Read this article in : English
Top 10 Microwave Oven Terbaik di Malaysia 2022 (Popular)
- Last update 31 Mei 2022
- 4:45 pm
- Baca dalam 3 minit
- 17,722

Rekomendasi kali ni kita nak tengok jenama 10 Microwave Oven terbaik di Malaysia bagi tahun 2022 yang korang boleh beli dalam range harga yang berbaloi dan murah.
Kalau dulu kita pakai Microwave untuk panaskan makanan frozen, sekarang ni dah ada banyak Microwave Oven yang kita boleh guna untuk masak atau bakar ayam, daging, ikan, kek semua bukan setakat untuk panaskan makanan je. Microwave jenis ni lah yang orang panggil microwave oven. Dulu bila Microwave Oven baru keluar, harga dia agak mahal tapi sekarang dah ada banyak yang murah. So boleh la store makanan frozen banyak-banyak dalam Peti Sejuk korang.
Microwave Vs Oven Microwave
Perbezaan antara microwave dan microwave oven adalah Microwave Oven merupakan kombinasi oven dan microwave, manakala Microwave tak boleh buat untuk memanggang makanan. Dengan microwave oven, korang boleh guna produk ni yang menggunakan gelombang mikro untuk memanaskan makanan dengan cepat, untuk defrost dan juga boleh guna sebagai oven biasa, berbanding microwave biasa yang hanya boleh guna untuk memanaskan makanan dan defrost. Walaupun proses pembakaran microwave oven dan oven biasa tak sama, makanan yang dimasak masih lagi boleh rasa sedap! Ok jom kita check apa jenama Microwave Oven terbaik popular online.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Microwave Oven Terbaik di Malaysia
Toshiba ER-SM20(W)MY Simple Series Microwave Oven (20L)
Sharp R207EK 800W Microwave Oven (20L)
Microwave oven terbaik pertama ni memang popular habis. Ramai orang suka beli model ni sebab bukan saja dia murah dan boleh guna macam microwave biasa untuk panaskan makanan, tapi korang jugak boleh guna sebagai convection oven untuk bakar makanan, steamer untuk masak guna wap, grill untuk buat ayam rendang crispy dan jugak boleh guna untuk defrost makanan frozen. Oven ni besar 20L maknanya korang boleh letak lebih kurang satu pinggan besar 25cm. Jenama ni memang salah satu Microwave Oven terbaik di Malaysia setakat ini.
Samsung MS23K3513AK Microwave Oven (23L)
Samsung pun ada buat microwave oven, korang tau tak? Microwave oven ni boleh guna untuk microwave macam biasa dan juga boleh guna untuk bakar macam dalam oven. Cuma korang tak boleh guna untuk steam dan takda juga function untuk grill. Tapi oven ni besar saiznya, dalam 23L atau lebih kurang pinggan saiz 28cm. Dari segi design pula, memang nampak microwave ni datang dari Samsung dengan kekemasan dan lengkungan di bucu. Jadi bagi kami, layak masuk list top 10 microwave oven terbaik.
Sharp Microwave Oven R357EK (25L)
Cantik kan design Microwave ni? Microwave terbaik pilihan Shoptrack dari jenama Sharp ni datang dengan design pintu Mirror Glass. Bersaiz 25 liter, lengkap dengan 2 Auto Cook menu dan 2 Auto Reheat menu. Juga ada energy saving mode - so bil elektrik tu tak ada la tinggi nanti. Ianya datang dengan 1 tahun warranty dari Sharp Authorized Seller. Saiz besar ni sesuai utk semua jenis keperluan. Antara model Microwave Sharp yang berbaloi dengan harga! Kualitinya terbaik!
Electrolux Microwave with Grill EMG23K38GB (23L)
Seterusnya Microwave Oven terbaik pilihan Shoptrack adalah dari jenama Electrolux. Model ini datang dengan dua fungsi serentak - microwave dan juga fungsi grill. So korang boleh juga nak grill ayam, daging ataupun sayur. Juga ada knob kawalan manual dengan 5 tahap kepanasan, sangat sesuai untuk korang yg suka masak resipi-resipi grill. Lengkap juga dengan glass plate di dalam selamat utk korang nak reheat dan defrost makanan. Ada 1 tahun warranty. Kualiti yg berbaloi dengan harga dari jenama Electrolux. Ketahanan dijamin!
Haier HMD-MY720 Microwave Oven (20L)
Pilihan kelima adalah microwave Haier HMD-MY720 yang juga agak popular di pasaran sekarang ni. Microwave ni ada ciri yang standard tapi harganya sangat berpatutan. Dengan kapasiti 20L, saiznya sangat sesuai untuk dapur yang kecil tapi ada 5 jenis tahap kepanasan. Kalau korang nak ada microwave oven tapi tak plan selalu guna, mungkin tak perlu beli yang mahal. Jadi, ni satu lagi pilihan untuk korang yang cuma guna microwave kadang-kadang saja.
Produk Berkaitan
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
