
Entopia Penang Butterfly Farm
- Last update 21 September 2023
- 11:05 pm
Dalam kategori:
Kalau singgah ke Teluk Bahang, Penang dengan keluarga dan anak-anak, jangan lupa cuba habiskan setengah hari di Entopia. Di sini, korang boleh bawak anak-anak untuk belajar tentang bukan saja pelbagai spesis rama-rama, tapi juga serangga dan reptilia lain dan juga lebih 200 spesis flora.
Harga tiket pun definitely tak murah. Tapi banggunannya agak luas dan kalau korang datang time cantik, memang berbaloi.
Info Ringkas
Fasiliti & Kemudahan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Kalau korang nak cari aktiviti nature di Penang atau nak bawa anak jalan-jalan, cubalah singgah ke Entopia Penang Butterfly Farm. Kat sini ada pelbagai jenis spesis rama-rama yang berkeliaran dan terbang secara bebas.
Ada Apa di Entopia Penang Butterfly Farm?
Entopia terbahagi kepada 2 zon: The Natureland – kawasan luas habitat haiwan, dan The Cocoon – kawasan indoor dengan fokus lebih kepada pendidikan.
Bukan saja rama-rama, ada juga spesis serangga lain dan lebih 200 spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan reptilia seperti iguana, ada yang korang boleh berinteraksi dan sentuh. Kanak-kanak mesti suka, nak ambil gambar sebagai kenangan bercuti di Penang pun sesuai kat sini.
Entopia juga menawarkan pengalaman pembelajaran untuk bukan saja kanak-kanak tapi orang dewasa untuk tahu lebih tentang sistem biodiversiti dan kitaran hidup rama-rama.
Antara aktiviti yang best kat sini ialah:
- Nature Talk Tour: Tour selama 30 minit dengan fokus kepada Alam Semulajadi, bermula dari 9 AM. Lihat jadual lengkap.
- Vita Nova: Pengalaman menyaksikan rama-rama yang terbang buat pertama kali. Hanya berlangsung selama 15 minit, bermula dari 10.30 AM & 3.30 PM.
- Butterfly Race: Bermula dari 11 AM, korang kena cari rama-rama tertentu.
Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?
Harga tiket taklah murah sangat, bukan sejenis aktiviti yang semua orang mampu atau berminat. Tambah lagi kos pengangkutan untuk ke lokasi yang jauh dari Georgetown. Tapi tempat ni memang luas dan besar, ada macam-macam untuk tengok dan kalau korang jenis suka tahu tentang nature, agak berbaloi juga harganya.
Kami suggest kalau tak pernah pergi, boleh cuba sekali dan tengok jadual aktiviti dan program yang ada sini, baru berbaloi. Satu lagi, beli tiket online kalau nak save sikit.
Peta Lokasi & Alamat
Harga Tiket Entopia Penang Butterfly Farm
Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket Entopia Penang Butterfly Farm bermula dari RM39 bagi kanak-kanak dan RM59 bagi dewasa.
Bagi Pelancong Asing pula, harga tiket Entopia Penang Butterfly Farm bermula dari RM55 bagi kanak-kanak dan RM75 bagi dewasa.
Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :
Kanak-Kanak | Dewasa | Warga Emas | |
---|---|---|---|
Warganegara | RM 39 | RM 59 | RM 39 |
Pelancong Asing | RM 55 | RM 75 | RM 55 |
Promosi Klook Warganegara | RM 35 | RM 53 | RM 35 |
Promosi Klook Pelancong Asing | RM 50 | RM 68 | RM 50 |
Book Tiket Murah
Tips Untuk Pengunjung
- Pintu masuk tutup pada pukul 5 PM.
- Beli tiket secara online kalau nak jimat kos.
- Makan dulu sebelum pergi sini sebab pilihan makanan kat sini tak berapa best sangat.
- Bas Rapid Penang yang korang boleh naik untuk ke sini ialah 101, 102 dan 501 (destinasi Teluk Bahang). Check jadual bas Rapid Penang.
- Kalau nak drive, jangan risau ada banyak tempat parking.
Tarikan Berdekatan Entopia Penang
Alang-alang dah kat sini, korang boleh juga melawat Escape Penang, iaitu sebuah Theme Park yang hanya 350 meter saja dari Entopia. Memang fun habis.
Gambar di instagram
*Random public photos of # Entopia Penang Butterfly Farm on Instagram
Soalan Lazim

Free / No Entry Charge

/ Seorang
/ Seorang

/ Seorang
/ Seorang

Masakan Mamak
Special : Mee Goreng Sotong
Coconut Shake




/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam