Kalau tak nak roti, nasi briyani kat sini pun antara paling sedap di KL.
Peta Lokasi & Alamat








/ Semalam
/ Semalam