Pullman Kuala Lumpur
- Last update 1 Jun 2023
- 1:33 pm
Dalam kategori:
Pullman hotel merupakan satu hotel 5 bintang yang dah lama beroperasi di Bukit Bintang. Lokasinya dekat dengan Pavilion Bukit Bintang, boleh jalan kaki dan juga dekat dengan public transport. Fasiliti lengkap tapi banggunan dah berusia.
Bilik luas tapi housekeeping dan kebersihan boleh better lagi. Harga pula sangat berpatutan, tak mahal sangat macam hotel 5 bintang lain. Apa-pun, lokasinya terbaik.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview Pullman KLCC
Antara hotel popular di KL yang dah lama beroperasi ialah Pullman Kuala Lumpur City Centre di Jalan Conlay, berdekatan Pavilion Bukit Bintang (ada satu lagi Pullman Hotel di Bangsar, tapi tu lain eh).
Hotel – View Cantik Bukit Bintang
Walaunpun hotel 5 bintang ni dah lama berbanding hotel lain, tapi view yang korang dapat confirm cantik. Lokasinya pun memang terbaik – dekat dengan Pavillion dan tumpuan Bukit Bintang.
Bilik – Luas Tapi Dah Berusia
Bilik yang ada luas dan kemas cuma mungkin ada bilik yang tak dijaga kebersihannya dengan baik, terutama bilik air sebab banggunan ni dah sikit berusia.
Fasiliti & Lokasi – Berdekatan Pavillion
Swimming pool di sini ada di tingkat 10 dan tak besar sangat tapi best untuk lepak dan luang masa lepas jalan-jalan di KL. MRT Bukit Bintang juga dalam 10 minit jalan kaki.
Di tepi hotel ni juga ada Kompleks Kraf kalau korang berminat nak tengok seni kraf tradisional Melayu. Cuma di persekitaran ni ada beberapa banggunan yang dalam construction.
Kat sini kalau nak cari Grab, memang takda masalah, tak kisah pukul berapa. Kalau nak drive ke sini, ada parking percuma untuk hotel guests.
Gallery Gambar Pullman Kuala Lumpur
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Hotel Popular Lain di Kuala Lumpur
Sebagai alternatif kepada Pullman, korang boleh juga tengok W KL tapi lebih mahal. Nak lebih murah, hotel 5 bintang murah terbaik bagi kami ialah DoubleTree KL.
Tips Untuk Menginap Di Pullman KL City Centre
- Check bilik selepas check-in, kalau tak puas, request untuk tukar.
- Jalan Raja Chulan di depan hotel ni sangat busy waktu rush hour petang dan malam kalau weekend.
- Nak elak sesak, ambil MRT di Bukit Bintang.
- Breakfast kat sini OK tapi sangat crowded. Datang awal.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam