Restoran Gerak 23 Ikan Bakar
- Last update 25 April 2023
- 4:23 pm
Dalam kategori:
Nak cari port ikan bakar sedap di Kampung Baru? Cuba try Restoran Gerak 23 yang menyediakan bukan saja ikan bakar yang memang sedap dan fresh tapi pelbagai jenis masakan kampung. Ada lebih 30 jenis lauk yang korang boleh pilih kat sini. Harga pun agak murah, parking pun senang ada kat tepi restoran ni.
Info Ringkas
Masakan & Menu Restoran Gerak 23 Ikan Bakar
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Kat KL ada beberapa tempat ikan bakar yang menarik dan sedap tapi satu restoran di Kampung Baru yang dah lama menyajikan ikan bakar dan masakan lauk Melayu yang sangat sedap ialah Restoran Gerak 23.
Tempat ni memang famous dan popular dari dulu lagi. Kalau hari bekerja, memang ramai akan turun lunch kat sini. Kualiti ikan bakar mereka sentiasa sama dan memuaskan. Pes berembah ikan bakar tak berapa pedas tapi cukup rasa. Harga pun agak berpatutan, senang hati bila makan.
Hampir semua masakan lauk boleh kata setaraf masakan di kampung
Cuma parking kat sini nampak macam susah sikit nak cari tapi ada beberapa tempat parking di sebelah atau berdekatan restoran. Selalunya diorang akan charge dalam RM5 hingga RM10 sekali masuk bergantung kepada tempat.
Peta Lokasi & Alamat
/ Semalam
/ Semalam