Klana Beach Resort
- Last update 1 Jun 2023
- 1:27 pm
Dalam kategori:
Untuk yang tiada bajet besar tapi mahu hotel yang berdekatan aktiviti sukan air, hotel Klana Beach Resort boleh jadi pilihan. Bagi kami, ia adalah hotel 3 bintang terbaik di Port Dickson. Walaupun 3 bintang, hotel ini menawarkan view pantai cantik dan lokasi berdekatan pusat komersil, so senang cari restoran di luar.
Bilik bersih dan luas dan rata-rata perabot diselenggara dengan baik. Fasiliti tak mewah tapi cukup. Cuma banggunan ni agak lama jadi tak boleh expect semua cantik lah. Tapi breakfast kat sini memang sedap berbanding hotel lain.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Klana Beach Resort ialah satu hotel murah tapi bagus untuk pengembara bajet dan cuti hujung minggu di Port Dickson.
Hotel
Sebagai antara hotel 3 bintang terbaik di PD, Klana ialah pilihan yang berbaloi untuk keluarga besar dengan bilik yang luas yang boleh menampung 3-5 orang. Suasana di hotel ini memang best, dikelilingi oleh pantai dan terletak di area yang tinggi yang menawarkan pemandangan laut yang luas.
Bilik
Terdapat empat jenis bilik yang korang boleh pilih, setiap satu untuk bajet yang berbeza tapi semuanya bersih, teratur dan luas. Common area sangat luas, membolehkan korang duduk berehat dan menikmati suasana yang tenang.
Sebagai bangunan berkapasiti tinggi, Klana boleh jadi sesak pada masa-masa tertentu, terutamanya semasa cuti sekolah. Apa pun, bangunan ini dijaga dengan baik walaupun ia bangunan lama.
Fasiliti & Lokasi
Fasiliti yang tersedia di Klana Beach Resort memadai, walaupun korang jangan berharap kemudahan terbaik. Tiada gym atau sauna, tetapi kolam renangnya agak cantik. Bangunan ini dijaga dengan baik walaupun ia bangunan lama dan banyak review yang puji kualiti breakfast kat sini.
Salah satu perkara terbaik tentang Klana adalah lokasinya. Ia hanya jarak jalan kaki ke Pantai Teluk Kemang, pantai yang cantik dengan pelbagai aktiviti sukan air. Ada jugak beberapa restoran yang sedap berdekatan, senang untuk korang cari makan malam yang sedap. Kalau korang nak cari pantai yang kurang sesak, korang boleh turun ke pantai berhampiran hotel ni.
Gallery Gambar Klana Beach Resort
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Overall, Klana Beach Resort memang value for money, menjadikannya pilihan yang baik untuk yang tiada bajet besar. Sama ada korang melancong bersama keluarga, kawan-kawan atau sebagai pasangan, korang akan dapat menikmati suasana yang tenang dan pemandangan yang indah. Cuma banggunan ni agak lama tapi masih lagi diselenggara dengan baik, walaupun kurang sempurna. Apa-pun, lokasinya best – senang nak cari tempat makan dan berhampiran pantai.
Hotel 3 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif kepada Klana Resort ialah Akar Beach Resort yang terletak hanya 1km ke selatan dari Klana Resort. Harga lebih kurang sama tapi bagi kami, Klana Beach Resort secara umum lebih baik.
Tips Untuk Bercuti di Klana Beach Resort
- Ada Teluk Kemang Observatory di sebelah hotel ni yang korang boleh lawat.
- Ada bilik yang tak ada view laut, kalau boleh request bilik yang korang nak.
- Request untuk bilik di tingkat 3 atau tingkat tinggi untuk view laut jelas.
- Breakfast tak banyak option tapi OK dan agak sedap.
- Ada pantai kecil berdekatan hotel ni kalau nak elak crowd di Pantai Teluk Kemang.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood