Zoo Negara
- Last update 22 September 2023
- 3:12 pm
Dalam kategori:
Zoo Negara sudah lama menjadi tarikan utama di Kuala Lumpur. Setiap tahun, beribu orang, warganegara dan pelancong asing berkunjung untuk melihat lebih dari 5000 spesimen dari hampir 500 spesis haiwan seperti panda, kangaru, gajah dan lain-lain. Harga tiket pun murah je dan sangat berbaloi.
Cuma nak ke sini agak susah sikit sebab jauh dari pusat bandar KL.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Zoo Negara ialah satu tarikan utama bukan saja di KL tapi di seluruh Malaysia. Tahun 2023, Zoo Negara akan menyambut ulangtahun ke-60!
Dengan saiz sehingga 110 ekar, kat sini korang boleh belajar tentang pelbagai spesis haiwan, diet dan negara asal semua spesis tu. Confirm ada haiwan yang korang tak pernah tahu atau tak pernah tengok lagi.
Haiwan Apa Ada di Zoo Negara
Semua sekali ada 16 zon pameran di sini termasuk Rimba Reptilia (buaya, ular, kura-kura, biawak), Pameran Monyet & Kera, Pameran Gajah, Taman Burung, Dataran Australia (kangaru, burung emu), dan bermacam lagi. Panda pun ada tau!
Antara highlight yang paling best bagi kami ialah:
- Panda di Giant Panda Convservation Centre: Kat sini korang boleh tengok Xing Xing and Liang Liang, dua panda dari China yang sangat cute!
- Rimba Reptilia: Ular Anaconda dan spesis kura-kura kedua terbesar di dunia, Aldabran Tortoise.
- Pameran Gajah: Ada 3 gajah di sini yang korang boleh berinteraksi dan beri makan.
- Humboldt Penguin: Boleh tengok sesi beri makan pada 11AM setiap hari.
- Cat Walk: Singa dari Afrika dan harimau.
- Mammal Kingdom: Capybara, Binturong dan harimau bintang.
Animal Show & Feeding Time
Kat sini juga ada Multi-Animal Show – gabungan singa laut dan burung kakak tua dimana haiwan ni akan buat ‘trick’ dengan jurulatihnya di depan penonton. Best, tapi animal show sini agak basic.
Kalau sempat, korang boleh juga dapat tengok sesi beri makan di zon tertentu. Jadual di bawah.
Naik Tram
Dengan kos tambahan RM5.90 (kanak-kanak) dan RM8.90 dewasa, korang boleh juga naik tram. Bagi kami, kalau korang rajin jalan, macam tak berbaloi sangat.
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Bagi kami, kalau Zoo Negara letak harga yang lagi mahal pun, ia tetap jadi antara tempat ‘must-visit’ di KL. Sebab kawasannya memang luas dan tengok betapa susahnya untuk jaga semua haiwan di sini yang datang dari seluruh pelusuk dunia. So, memang berbaloi habis.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Zoo Negara
Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket Zoo Negara bermula dari RM18 bagi kanak-kanak dan RM45 bagi dewasa.
Bagi Pelancong Asing pula, harga tiket Zoo Negara bermula dari RM43 bagi kanak-kanak dan RM88 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM 18 | RM 45 | RM 23 |
Pelancong Asing | RM 43 | RM 88 | RM 88 |
Promosi Klook Warganegara | RM 15 | RM 37 | RM 37 |
Promosi Klook Pelancong Asing | RM 37 | RM 72 | RM 72 |
Book Tiket Murah
Jadual Animal Show
- 11AM & 3PM (Sabtu – Khamis).
Jadual Feeding Time
- Zon Children’s World: 12PM – 1PM (Sabtu – Ahad).
- Rusa Jawa: 2PM – 3PM (Sabtu – Ahad).
- Humboldt Penguin: 11AM (Setiap Hari).
Fasiliti Yang Ada di Zoo Negara
Antara sebab kenapa Zoo Negara satu tempat yang kami rekomen ialah fasilitinya yang sangat lengkap & prihatin: ada surau, zoo huts utk beristirehat, free WiFi, wheelchair (RM5), strollers (RM20), dan lockers (RM2).
Tarikan Flora & Fauna Lain Di KL
Selain Zoo Negara, korang juga boleh cuba lawat KL Bird Park atau Aquaria KLCC. Untuk lebih kepada fauna, KL Forest Eco Park.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Zoo Negara on Instagram
Soalan Lazim
Free / No Entry Charge
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Seorang
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam