Read this article in : English
Top 10 Peti Sejuk 2 Pintu Terbaik Malaysia 2024 (Murah)
- Last update 3 September 2024
- 11:42 am
- Baca dalam < 1 minit
- 57,865
Hari ini : ✨ Mid-Month Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 50%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Tengah cari Peti Sejuk/Ais, kan? Korang tau tak ada berapa banyak jenis Peti Sejuk? Ada dari jenis Peti Sejuk Mini/Kecil sehinggalah jenis French Door yang besar tu. Tapi dalam artikel ni, kami akan fokus kepada Peti Sejuk 2 Pintu Terbaik di Malaysia untuk tahun 2024. Semua ada dijual di Shopee & Lazada. Jom!
Kalau nak cari peti sejuk jenis lain, boleh terus ke artikel Peti Sejuk Terbaik kami. Tengok jugak senarai Freezer Terbaik & Chest Freezer Terbaik, kalau berminat.
Cara Kami Pilih
Untuk peti sejuk 2 pintu ni, kami set kriteria dan pilih produk yang jatuh dalam anggaran ni. Tapi tak semua akan 100% tepati kriteria tau. Untuk perincian kriteria ni, baca di bawah Cara Pilih Peti Sejuk 2 Pintu.
- Jenis: 2 Pintu, kebanyakannya top-freezer (freezer atas).
- Harga: Anggaran harga kami dalam RM900-RM2200 iaitu bajet yang kebanyakan pembeli akan belanja.
- Saiz: Senarai kami termasuk peti sejuk 2 pintu dengan kapasiti 200L hingga 300L yang bersaiz 1.4m tinggi dan 0.55m lebar. Ada juga sikit yang lagi besar dan lagi kecil.
- Penarafan Tenaga: Kami suka yang bertaraf 4 atau 5 bintang. Paling rendah 3 bintang tapi tak banyak.
- Inverter Atau Non-inverter: Kami utamakan jenis inverter untuk pastikan kegunaan elektrik yang minimum. Ada yang jenis non-inverter kalau harga atau cirinya baik.
- Ciri: Peti sejuk yang ada ciri seperti deodorizer, rekabentuk luas yang membantu mengawal kesegaran, teknologi frost-free dan pelbagai lagi.
Peti Sejuk 2 Pintu Terbaik di Malaysia 2024
Peti Sejuk Hisense Side by Side Inverter RS688N4ABU (620L)
Scan & Add to Cart
Peti Sejuk Midea MD-232V (230L)
Scan & Add to Cart
Peti Sejuk Toshiba GR-A28MS (252L)
Scan & Add to Cart
Peti Sejuk Elba ER-G2521 (250L)
Scan & Add to Cart
Peti Sejuk Panasonic Econavi NR-BB211PK (210L)
Scan & Add to Cart
Peti Sejuk Samsung Digital Inverter dengan All-Around Cooling Technology RT38K501JS8 (500L)
Produk Berkaitan
Kesimpulan
- Kalau korang tengah cari peti sejuk bajet 2 pintu, pilihan yang bagus termasuk Midea MD-232V (230L) dan Elba ER-G2521-SV (250L).
- Kalau nak peti sejuk inverter, tengok Toshiba GR-A28MS (252L) atau Panasonic NR-BB211PK (210L).
- Untuk peti sejuk 2 pintu saiz besar dan jenis inverter, try Hisense RS688N4ABU (620L) atau Samsung RT38K501JS8 (500L).
Jenis Peti Sejuk
Kalau nak beli peti sejuk, mungkin bagus untuk tengok dulu apa jenis peti sejuk yang sesuai untuk korang. Di bawah ni beberapa jenis yang korang biasa nampak di kedai perkakas rumah.
1. Peti Sejuk Mini
Peti ais mini ialah perkakas kecil biasanya tidak melebihi 10L dalam kapasiti dan kebanyakannya digunakan untuk menyimpan minuman dan barangan makanan kecil serta kosmetik. Juga dipanggil mini bar kadang-kadang tapi mini bar selalu bersaiz lebih besar (sehingga 60L). Baca lebih lanjut mengenai Peti Sejuk Mini Terbaik.
Pros: Murah. Cons: Tiada freezer, tak sesuai untuk simpan barang runcit segar.
2. Peti Sejuk 1 Pintu
Ini adalah peti sejuk yang tak ada freezer, jadi hanya ada 1 pintu.
Pros: Murah. Cons: Tiada freezer, kapasiti terhad.
3. Peti Sejuk Top-Freezer (Freezer Atas)
Juga biasa dipanggil peti sejuk 2 pintu, peti sejuk ini ada peti sejuk dan freezer sekali, tapi freezer di bahagian atas.
Pros: Mampu milik, banyak pilihan dari segi design, kapasiti dan harga. Cons: Peti sejuk bahagian bawah, jadi korang kena selalu bongkok.
4. Peti Sejuk Bottom-Freezer (Freezer Bawah)
Peti sejuk ini ada peti sejuk di bahagian atas dan freezer yang boleh slide-out di bahagian bawah. Jenis ni boleh jadi 2 atau 3 pintu sebab tu bottom-freezer tak selalu dipanggil peti sejuk 2 pintu.
Pros: Peti sejuk bahagian atas, tak perlu selalu bongkok. Cons: Selalu agak mahal berbanding jenis top-freezer.
5. Peti Sejuk Side-By-Side
Jenis ni ada peti sejuk selalu di sebelah kanan dan freezer sebelah kiri. Juga biasa dipanggil peti sejuk 2 pintu.
Pros: Korang boleh simpan makanan yang selalu masuk keluar di paras yang sesuai dengan ketinggian korang. Cons: Mahal.
Cara Pilih Peti Sejuk 2 Pintu
Kos & Bajet
Peti ais adalah barang yang selalu paling mahal di dapur kita. Tambah lagi, ia akan tahan lama (5-10 tahun) jadi lebih bagus kalau kita letak bajet lebih.
Untuk bantu korang plan bajet, ini anggaran harga untuk peti sejuk 2 pintu di Malaysia:
- RM800-RM1000: Dengan bajet ni, korang boleh dapat peti sejuk paling basic, dari 200L hingga 300L kapasiti. Selalu non-inverter.
- RM1000-RM1500: Selalu jenis inverter, dari kapasiti 200L hingga 300L, tambah dengan ciri extra.
- RM1500-RM3000: Peti sejuk kapasiti besar, jenis inverter, dari 500L hingga 700L. Selalu jenis side-by-side.
Kapasiti
Sekarang dah tau sikit pasal kos, korang kena fikir pasal tabiat pemakanan, khususnya tanya soalan-soalan ni:
- Apa jenis makanan yang korang selalu makan?
- Makanan apa yang perlu banyak ruang?
- Berapa banyak makanan segar atau cepat rosak yang korang perlu simpan?
- Berapa banyak makanan frozen yang korang beli?
Kebanyakan peti sejuk 2 pintu datang dengan kapasiti 200L – 300L yang sesuai untuk keluarga 2 orang, mengikut anggaran Harvey Norman. Tapi kena fikir jugak kalau saiz family akan berubah dalam masa 5 tahun.
Saiz
Penting juga untuk ukur ruang di dapur untuk letak peti ais tu. Ukuran biasa untuk peti sejuk 200L-300L dalah lebih kurang 1.4m tinggi, 0.55m lebar dan dengan kedalaman 0.6m. Juga penting untuk ada lebih kurang 50mm ruang kosong untuk pengudaraan di sekliling peti sejuk.
Teknologi
Teknologi seperti teknologi Frost-Free akan membuat makanan tiada ketulan ais dan lebih segar untuk lebih lama. Untuk korang yang nak ruang tambahan untuk simpan makanan sejuk beku, lebih bagus untuk beli Freezer terus.
Penggunaan Tenaga
Faktor seterusnya pula adalah penggunaan elektrik. Model jimat elektrik untuk saiz 200-300 liter selalunya dalam range 220V atau lebih sikit. Jadi kalau elektrik jadi isu untuk korang, cuba cari yang lebih kurang 220V.
Selain itu, penarafan tenaga juga merupakan panduan berguna untuk menganggarkan kecekapan. Peti ais 2 pintu terbaik selalunya peti sejuk yang mempunyai penarafan tenaga 4 hingga 5 bintang.
Panduan Penarafan Tenaga Peti Sejuk
Setiap peti sejuk yang dijual di Malaysia hendaklah mempunyai pelekat Energy Star Rating antara 2 hingga 5 bintang. Pengukuran penarafan ini agak rumit sedikit untuk artikel ini, tetapi menurut Suruhanjaya Tenaga Malaysia, penarafan bintang menandakan perkara berikut:
- 5 Bintang: +25 % ≤ Star index.
- 4 Bintang: +10 % ≤ Star index < +25 %
- 3 Bintang: -10 % ≤ Star index < +10 %
- 2 Bintang: -25 % ≤ Star index < -10 %
- 1 Bintang: -35 % ≤ Star index <- 25 %
Di mana Star Index ditentukan berdasarkan penggunaan tenaga harian yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan. Oleh itu, peralatan 5 bintang adalah yang paling cekap tenaga dan 1 bintang, paling kurang.
Cara Jaga Peti Sejuk
- Laraskan & kekalkan suhu dalam peti sejuk korang di antara 2 – 4° Celcius.
- Bersihkan pengumpulan ais dengan kerap.
- Lap, gosok dan bersihkan sebarang tumpahan atau titisan secepat mungkin untuk mengelakkan pencemaran.
- Simpan makanan dalam bekas bertutup.
- Jangan biarkan pintu peti ais terbuka terlalu lama.