Pacific Regency Beach Resort Port Dickson
- Last update 1 Jun 2023
- 1:33 pm
Dalam kategori:
Pacific Regency adalah antara hotel 4 bintang di Port Dickson yang boleh dikira sebagai penginapan mewah. Lokasinya di Teluk Kemang memang best – dekat dengan banyak restoran dan gerai yang popular. Tambah lagi, hotel ni betul-betul tepi pantai dan menawarkan bilik dengan private pool. Fasiliti juga agak complete.
Cuma swimming pool agak crowded, fasiliti dah agak lama dan breakfast tak termasuk dalam harga bilik. Apa-pun, harganya agak murah dan berbaloi dan lokasi juga berdekatan dengan banyak gerai dan restoran yang popular.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Korang tengah cari tempat penginapan dekat Teluk Kemang yang dekat dengan semua tempat best? Pacific Regency Beach Resort Port Dickson boleh jadi antara pilihan hotel terbaik!
Hotel
Hotel cantik 4 bintang ni terletak dekat dengan pantai, kedai, restoran, dan tempat menarik. Tak kisah kalau korang bercuti dengan keluarga kecil 2-5 orang atau cari tempat romantic untuk bercuti, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson akan ada bilik yang sesuai. Hotel ni juga baru saja renovate.
Bilik
Dengan 166 bilik untuk dipilih, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson boleh menampung pelbagai bajet dan citarasa. Ada bilik Town View yang murah dan ada bilik yang lebih mewah – Beach View – dengan pemandangan pantai dan bilik peribadi dengan kolam renang. Tapi bagi kami, kebersihan bilik boleh improve sikit lagi.
Fasiliti & Lokasi
Walaupun sarapan tak termasuk dalam harga penginapan korang, jangan risau, banyak tempat makan sedap dan gerai makanan yang boleh korang cuba berdekatan dengan hotel.
Satu perkara yang perlu ingat: walaupun hotel ni memang ada pemandangan laut, tapi kolam renang dia tak menghadap ke laut. Tapi dengan semua kemudahan dan aktiviti yang ada di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson, memang tak akan terasa sangat pun.
Gallery Gambar Pacific Regency Beach Resort Port Dickson
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Kesimpulannya, kalau korang cari tempat penginapan yang selesa dan mudah di Teluk Kemang, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson memang antara pilihan terbaik. Dengan lokasi yang cantik, kemudahan yang cukup, dan banyak pilihan bilik, memang sesuai untuk semua jenis pelancong. Cuma swimming pool agak crowded, fasiliti dah agak lama dan breakfast tak termasuk dalam harga bilik. Apa-pun, harganya agak murah dan berbaloi dan lokasi juga berdekatan dengan banyak gerai dan restoran yang popular.
Hotel 4 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif untuk Pacific Regency ialah Villea Port Dickson. Kalau nak lebih murah sedikit, boleh cuba Ancasa Residences atau Avilion Admiral Cove.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Tempah
Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu sebelum tempah Pacific Regency.
Kelebihan Pacific Regency
- Lokasi di Teluk Kemang, berdekatan restoran dan kedai tapi kena bawa kenderaan sendiri lagi senang.
- Untuk dinner ikan bakar dan seafood, boleh cuba Mimi Seafood.
- Pilih bilik Beach View untuk dapatkan view pantai sebab Town View tak berapa best.
Kekurangan Pacific Regency
- Swimming pool tak menghadap ke pantai.
- Breakfast tak included sekali dalam harga bilik.
- Breakfast dan cafe pun so-so je. Tak berapa menarik.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood