Petrosains KLCC
- Last update 22 Jun 2023
- 11:53 pm
Dalam kategori:
Anak berminat dengan sains dan teknologi? Takpa, kalau tak minat pun boleh cuba lawat Petrosains di KLCC. Kat sini ada 9 exhibit dengan games dan pameran yang interaktif untuk anak-anak mahupun orang dewasa untuk belajar sedikit sebanyak tentang STEM, alam semulajadi, teknologi, fizik, kimia dan biologi.
Harga tiket pun tak mahal, dan sangat berbaloi sebab kawasannya luas dan akan ambil masa 2-3 jam untuk explore. Lagi murah kalau datang Isnin – Jumaat.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Untuk yang bercuti di Kuala Lumpur ataupun penduduk Lembah Klang, Petrosains The Discovery Centre merupakan satu aktiviti yang korang boleh cuba dengan anak-anak. Di muzium interaktif ni ada bermacam jenis demonstrasi dan galeri yang boleh memupuk minat anak dalam bidang sains dan teknologi (STEM).
Ada Apa di Petrosains?
Tarikan ni memang besar, akan ambil masa 2-3 jam untuk explore semua. Di sini ada lebih kurang 9 exhibit yang masing-masing dengan pameran dan permainan sendiri.
Antara exhibit yang paling best kat sini ialah:
- Exhibit Space: Tengok cara angkasawan bekerja di angkasa lepas & replica Mars Rover.
- Exhibit Geotime Diorama: Pameran dinasour dan hidupan sekitar 200 juta tahun lalu (Jurassic period).
- Exhibit Sparkz: Papan interaktif dan pelbagai permainan, combustion show pukul 1PM.
- Exhibit Speed: Cuba rasa pengalaman memandu kereta F1.
- Exhibit 3D Theatre: Tengok video dalam 3D.
- Exhibit Tech Lab: Robots, teknologi dan permainan coding.
Kadang-kadang ada permainan yang tak dibuka tapi rata-rata hampir semua diselenggara baik.
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Harga tiket tak mahal pun, lagi lagi kalau beli online untuk hari biasa sebab boleh explore 2-3 jam. Memang berbaloi. Tapi kalau nak pergi dengan family, elak waktu cuti sekolah sebab memang penuh. Dan sebaiknya makan dulu sebelum masuk sebab kat dalam tiada jual makanan.
Kalau naik LRT, boleh turun di stesen LRT KLCC dan terus naik ke tingkat 4 Suria KLCC. Kat sini juga ada fasiliti seperti baby care, surau, tandas untuk OKU, dan lain-lain. Jadi jangan risau.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Petrosains KLCC
Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket Petrosains KLCC bermula dari RM10 bagi kanak-kanak dan RM22 bagi dewasa.
Bagi Hujung Minggu / Cuti pula, harga tiket Petrosains KLCC bermula dari RM12 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Hari Biasa | RM 10 | RM 22 | RM 10 |
Hujung Minggu / Cuti | RM 12 | RM 25 | RM 12 |
Hari Biasa Bukan Warganegara | RM 20 | RM 35 | RM 20 |
Hujung Minggu Bukan Warganegara | RM 25 | RM 40 | RM 25 |
Book Tiket Murah
Tips Untuk Pengunjung
- Tiket selalu habis cepat. Tiket yang dijual secara online lebih murah dan bonusnya korang tak perlu risau tiket dah habis jual.
- Walaupun dibuka sampai 5.30PM (hari biasa) dan 6.30PM (hujung minggu), pintu masuk tutup pukul 4PM (hari biasa) dan 5PM (hujung minggu).
- Tutup pada hari Isnin pertama setiap bulan.
- Datang hari biasa sebab tiket lebih murah dan tak ramai orang.
- Makan dulu sebelum datang.
- Kalau nak datang hujung minggu, datang pagi 9.30AM.
Tempat Menarik Lain Berhampiran KLCC
Antara tarikan menarik lain berhampiran Petrosains ialah Superpark KL di Avenue K dan Aquaria di Kuala Lumpur Convention Centre. Dua-dua tarikan ni memang sesuai untuk kanak-kanak tapi lebih mahal.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Petrosains KLCC on Instagram
Soalan Lazim
/ Seorang
/ Seorang
Free / No Entry Charge
/ Seorang
/ Seorang
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam