
PD Ostrich Farm
- Last update 21 September 2023
- 11:02 pm
Dalam kategori:
PD Ostrich Farm menawarkan pengalaman unik di Port Dickson. Di sini, korang boleh bawa keluarga untuk meluang masa dengan burung unta dan haiwan lain seperti ayam, itik, ular & iguana sambil belajar mengenai haiwan-haiwan ni.
Ada juga aktiviti lain seperti ATV, rides & kalau nak cuba satay & burger ostrich pun ada. Harga OK lah, tak mahal sangat tapi beli pakej dgn aktiviti lain lagi jimat.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Satu idea untuk meluangkan masa dengan keluarga dan anak-anak bila di PD ialah singgah ke PD Ostrich Farm. Bukan saja ada 20 burung unta (ostrich) tapi kat sini ada pelbagai lagi haiwan seperti burung kakak tua, ayam, itik, kuda dan juga guinea pigs dan arnab yang korang boleh sentuh, belai dan beri makan di kawasan petting zoo dalam Farm ni.
Di samping melihat haiwan-haiwan ni, anak-anak korang juga boleh belajar sedikit sebanyak melalui trivia dan papan maklumat di sekitar kawasan ni sambil burung unta lari berkeliaran. Tambah lagi, korang boleh try berlumba lari dengan ostrich dan challenge berdiri atas telur burung unta. Kalau menang boleh dapat hadiah.
Dan kat sini ada juga aktiviti lain yang kena bayar extra kalau nak (pay per use). Contoh aktiviti lain yang korang boleh buat di sini ialah ATV (juga ada versi untuk kanak-kanak), ostrich, donkey & pony rides (kuda untuk orang dewasa), dan animal feeding. Semua aktiviti ni kena bayar extra termasuk animal feeding sebab korang kena beli bahan makanan (feed) tu.
Kat sini jugak korang boleh try menu ostrich mereka termasuk burger ostrich, satay ostrich, stik ostrich dan macam-malam lagi. Tapi ni pun kena bayar asing-asing lah.
Kalau nak pergi, kami cadangkan beli tiket secara online sebab boleh dapat pakej aktiviti & makanan yang lagi murah daripada kalau beli satu-satu. Kalau setakat datang tengok haiwan je, tak best lah. Tapi pakej dengan Planet Jurassic tu macam tak berbaloi bagi kami.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket PD Ostrich Farm
Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket PD Ostrich Farm bermula dari RM15 bagi kanak-kanak dan RM20 bagi dewasa.
Bagi Pelancong Asing pula, harga tiket PD Ostrich Farm bermula dari RM20 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM 15 | RM 20 | RM 15 |
Pelancong Asing | RM 20 | RM 25 | RM 20 |
Quadruple Fun Combo | RM 42 | RM 47 | RM 47 |
Book Tiket Murah
Apa Aktiviti Yang Ada Di PD Ostrich Farm?
Petting Zoo Stations & Feeding
Di sini korang boleh sentuh dan beri makan haiwan-haiwan di bawah. Sentuh saja tak perlu bayar apa-apa tapi bahan makanan tu kena beli.
- Station Burung Unta – ada sekitar 20 ekor.
- Station Arnab – pelbagai jenis arnab.
- Station Kuda & Keldai – ada juga kuda kerdil (pony).
- Station Burung – itik, angsa, ayam & burung kakak tua.
- Station Kambing – kambing jinak kecil dan comel.
- Station Reptilia – ular, iguana & serangga.
Ostrich & Pony Rides
Kanak-kanak boleh cuba tunggang burung unta dan kuda kerdil tapi kena bayar extra, tak termasuk dalam harga tiket masuk. Orang dewasa boleh cuba tunggang kuda.
ATV Rides
Kat sini korang pun boleh cuba bawa ATV. Kalau datang dengan family, ada juga ATV ride untuk kanak-kanak. Semua ATV rides ni kena bayar ekstra, tak termasuk harga dalam tiket masuk.
Ostrich Race
Kat sini juga kanak-kanak boleh berlumba lari dengan burung unta. Kalau menang kadang-kadang dapat hadiah. Pengalaman unik jugak lah.
Challenge Berdiri Atas Telur Burung Unta
Ada juga satu telur burung unta yang diletak atas pasir dimana korang dibenarkan untuk berdiri & mengimbangkan badan atas telur ni. Confirm tak pecah.
Restoran & Menu Burung Unta
Untuk yang ada selera untuk burung unta, kat sini ada restoran yang menghidangkan menu burung unta seperti ostrich burger, satay, stik & omelet. Ni pun pengalaman unik. Tapi daging ostrich ni diimport, dan bukan dari farm ni, jangan risau.
Planet Jurassic
Ada juga satu lagi taman kat sini yang bertemakan dinosaur. Tapi secara jujur, tak berapa best sangat. Tapi nak cuba apa salahnya, kan?
Gambar di instagram
*Random public photos of # PD Ostrich Farm on Instagram
Soalan Lazim
Contact & Connect

Free / No Entry Charge

/ Seorang
/ Seorang



Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood


/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam