fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

10 Tempat Makan Best di Penang (Paling Popular)

Tempat Makan Best di Penang

Selain dari destinasi percutian yang popular di Malaysia, dari segi makan-makan, korang memang tak akan kecewa dengan Penang ni. Dari street food sampai restoran high class, semua jenis makanan dari satu Malaysia ada di pulau ni. Antara makanan yang sinonim dengan Penang ialah nasi kandar, rojak, hokkien mee, mee kari, char kway teow, asam laksa dan pelbagai lagi makanan yang buat kita terliur.

Makanan Halal pun ada merata, walaupun demografik Penang lebih kepada bukan Muslim. Sesuai untuk semua orang. Jom tengok apa Tempat Makan Best di Penang!

Isi Kandungan
Advertisement
Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang
Pilihan kami di Shoptrack
1
Mee Sotong Terbaik di Penang
Recommended
Highlights
Mee Sotong yang popular dan sedap.
Order sekali coconut shake.
Lokasi berdekatan Penang Esplanade.

Kalau korang ke Penang, jangan sesekali lupa cuba Hameed Pata Mee Sotong, memang sedap gila. Sambal sotong ni special sikit – dimasak dengan rempah istimewa diorang dan ditabur atas mee goreng yang dah memang sedap dah pun. Tambah lagi coconut shake kat tepi, tengok gambar pun terliur.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 11.30AM - 8PM (Mon-Sat)
Lunch, Dinner
Tips: dapatkan sekali coconut shake. Kena beratur sikit jadi datang awal.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Mamak, Special : Mee Goreng Sotong, Coconut Shake

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Hameed Pata Mee Sotong ini disini ↓

Baca detail
2
Seafood Fresh di Penang
Highlights
Antara restoran seafood ikan bakar terbaik di Penang.
Lokasi di Batu Maung, dekat dengan Penang International Airport.
Ikan, ketam, sotong, udang yang fresh dan boleh pilih cara masak.

Antara port seafood terbaik di Penang ialah D’Seafood Paradise di Batu Maung, Pulau Pinang. Ikan, ketam, sotong, udang di sini memang fresh dan cara masak pula korang boleh pilih sendiri macam restoran ikan bakar di Melaka. Tapi paling best, view laut di sini untuk korang lari sikit dari kesibukan Georgetown.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 3.30PM - 11PM (Wed-Mon)
Dinner
Tips: kalau boleh, tanya anggaran harga kalau takut terlebih bajet.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Melayu, BBQ & Grill

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan D'Seafood Paradise ini disini ↓

Baca detail
3
Antara Nasi Kandar Terbaik
Recommended
Highlights
Antara Nasi Kandar terbaik di George Town.
Cuba ayam goreng berempah sini. Surrrrr!
Lokasi di Jalan Gurdwara.

Kalau ke Penang tapi tak kena nasi kandar memang tersilap besar. Restoran Deens Maju ni mula jadi popular selepas ramai yang cuba ayam goreng berempah diorang yang memang sedap gila. Bila makan sekali dengan nasi kandar dengan kari yang padu, satu hari happy. Kami rekomen jugak korang cuba kari kepala ikan sini.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 12PM-9.30PM (Mon-Sun)
Lunch, Dinner
Tips: Datang beratur sebelum 12PM supaya tak perlu tungu lama.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Mamak

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Deens Maju Nasi Kandar ini disini ↓

Baca detail
4
Nasi Briyani Terbaik di Penang
Popular
Highlights
Nasi Briyani popular di Penang
Murtabak diorang juga agak famous. Kena dengan kari kambing guys!
Lokasi di Campbell Street, Georgetown

Kalau cakap pasal nasi beriani dan nasi kandar, nama Restoran Hameediyah Campbell Street memang antara dalam top list tempat makan sedap kat Malaysia. Restoran Hameediyah ni banyak dah cawangan kat Malaysia, tapi yang asal dan original dia dekat Hameediyah di Campbell Street, Georgetown Pulau Pinang.

Boleh kata hampir semua makanan dan menu-menu nasi beriani dan nasi kandar ada kat sini dari kari ayam, kepala ikan hingga kambing. Memang antara terbaik dan padu guys! Selain tu, murtabak diorang juga agak famous kat sini. Kena try!

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 10AM - 10PM (Mon-Sun)
Breakfast, Lunch, Dinner, Cashless Payment
Tips: Paling senang grab je ke sini sebab susah jugak nak cari parking.
Menu & Masakan
Halal, Nasi Beriani, Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Restoran Hameediyah Campbell Street ini disini ↓

Baca detail
5
Nasi Briyani Claypot di Penang
Highlights
Cuba Nasi Briyani dalam claypot - sedap!
Tambah dengan kambing bakar, ada special sikit.
Cuba juga roti naan atau tandoori ayam.

Pernah cuba Nasi Briyani dalam claypot? Haa, kat sini ada sesuatu yang special korang kena try. Nasi briyani kat sini memang penuh aroma dan sedap. Tambah lagi dengan lauk ayam atau kambing bakar. Ada juga roti naan kat sini kalau nak cuba dengan ayam tandoori atau masakan lain seperti ayam lemon pepper atau masala.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 12AM-12PM (Mon-Sun)
Breakfast, Lunch, Dinner, Open 24 Hours
Tips: Restoran ni buka 24 jam jadi tak perlu risau kalau ada ramai orang, pergi pada waktu yang paling sesuai.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Mamak

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Restoran Kapitan Chulia Street ini disini ↓

Baca detail
6
Antara Nasi Kandar Terbaik di Penang
Highlights
Antara Nasi Kandar paling popular di Penang.
Plihan lauk yang banyak.
Harga tak terlalu mahal.

Siapa tak kenal Nasi Kandar Line Clear kan? Dari dulu lagi memang famous tempat makan ni. Untuk generasi muda atau sesiapa yang tak tahu, kalau korang nak cari nasi kandar paling sedap, tak banyak tempat yang boleh challenge Line Clear. Kuah campuran kari diorang memang terbaik, pilihan lauk yang ada pun banyak.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 8AM-12AM (Mon-Sun)
Breakfast, Lunch, Dinner
Tips: Nak senang ambil grab atau teksi ke sini, sebab susah nak cari parking terutama waktu lunch.
Menu & Masakan
Halal, Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Sotong Goreng Besar

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Nasi Kandar Line Clear ini disini ↓

Baca detail
7
Antara Mee Udang Terbaik di Penang
Recommended
Highlights
Antara Mee Udang terbaik di Penang.
Kuah padu dan kuantiti udang yang diberikan agak memuaskan.
Lokasi di Sungai Dua, Butterworth. Kena drive sikit kalau menetap di Georgetown.

Nak cuba mee udang di Penang? Korang boleh try di Ida Mee Udang Sungai Dua. Kalau korang duduk Georgetown, kena drive sikit ke Butterworth tapi confirm berbaloi. Mee udang sini ada kuah yang padu dengan rasa udang yang pekat. Udang yang diberi pun banyak dan cukup memuaskan.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 1PM - 1AM (Wed-Mon)
Lunch, Dinner
Tips: Boleh cuba juga nasi goreng udang diorang, kalau tak suka mee udang.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Melayu

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Ida Mee Udang Sungai Dua ini disini ↓

Baca detail
8
Masakan Melayu di Penang
Highlights
Masakan Melayu yang sedap di Penang.
Deko yang penuh dengan seni lukisan.
Menu termasuk gado-gado, satay, laksa johor, & pelbagai lagi.

Nak cari masakan Melayu di Penang? Kesum Art bukan saja menawarkan masakan Melayu yang sedap tapi korang je dapat menjamah dalam suasana dan deko yang artsy. Restorang ni penuh dengan hasil seni lukisan. Confirm mood korang pun jadi positif. Menu termasuk gado-gado, satay, laksa johor, lontong dan macam lagi.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 12PM - 8.30PM (Tue-Sun) 8.30AM - 5PM (Sat-Sun)
Breakfast, Lunch
Menu & Masakan
Halal, Masakan Melayu

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Kesum Art Restaurant ini disini ↓

Baca detail
9
Antara Nasi Kandar Terbaik di Penang
Highlights
Antara Nasi Kandar terbaik dan popular di Penang.
Datang pada 9.30PM hingga 9.30AM untuk Nasi Kandar original.
Lokasi di sebelah Masjid Kapitan.

Satu lagi port baik nasi kandar di Penang ialah Nasi Kandar Beratur. Nasi kandar kat sini pun memang sedap, sama level dengan nasi kandar yang popular lain. Restoran ni sebelah Masjid Kapitan, memang ramai orang datang setiap masa tapi kalau nak Nasi Kandar beratur original, datang pada 9.30PM hingga 9.30AM.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 9.30PM - 9.30AM (Mon-Sun)
Breakfast, Dinner
Tips: Datang pada waktu malam 9.30PM hingga 9.30AM.
Menu & Masakan
Halal, Masakan Melayu, Masakan Mamak

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Nasi Kandar Beratur ini disini ↓

Baca detail
10
Nasi Padang di Penang
Highlights
Antara nasi padang minang terbaik di Penang.
Masakan Indonesia authentic.
Cuba ayam goreng cili, kari nangka dan ikan cencaru sumbat.

Bila nak tukar sikit dari nasi kandar atau masakan nyonya ke masakan lain, korang boleh cuba nasi padang minang di sini. Masakan dari Indonesia ni dihidangkan secara agak authentic, rasa macam bercuti di Sumatera pulak. Menu yg disediakan termasuk ayam goreng cili, kari nangka, sambal hijau dan ikan cincaru sumbat.

Baca detail
Info Ringkas
Waktu Operasi : 11.30PM - 4PM (Sat - Thu) 12PM - 5PM (Sun)
Lunch
Tips: cuba ikan cencaru sumbat, confirm datang lagi!
Menu & Masakan
Halal, Masakan Indonesia

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Explore

Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Restoran Nasi Padang Minang ini disini ↓

Baca detail
Advertisement

Soalan Lazim

Antara restoran dan port makan paling popular di Penang ialah Hameed Pata Mee Sotong, Restoran Capitan, D’Seafood Paradise, Deens Maju dan Hameediyah.
Ada banyak jenis makanan tapi yang orang paling suka try ialah nasi kandar, mee sotong, laksa, mee kari, mee udang dan juga seafood.
Kalau duduk di George Town paling senang tapi agak mahal berbanding tempat lain. Boleh cari hotel di sekitar Chulia Street atau Jalan Macalister.
#Hashtag
Share artikel ini

Artikel ini ditulis oleh

Picture of ShoptrackTravel
ShoptrackTravel
Shoptrack Travel is a team of Asian travel writers and adventurers. We explore the hidden gems and must-see destinations of Asia, sharing our stories, travel spot recommendations and tips. Jom travel!

Makan Best Berdekatan

Explore Makan Best :Pulau Pinang
error: Content is protected.