Read this article in : English
Top 10 Dapur Elektrik Terbaik di Malaysia 2022 (Portable Induction Cooker)
- Last update 10 Mei 2022
- 12:06 am
- Baca dalam 4 minit
- 831

Banyak rumah dah mula pakai Dapur Elektrik. Selain dari rekaan yang kemas, Dapur Elektrik lebih selamat, jimat ruang dan senang dibersihkan daripada Dapur Gas. Tengah cari inspirasi untuk dapur baru korang? Jom tengok pilihan Dapur Elektrik terbaik/Induction Cooker terbaik yang ada di Shopee dan Lazada. Untuk kurangkan bau, haba dan minyak bila habis masak, boleh install Cooker Hood sekali.
Tips Beli Dapur Elektrik Terbaik
Untuk pilih Dapur Elektrik terbaik, boleh ikut tips di bawah:
Watt Power
Lagi tinggi Watt Power, lagi cepat panas dapur korang. Tapi kena ingat, Watt Power yang tinggi akan lebih caj elektrik dan selalu nya lebih mahal. Tapi kalau korang nak jimat lebih masa, boleh pilih Dapur Elektrik yang tinggi Watt Power.
Zon memasak
Rujuk saiz keluarga dan periuk korang. Kalau korang jenis masak banyak, boleh pilih Dapur Elektrik berdiameter besar. Tapi kalau nak lebih bijak, pilih zon masak yang besar terus so korang boleh pakai pelbagai saiz periuk dan pan.
Fungsi Memasak
Ada Dapur Elektrik yang datang dengan extra cooking features macam Preset Menu + Heat Level + Timer features. Dengan preset menu, Dapur Elektrik ni akan ikut jenis masakan yang korang pilih dan set suhu yang sesuai, so korang tak perlu risau hangus ke tak.
Ciri Keselamatan
Ini antara ciri penting bila beli Induction Cooker. Pastikan korang pilih Dapur Elektrik yang ada ciri-ciri seperti Auto Cut-Off (Dapur Elektrik akan mati secara automatik bila periuk/kuali dialihkan atau mengikut timer yang ditetapkan), child lock (Untuk keselamatan anak kecil), overheat protection (Dapur akan mati sendiri bila detect periuk yang terlampau panas), Sensor dan lain lain.
Nak tahu lebih mendalam tentang Induction Cooker? Boleh rujuk panduan Induction Cooker.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Dapur Elektrik Terbaik di Malaysia
Philips Daily Collection Induction Cooker HD4902
Tefal Induction Cooker Hob Everyday IH2108
Kalau korang tengah cari Dapur Elektrik terbaik yang ultra-nipis dan mudah dibawa kemana-mana, Tefal IH2108 ialah antara pilihan terbaik. Menggunakan 2100 Watt Power, model IH2108 ni ada 6 preset menu serta kawalan manual untuk memasak mengikut cara yang korang suka. Menggunakan seramik hitam sebagai panel yang kalis calar dan kalis haba, Interface Dapur Elektrik ni user-friendly dan mudah untuk digunakan. Selain ada 3 jam timer, ia juga ada 7 level panas boleh laras. Dengan ciri yang dipertingkatkan seperti bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan penutupan automatik, Tefal Everyday Slim ialah solusi untuk semua keperluan memasak korang.
Giselle Multi Pots Infrared Ceramic Cooker KEA0310BK
Dapur Elektrik terbaik pilihan mampu milik seterusnya ialah dari Jenama Giselle. Model KEA0310BK ni menggunakan material Kristal Hitam sebagai plate. Cuma menggunakan 2000 Watt Power, Dapur Elektrik Infrared ini ada 6 preset menu, 3 jam timer dan 10 level panas boleh laras mengikut jenis masakan. Yang best, korang boleh pakai pelbagai jenis periuk tau. Antara ciri-ciri yang menarik lain adalah, child-lock untuk ekstra keselamatan, penjimatan tenaga elektrik sebanyak 93%, dan LED Display.
Khind Induction Cooker IC1600
Khind juga ada keluarkan Dapur Elektrik terbaik dengan harga yang murah. Model IC1600 ni guna material Kristal Hitam Kaca sebagai panel dan 2000 Watt Power je. Dengan 6 preset menu yang ditawarkan, Dapur Elektrik ni tahan panas sehingga 500 darjah celcius tau. Sesuai untuk korang masak hotpot, bbq, atau goreng goreng. Ia turut ada fungsi keselamatan Child Lock. Selain mudah-alih, Korang boleh kawal level kepanasan dan monitor suhu menggunakan touch control dengan Display LED je.
ELBA Ceramic Cooker ECC-J2015(BK)
Jika kualiti, mudah-alih dan harga mampu milik adalah keutamaan korang, korang akan menyukai model ECC-J2015 dari ELBA ni. Diperbuat dari Kristal Kaca Hitam, Dapur Elektrik ni ada 4 preset menu dan 1 mod manual beserta dengan suhu, timer dan voltage boleh laras. Berkuasa 2000 Watt, Dapur Elektrik ELBA ni menggunakan Sensor Touch dengan LED Display untuk mengawal dan ada ciri keselamatan penting seperti fungsi automatic turn off. Sesuai untuk korang yang buat steamboat dan bbq!
Baru Update :
KONKA Smart Induction Cooker Double Coil (KEO-IS3)
Dengan reka bentuk moden, Induction Cooker terbaik dari Konka akan membuat kan ruang dapur korang lebih menarik. Walaupun kategori bajet, ia menggunakan material Kristal Hitam sebagai panel dan ia juga waterproof! Dengan 8 level panas dan timer boleh laras, Dapur Elektrik Terbaik ni cuma menggunakan 2100W. Bersifat cepat panas membuatkan proses masakan korang cepat. Antara ciri-ciri lain yang menarik selain dari reka bentuk yang menarik, ia juga mempunyai pemegang untuk senang mudah alih, fungsi child lock, overheating protection dan korang senang nak bawa kemana mana sebab Induction cooker terbaik dari KONKA ni ringan dan nipis je!
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh