
Oasia Suites Kuala Lumpur
- Last update 1 Jun 2023
- 1:33 pm
Dalam kategori:
Oasia Suites menawarkan bilik dengan view Menara KL sebab lokasinya yang terletak bersebelahan Menara KL. Harganya lebih murah berbanding hotel lain di lokasi sama dan fasilitinya cantik, baru dan moden bersama rooftop swimming pool untuk korang beristirehat di pusat bandar KL.
Cuma bilik tak berapa luas tapi bersih. Apa pun, lokasinya memang paling best di KL kalau korang nak berjalan kaki ke tempat popular di pusat KL.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Tengah cari hotel di Kuala Lumpur dengan view Menara KL yang cun tapi dengan harga yang murah? Satu pilihan yang korang boleh pertimbangkan ialah Oasia Suites yang terletak betul-betul di tepi Menara KL.
Hotel
Bukan saja view Menara KL, tapi hotel 4 bintang ni juga menawarkan bilik dengan view pusat bandar dan skyline yang cantik dan romantic, terutama waktu malam. Harganya pun boleh kata antara paling bagus kalau dibandingkan dengan hotel 4 bintang lain dengan view dan lokasi yang sama. Best jugak untuk korang yang tak nak spend banyak.
Bilik
Biliknya kemas dan cantik, masih lagi baru, tapi agak kecil sikit. Dan ada bilik tak berapa ‘soundproof’, boleh dengar jiran sebelah. Kalau nak bilik besar, pilih bilik Deluxe.
Fasiliti & Lokasi
Fasiliti pula cukup lengkap termasuk rooftop swimming pool yang sangat cantik dan moden. Dari kawasan swimming pool ni pun memang jelas view Menara KL.
Nak ambil public transport pun senang sebab stesen monorail Bukit Nanas berdekatan, tapi kena rajin jalan kaki sikit la. Ada juga 7-Eleven berdekatan.
Gallery Gambar Oasia Suites Kuala Lumpur



Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Hotel Popular Lain di Kuala Lumpur
Selain Oasia Suites, korang boleh juga cuba DoubleTree KL. Ada bilik yang agak murah – tambah lagi RM100 je berbanding Oasia.
Tips Untuk Menginap di Oasia Suites KL
- Guna Grab/Teksi lebih senang sebab kawasan parking agak sesak.
- Swimming pool boleh crowded sikit, datang awal.
- Request bilik yang ada view Menara KL.
- Bilik Deluxe lebih besar dari bilik Superior.
- Ada shuttle dari hotel, tanya reception untuk booking.
Soalan Lazim

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam







