Grand Lexis Port Dickson
- Last update 1 Jun 2023
- 1:25 pm
Dalam kategori:
Antara hotel 5 bintang paling mewah di Port Dickson ialah Grand Lexis yang menawarkan kolam renang peribadi dalam bilik. Suasana dan atmosphere di persekitaran hotel ini sangat relaxing dan ada bilik di atas air yang jernih. Fasiliti memang lengkap dan dijaga dengan baik, setaraf dengan harga bilik.
Grand Lexis Port Dickson tak sesuai untuk korang yang bajet tight, tapi kalau korang nak berbelanja lebih, boleh cuba. Lokasinya pun dekat dengan restoran dan tumpuan menarik di Port Dickson.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Korang nak cari hotel tepi pantai yang fancy gila kat Port Dickson? Korang kena tengok Grand Lexis Port Dickson, yang bagi kami, adalah salah satu hotel terbaik di Port Dickson.
Hotel
Hotel 5 bintang cantik ni ada offer beberapa bilik atas air yang paling cantik dengan kolam renang peribadi yang menghadap laut. Tempat ni memang sesuai gila kalau korang nak honeymoon atau nak bercuti special-special sikit. Senibina hotel ni memastikan privasi dan direka dengan baik, membuatkan korang rasa macam kat dalam syurga kecil korang sendiri.
Bilik
Hotel ni ada 8 jenis bilik, semuanya dengan kolam renang indoor dan private. Disebabkan bilik-bilik ni mewah sangat, harganya agak mahal. Tapi kalau korang bersedia berbelanja lebih sikit, boleh kata agak berbaloi jugak la.
Fasiliti & Lokasi
Faciliti kat Grand Lexis Port Dickson memang terbaiklah. Ada gym, Kids Club, WiFi percuma, spa, Game Room, dan macam-macam lagi. Semua kemudahan ni dijaga dengan baik, dan kalau korang nak explore kawasan sekitar, hotel ni ada basikal sewa.
Hotel ni terletak di utara bandar Port Dickson dalam kawasan yang tenang. Walaupun tak jauh dari kawasan komersial, lagi elok kalau korang bawa kereta sendiri atau kena sediakan bajet untuk Grab. Ada beberapa restoran yang agak okay dekat Jalan Tanjung Gemuk kalau korang nak cari makan.
Gallery Gambar Grand Lexis Port Dickson
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, Grand Lexis Port Dickson tak sesuai untuk korang yang bajet tight, tapi kalau korang nak berbelanja lebih, boleh cuba. Keistimewaan hotel ni terletak pada bilik atas air dengan kolam private, dan atmosferanya memang romantic gila tak dapat dinafikan. Kalau korang nak bercuti mewah dan istimewa kat Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson ni wajib korang consider.
Hotel 5 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif lain untuk hotel 5 bintang atas air di Port Dickson ialah Lexis Hibiscus dan Avilion. Thistle satu alternatif hotel 5 bintang tepi pantai tapi bukan atas air.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Tempah
Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu sebelum tempah Grand Lexis Port Dickson.
Kelebihan Grand Lexis Port Dickson
- Ada unit atas air dan kolam renang peribadi.
- Ada 8 jenis bilik dengan harga berbeza.
- Ada buggy yang akan bawa korang ke/dari unit.
- Ada breakfast yang agak sedap di sini & spa yang agak bagus.
- Staff di sini sangat helpful dan friendly.
Kekurangan Grand Lexis Port Dickson
- Harga memang mahal, jadi kena tengok berbaloi ke tak.
- Banggunan dah agak lama tapi still well-maintained.
- Sesetengah barang di bilik mungkin tak berapa bersih, macam cerek air ataupun pool, jadi boleh suruh staff check & bersihkan betul-betul atau ganti lain.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood