Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
- Last update 28 Jun 2023
- 12:27 pm
Dalam kategori:
Mimi Seafood merupakan antara restoran ikan bakar paling popular di Port Dickson. Kalau ke Port Dickson dan mengidam ikan bakar dan seafood, boleh singgah restoran ni. Bukan saja ikan bakar, malah kebanyakan makanan dari menu di restoran ni memang sedap. Sotong goreng tepung antara yang terbaik di Port Dickson.
Info Ringkas
Masakan & Menu Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Bila ke Port Dickson, confirm ada yang mengidam makan ikan bakar fresh kan? Antara restoran terbaik yang menghidang ikan bakar ialah Mimi seafood. Kat sini ada bermacam jenis masakan Melayu dan Thai yang korang boleh enjoy, termasuk sotong goreng tepung yang crispy tapi lembut disaji dengan sos cili. Memang terliur!
Atmosphere di restoran ni pun memang best, siap dengan deko tradisional Melayu. Tapi datang awal sikit sekitar 7.30PM sebab ada waktu-waktunya tempat ni ramai customer. Harga pun berpatutan dengan kualiti makanan, walaupun agak sikit mahal.
Lokasi restoran ni cuma 2km dari Pantai Teluk Kemang, so kalau tinggal berdekatan, bolehlah singgah.
Peta Lokasi & Alamat
/ Semalam
/ Semalam