fbpx
Shoptrack Logo
Media Shopping No.1 di Malaysia
thistle port dickson front view
thistle port dickson front view
Recommended

Thistle Port Dickson

Dalam kategori:

Hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang di Teluk Kemang ni merupakan jenis hotel berkapasiti besar dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya sunyi dan tenang, jauh sikit dari kesibukan pusat komersil dan pantainya bersih & cantik. Tapi fasiliti & banggunan ni dah agak dated.

Apa pun, bilik di sini luas dan lapang, sesuai juga untuk keluarga besar. Tapi korang tak boleh expect kemewahan seperti hotel 5 bintang lain lah.

Info Ringkas

Hotel Bertaraf
5/5
Harga dari RM280 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Breakfast, Free WiFi, Air Conditioning, Bathtub, In-room Safe Box, 24-Hours Front Desk, Airport Transfer, Swimming Pool, Gym & Fitness Center, Spa / Wellness Center, In-Hotel Restaurant & Bar, Children's Play Area
Tip: Bawa kenderaan sendiri atau sewa kereta sebab lokasi jauh sedikit dari pusat komersil.

Jenis Penginapan

Suite
Ocean/Sea View Room
Garden View Room

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Isi Kandungan

Overview

Bawah sikit dari Teluk Kemang, korang akan jumpa satu hotel menarik iaitu Thistle Port Dickson – hotel 5 bintang besar yang terletak di tepi pantai. Yang best pasal hotel ni ialah korang boleh rasa pengalaman percutian terbaik dengan hanya bajet kecil atau sederhana.

Hotel

Thistle Port Dickson tersembunyi daripada kawasan crowded, jadi korang boleh nikmati ketenangan dan pantai yang cantik dengan pasir putih bersih. Antara keistimewaannya ialah pantai peribadi untuk tetamu hotel sahaja – memang menambahkan lagi suasana yang tenang dan damai.

Bilik

Bilik yang disediakan memang luas dan lapang, jadi sangat sesuai untuk keluarga yang ada sekurang-kurangnya 2 anak. Ada 7 jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut bajet dan saiz keluarga. Tapi tak kisahlah korang travel solo atau bersama family 4 orang, confirm ada jenis bilik yang sesuai untuk korang.

Fasiliti & Lokasi

Dari segi fasiliti, semuanya ada kat sini. Dari Kids Club, gimnasium, gelanggang tenis, sauna, dan Game Room. Cuma fasiliti dia nampak agak lama sikit berbanding hotel-hotel baru di kawasan ni.

Kalau bawak anak-anak sekali, diorang mesti akan suka dengan kolam renang yang besar dan cantik. Walaupun boleh kolam renang boleh jadi agak sesak pada cuti umum dan sekolah, tak perlu risau, kalau sesak, jalan je sikit dah sampai ke pantai.

Korang juga akan suka Thistle Port Dickson sebab jarak dia cuma 3.5km dari Pantai Teluk Kemang dan beberapa restoran terbaik yang menyediakan ikan bakar dan makanan laut. Ada juga restoran makanan laut (ada yang Halal, ada yang tak Halal) di jalan utama yang bersambung dengan entrance hotel. Tapi satu kekurangannya ialah tak ada kedai runcit dalam jarak jalan kaki.

Peta Lokasi & Alamat

Check Harga Murah

Kesimpulan

Apa pun, Thistle menawarkan percutian 5 bintang tapi dengan harga yang lebih murah, walaupun korang tak boleh expect kemewahan seperti hotel 5 bintang lain. Banggunannya dah agak lama dan fasiliti di sini mungkin boleh ditambah baik pada masa depan, tapi dengan pantai yang dekat dan bilik yang luas, bagi kami, masih lagi berbaloi.

Hotel 5 Bintang Lain di Port Dickson

Alternatif lain untuk hotel 5 bintang di Port Dickson ialah Lexis Hibiscus, Grand Lexis dan Avilion. Tapi rata-rata 3 hotel ni lebih mahal dari Thistle.

Tips Untuk Bercuti di Thistle Port Dickson

  • Untuk ke pantai, bawa payung, tikar atau bangku sendiri sebab tak disediakan di sana.
  • Di pantai berdekatan, ada banyak aktiviti sukan air yang korang boleh try tapi dengan kos tambahan.
  • Ada spa yang agak bagus kat sini untuk sesiapa yang berminat.
  • Kalau ada bilik yang tak berapa kemas, boleh suruh housekeeping check dan bersihkan dulu.
  • Bawa kereta kalau nak makan di luar selalu sebab option makanan kat sini tak banyak.
  • Swimming pool tutup pada pukup 7PM.
Advertisement

Soalan Lazim

Harga satu unit di Thistle Port Dickson bermula dari sekitar RM280 semalam. Harga berubah mengikut masa, musim dan unit.
Fasiliti di sini termasuk Kids Club, WiFi percuma di semua bilik, gimnasium, kawasan BBQ, gelanggang tenis, sauna, dan Game Room.
Jarak hotel ni cuma 3.5km dari Pantai Teluk Kemang dan beberapa restoran terbaik yang menyediakan Ikan Bakar dan makanan laut.
Share info ini
Advertisement
Juga Popular di Malaysia
villa lot 1638
Rating Terbaik
Harga dari
/ Semalam
RM250++
Harga dari
/ Semalam
RM250++
Homestay Moden
Pacific Regency Beach Resort Port Dickson
Popular
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Antara Hotel 4 Bintang Popular di Port Dickson
akar beach resort swimming pool
Pilihan Bajet
3/5
Harga dari
/ Semalam
RM160++
Harga dari
/ Semalam
RM160++
Hotel 3 Bintang Murah Tepi Pantai di Port Dickson
ancasa residences port dickson room
Pilihan Keluarga
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM200++
Harga dari
/ Semalam
RM200++
Hotel 4 Bintang Terbaik di Port Dickson
Explore Staycation :Port Dickson
Advertisement
Tempat Menarik di Malaysia
muzium tentera darat
Free / No Entry Charge
Wild West Indoor Theme Park Port Dickson
Tiket dari
/ Seorang
RM48 je!
PD Ostrich Farm - Shoptrack.my
Tiket dari
/ Seorang
RM15 je!
Explore Tempat Menarik :Port Dickson
Makan Best Berdekatan
PD Famous Cendol Coconut Shake - Shoptrack.my
Halal
Masakan Mamak
Cendol & ABC
Coconut Shake
Tino's Pizza Port Dickson
Masakan Western
Pizza
Pasta
Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
Halal
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood
Explore Makan Best :Port Dickson
error: Content is protected.