fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Avillion Port Dickson 4
Avillion Port Dickson 4
Recommended

Avillion Port Dickson

Dalam kategori:

Dengan seni bina unik dan atmosphere yang relaxing, Avilion menawarkan pengalaman chalet atas air yang sedikit lebih murah dari hotel lain. Persekitarannya pun sangat romantik dan mewah. Sesuai untuk yang nak de-stress dan relax. Hanya 440 meter dari Pantai Saujana & berdekatan kedai makan.

Fasilitinya lengkap walaupun dah agak lama, bilik juga well-maintained dan lokasi dan view ideal untuk bercuti tepi pantai. PIlih Water Chalet kalau nak percutian atas laut. Garden Chalet pun OK tapi view biasa-biasa je.

Advertisement
Advertisement

Info Ringkas

Hotel Bertaraf
5/5
Harga dari RM280 / Semalam
Check-in time : 3:00 PM
Check-out time : 12:00 PM
Breakfast, Air Conditioning, In-room Safe Box, 24-Hours Front Desk, Airport Transfer, Swimming Pool, In-Hotel Restaurant & Bar, Children's Play Area
Hanya 440 meter dari Pantai Saujana.

Jenis Penginapan

Standard Room
Deluxe Room
Family Room
Suite
Ocean/Sea View Room
Pool View Room

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Isi Kandungan

Overview

Antara hotel paling cantik di Port Dickson bagi kami adalah Avillion Port Dickson. Sangat rekomen kalau korang ada bajet besar atau nak chalet atas laut yang tak berapa mahal.

Hotel

Avilion Port Dickson ialah satu hotel 5 bintang yang memukau, gabungan kayu dan putih dalam rekaannya menjadi keunikan hotel ni. Yang paling best pasal Avillion Port Dickson ni ialah betapa romantik dan cantik suasana waktu sunset atau malam. Tempat yang sempurna untuk bawa pasangan untuk berbulan madu.

Bilik

Bilik di hotel ni secara umum, bagus dan diselenggara dengan baik tapi mungkin tak semua bilik perfect sebab banggunan ni dah agak lama. Kalau ada yang missing, boleh tanya je staff di sini yang sangat friendly.

Water Chalets tu memang wajib korang cuba, air jernih terus depan mata. Kalau bajet tak kencang, Garden Chalets pun OK jugak, dikelilingi taman tropika hijau, tetap selesa dan cantik untuk berehat, tapi ada banyak lagi hotel yang lebih murah dengan view garden macam ni.

Fasiliti & Lokasi

Fasiliti agak complete tapi sebab banggunan dah lama, mungkin ada yang tak berapa perfect. Tapi rata-rata diselenggara dengan baik.

Lokasi hotel ni juga best. Hanya 440 meter dari pantai utama di Port Dickson – Pantai Saujana. Kalau korang nak cari makanan atau beli barang-barang, gerai makan, restoran, dan ada farmasi dekat-dekat je.

Gallery Gambar Avillion Port Dickson

Peta Lokasi & Alamat

Check Harga Murah

Kesimpulan

Jadi, secara keseluruhan, Avillion Port Dickson memang pilihan yang tepat untuk korang yang ada bajet tinggi dan nak bercuti di Port Dickson. Fasiliti lengkap walaupun dah agak lama, design yang lawa, dan lokasi dan view yang ideal untuk bercuti tepi pantai. PIlih Water Chalet kalau nak percutian atas laut. Garden Chalet pun OK tapi view biasa-biasa je.

Hotel 5 Bintang Lain di Port Dickson

Alternatif lain untuk hotel 5 bintang atas air di Port Dickson ialah Lexis Hibiscus dan Grand Lexis. Thistle satu alternatif hotel 5 bintang tepi pantai tapi bukan atas air.

Perkara Perlu Tahu Sebelum Tempah

Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu sebelum tempah Avilion Port Dickson.

Kelebihan Avilion Port Dickson

  • Untuk view sunset & chalet atas air, pilih bilik Water Chalets.
  • Lokasi berdekatan kedai, warung dan restoran di Pantai Saujana. Ada juga KFC berdekatan.
  • Staff yang profesional.
  • Breakfast buffet agak sedap dan cukup.

 

Kekurangan Avilion Port Dickson

  • View dari Garden Chalets biasa-biasa je tapi jenis bilik ni lebih murah.
  • Banggunan dah agak lama, mungkin ada bilik yang kurang memuaskan. Request staff sana untuk check dan bersihkan kalau perlu.
  • Dinner buffet tak banyak sangat makanan, cuma ada banyak kek dan pastri. Tapi ada banyak restoran dan warung dalam jarak jalan kaki.
Advertisement

Soalan Lazim

Harga satu unit di Avillion bermula dari sekitar RM280 semalam. Harga berubah mengikut masa, musim dan unit. Water Chalets lebih mahal dari Garden Chalets.
Tak semua. Di sini korang boleh tempah bilik Water Chalet atau Garden Chalet. Water Chalet atas air tapi Garden Chalet bukan atas air tapi lagi murah.
Ada banyak warung, restoran dan medan selera berdekatan dan dalam jarak jalan kaki.
Share info ini
Advertisement
Juga Popular di Malaysia
villea port dickson front view
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM300++
Harga dari
/ Semalam
RM300++
Hotel 4 Bintang Murah di Port Dickson
Pacific Regency Beach Resort Port Dickson
Popular
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Antara Hotel 4 Bintang Popular di Port Dickson
serenityatpd
Recommended
Harga dari
/ Semalam
RM2,550++
Harga dari
/ Semalam
RM2,550++
Antara Villa Paling Cantik di Port Dickson
temasek retreats pool
Rating Terbaik
Harga dari
/ Semalam
RM2,500++
Harga dari
/ Semalam
RM2,500++
Homestay Mewah Terbaik
Explore Staycation :Port Dickson
Advertisement
Tempat Menarik di Malaysia
Wild West Indoor Theme Park Port Dickson
Tiket dari
/ Seorang
RM48 je!
muzium tentera darat
Free / No Entry Charge
PD Ostrich Farm - Shoptrack.my
Tiket dari
/ Seorang
RM15 je!
Explore Tempat Menarik :Port Dickson
Makan Best Berdekatan
PD Famous Cendol Coconut Shake - Shoptrack.my
Halal
Masakan Mamak
Cendol & ABC
Coconut Shake
Tino's Pizza Port Dickson
Masakan Western
Pizza
Pasta
Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
Halal
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood
Explore Makan Best :Port Dickson
error: Content is protected.