fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Jenama Bantal Tidur Terbaik di Malaysia 2022

Bantal Tidur Terbaik Malaysia
"Tidur berkualiti, badan lebih bertenaga!"

Pernah tak kalau tengok drama kat TV orang akan tepuk Bantal sebelum tidur sebab Bantal itu tak selesa? Bantal Tidur terbaik ialah Bantal yang selesa serta membantu kita untuk mendapatkan kualiti tidur yg optimum. Selain dari guna Bantal Tidur dan Cadar Katil yang betul dan sesuai dengan kita, postur semasa tidur jugak sangat penting. So kena pilih jenis yg sesuai dengan postur tidur kita – baru lah dapat membantu proses badan untuk berehat dengan betul.

Material dan jenis Bantal tidur yang terbaik memang dapat memperbaiki tidur & mood kita. Badan rasa lebih bertenaga dan sihat keesokan harinya dengan tidur yang berkualiti. Nak tahu Bantal Tidur mana yang sesuai dengan korang? Jom kita tengok senarai Bantal Tidur Terbaik kat bawah ini yang korang boleh beli online dari Lazada atau Shopee je. Lets go!

Tips Pilih Bantal Tidur Terbaik

Sebelum korang nak beli Bantal Tidur, korang boleh pertimbangkan  tips pemilihan Bantal Tidur yang betul dan sesuai ini –

Bentuk Bantal Tidur

Sekarang ada banyak bentuk Bantal Tidur di pasaran. Ada Bantal berbentuk kontur bergelombang, kontur di tengah, ergonomik dan biasa tebal atau nipis. Bantal yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan posisi leher yang bengkok berlebihan dan otot jadi kejang. Pemilihan Bantal yang tak sesuai boleh menyebabkan leher rasa sakit dan sekali gus tidur menjadi tidak lena.

Bahan Bantal Tidur

Kebanyakan material Bantal diperbuat dari fiber polyester ialah hipoalergenik. Jadi, kalau ada alahan, boleh pertimbangkan Bantal yang jenis foam. Selain itu, isian material yang berbeza memberikan kesan empuk yang berbeza. Contohnya, kalau korang suka Bantal yang lembut, boleh beli Bantal jenis kapas dan bulu, dan kalau korang suka Bantal yang padat, boleh beli Bantal jenis lateks, memory foam. Tapi Bantal jenis lateks ada yang baunya agak kuat, jadi cari yang jenis lateks dengan elemen arang kerana ia mengurangkan bau getah yang kuat itu.

Saiz Bantal

Bantal terdapat dalam pelbagai saiz. Korang kena pertimbangkan saiz, ketebalan dan lebar Bantal yang sesuai ikut saiz badan. Selain itu, kena tengok jugak nak ikut saiz sarung Bantal yang sedia ada kat rumah ke, kena beli baru atau tak perlu pun pakai sarung Bantal.

Boleh dibeli di :

Point Ringkas & List

Pilihan Shoptrack

Bantal Tidur Terbaik di Malaysia

Sponsored
4.7/5
4.7/5
Sponsored
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

AKEMI M+H Contour Hydro Gel Bamboo Charcoal Memory Pillow

Dibuat dari foam visco elastik + lapisan hydrogel diatas Bantal + bentuk kontur gelombang
Kekerasan sederhana tapi kekal sejuk, bersaiz 60cm x 36cm
Harga mampu milik
Untuk penggunaan di negara Tropikal macam Malaysia ini, sangat rekomen Bantal kontur berbentuk gelombang dari Akemi sebab ianya diperbuat dari foam visco elastik yang padat yang dilapisi dengan lapisan hydrogel berbentuk struktur mozek yang memberikan kesan penyejukan semulajadi, berkesan menyerap dan melepaskan haba, sangat sesuai untuk cuaca yang panas jadi korang akan rasa sejuk sepanjang malam. Ianya dilengkapi dengan elemen arang, jadi memang dijamin Bantal ini tidak berbau dan bersih. Yang menarik tentang Bantal ini ialah, dengan 60cm x 36cm, konsep dual-tinggi dari bentuk kontur gelombang ini, ianya dapat memberikan sokongan yang besar untuk kepala, leher, dan bahu korang. Jadi, Bantal ini dapat memperbaiki postur tidur dan dapat memberikan kelegaan dari tekanan. Ianya dilengkapi dengan sarung Bantal jadi korang tak perlu risau nak beli sarung Bantal yang baru. Harganya pulak sangat lah mampu milik jadi cepat beli sebelum habis terjual kat Shopee & Lazada!
Baca Detail
Brand Official Store di Lazada
1
1
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

Jean Perry Bamboo Charcoal Classic Memory Pillow

Diperbuat dari PU Foam Memori, berbentuk ergonomik dan kontur tengah yang unik
Sangat selesa untuk membantu tidur dengan mudah, bersaiz 60cm x 40cm
Harga mampu milik

Pilihan Bantal Tidur terbaik seterusnya ialah Bantal berjenama Jean Perry yang bersaiz 60cm x 40cm, diperbuat dari PU foam memori yang berkelas pertama, dilengkapi dengan elemen arang untuk menghilangkan bau dan teknologi penyejukan eksklusif yang membantu menyerap kelembapan, dapat meningkatkan tahap keselesaan tidur. Fabrik luar Bantal diperbuat dari gentian buluh organik yang breathable, dan ianya anti habuk hama dan anti bakteria. Korang akan dapat rasakan perbezaan Bantal jenis ini dengan jenis bantal biasa sebab ia mempunyai sokongan ergonomik kepada kepala tengkuk dan bahu, dan kontur ditengah yang unik, ideal untuk mengurangkan insomnia, leher kaku & berdengkur. Korang akan rasa lebih lega keesokan harinya sebab Bantal ini dapat memperbaiki postur tidur, jadi secara tak langsung dapat membantu mengurangkan stress dan otot yang tegang. Selain itu, mencuci Bantal foam memori dapat meningkatkan kemungkinan untuk merosakkan foam itu. Jadi, dengan sarung Bantal dapat memastikan ianya lebih bersih, mengelakkan kemungkinan perlu mencuci bantal. Tapi, jangan risau, set Bantal ini dilengkapi dengan sarung Bantal yang cantik dan berzip yang boleh ditanggalkan untuk mudah dicuci kalau kotor. Bantal ini jugak lembut sebab senang untuk kembali semula bentuk asal dalam beberapa saat, sangat selesa jadi korang boleh tertidur dengan senang.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
2
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

AKEMI Sleep Essentials Fitted Pillow Protector

Diperbuat dari gentian sintetik berkualiti tinggi, berbentuk segi empat
Quilted untuk keselesaan ekstra, bersaiz 48cm x 74cm
Harga murah

Selain Bantal, pelindung Bantal juga penting sebab dapat lindungi Bantal korang daripada kotoran. Kalau dah pakai pelindung Bantal ini, korang tak pakai sarung Bantal pun tak apa. Sebab ianya dapat melindungi Bantal dari hama habuk, fungus dan alergen untuk perlindungan tambahan, dan memanjangkan hayat Bantal korang. Keselesaan jugak terjamin sebab ianya quilted. Selain ianya tidak berbau sebab diperbuat dari gentian sintetik berkualiti tinggi, pelindung Bantal ini jugak tahan lama dan penjagaannya sangat mudah sebab boleh dibasuh dalam mesin basuh. Ianya datang dalam 2 set jadi memang berbaloi sebab harganya yang murah. Memang salah satu Bantal Tidur terbaik!

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
3
3
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

Mylatex 100% HB109 Natural Latex Pillow

Diperbuat dari 100% Lateks Semulajadi, berbentuk segi empat sekata dan berlubang untuk sokongan ortopedik
Kekerasan sederhana tapi lembut apabila ditekan, bersaiz 66cm x 41cm
Harga premium

Kalau korang mencari Bantal Tidur terbaik yang boleh membantu menghilangkan ketidakselesaan di kawasan serviks dan leher yang tegang, Bantal jenama Lutfy ini memang terbaik untuk sokongan orthopedik sebab ianya dapat memberikan perlindungan tulang belakang serviks, merehatkan tulang belakang serviks sepenuhnya, melegakan ketegangan otot dan memberikan keselesaan yang optimum. Bantal ini diperbuat dari 100% lateks semulajadi yang bersifat hipoalergenik, anti habuk hama, anti bakteria dan tidak mengandungi mikroorganisma berbahaya, sesuai bagi yang risau dengan alahan. ianya jugak sangat tahan lama, Bantal ini dapat mengekalkan bentuk dan saiznya sehingga lima tahun. Berbaloi sangat lah kalau beli walaupun harganya agak mahal. Bantal ini mempunyai reka bentuk teras pin yang unik dan berlubang, yang membantu menyerap kelembapan dan mengurangkan tahap peluh pada waktu malam. Fabriknya jugak breathable, mempunyai keupayaan untuk kekal sejuk sepanjang malam. Walaupun mempunyai kekerasan yang sederhana, tapi apabila ditekan, bentuknya akan kembali kepada asal dalam beberapa saat, jadi ianya masih lembut apabila kita baring atas Bantal ini. Tapi, Bantal ini tak boleh dicuci dalam mesin basuh. Kalau kotor, korang boleh lap je dengan kain basah dan sidai ditempat berangin yang berteduh jauh dari cahaya matahari. Ianya juga bersaiz standard, 66cm x 41cm, rekomen untuk pakai sarung Bantal kalau takut cepat kotor dan dilengkapi dengan beg bertali, senang untuk dibawa kemana sahaja.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
4
4
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

Dr.Alstone Hollow Microfibre Fill Puffy Soft Polyester Pillow

Diperbuat dari poliester fiber dan berbentuk standard, besar dan tebal bagi yang suka bantal yang empuk
Keselesaan sepanjang malam dengan lembut dan gebu, bersaiz 65cm x 42 cm
Harga premium

Bagi yang suka Bantal tebal, empuk dan besar macam Bantal kat hotel 5 Bintang, sangat rekomen Bantal Tidure terbaik dari jenama Dr Alstone dari UK ini. Harga yang premium untuk kualiti yang premium kan. Ianya diperbuat dari gentian berongga poliester fiber yang berkualiti tinggi, dan dibalut dengan fabrik luar yang breathable, teknologi berpenebat untuk memberikan malam yang menyejukkan dan korang akan dapat rasa lembut macam awan yang berkepul-kepul. Saiznya jugak standard, 65cm x 42cm, jadi korang tak perlu beli sarung Bantal baru, boleh pakai apa yang ada je kat rumah itu. Selain anti habuk hama dan anti alergik, ianya jugak anti bakteria, sangat efektif untuk mencegah pertumbuhan bakteria atas permukaan Bantal. Kalau nak tahu, sekarang ada promosi di Shopee untuk Bantal jenama Dr Alstone ini, jadi apa lagi, add to cart jelah sekarang.

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
5
8.8 After Party Clearance - Up to 25% Off!

Merry Night Super Soft Pillow

Diperbuat dari 100% Kapas dan berbentuk standard, besar dan tebal bagi yang suka bantal yang empuk
Keselesaan sepanjang malam dengan lembut dan licin, bersaiz 70cm x 42 cm
Harga mampu milik

Satu lagi pilihan Bantal Tidur terbaik tebal, empuk dan besar macam Bantal hotel 5 Bintang, korang boleh pilih Bantal Merry Night Super Soft dari Dreamynight ini. Bantal ini sangat lah lembut sebab ianya diperbuat dari 100% kapas yang boleh memberikan korang rasa keselesaan sepanjang malam seolah-olah tidur di atas awan yang gebu. Saiznya 70cm x42cm, berbentuk standard jadi korang boleh pakai sarung Bantal yang korang ada kat rumah itu. Yang bestnya, dengan isian kualiti premium virgin fiber, Bantal ini tidak berbau, sangat tahan lama dan bentuk tidak mudah diubah walaupun dibasuh berkali-kali dalam mesin basuh. Selain breathable, ianya jugak hipoalergenik dan anti-habuk hama. Kalau korang suka tidur pakai banyak Bantal, sangat rekomen Bantal ini sebab harganya pun mampu milik, jadi beli banyak pun tak terasa banyak sangat pakai duit itu! Beli je dari Lazada, klik link yang ada ini, korang boleh dapat free shipping (tertakluk terma dan syarat).

Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Mylatex HB209 100% Natural Latex Contour Pillow
Shopee

Mylatex HB209 100% Natural Latex Contour Pillow

KUN Luxury Navy Line Comfort Pillow
Shopee

KUN Luxury Navy Line Comfort Pillow

Ai by AKEMI Charcoaled Ventilated Classic Memory Pillow
Shopee

Ai by AKEMI Charcoaled Ventilated Classic Memory Pillow

Flew Cloudfy Series 100% Premium USA Organic Cotton Pillow
Lazada

Flew Cloudfy Series 100% Premium USA Organic Cotton Pillow

Advertisement

Soalan Lazim

Antara tips pilih Bantal terbaik ialah bentuk, material isian dan saiz Bantal.
Jenis-jenis material Bantal yang ada di pasaran ialah kapas, visco elastic, latex, bulu, polyester, dan gel.
Jenama Bantal terbaik di Malaysia pilihan Shoptrack ialah Akemi, Jean Perry, Lutfy, Dr Alstone dan Dreamynight.
#Hashtag
Share Artikel Ini
Share info ini

Artikel ini ditulis oleh

Kiah Shoptrack
Kiah Shoptrack
Homemaker yang positif dan friendly. Seorang yang suka explore makanan, serta juga suka baking pada waktu cuti.
Rating Artikel
4.5/5