Read this article in : English
Top 10 Tilam Terbaik di Malaysia 2024 (Selesa & Murah)
- Last update 9 Oktober 2024
- 9:32 am
- Baca dalam < 1 minitÂ
- 22,165
Hari ini : ✨ 10.10 Super Brand Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 60%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Ada orang lepas tidur lama, masih lagi tak rasa fresh waktu pagi. Mungkin ada banyak faktor tapi salah satu faktor ialah kualiti tilam yang kita guna. Badan kita perlu rehat atas permukaan yang lembut dan stabil, bukan saja untuk lelapkan mata. Di sini kami cadangkan Top 10 Tilam Terbaik berkualiti di Malaysia untuk korang pilih. Beli terus je dari Lazada atau Shopee, sekali siap dengan delivery.
Cara Kami Pilih
- Saiz: Kami pilih saiz Queen sebagai perbandingan setara. Tapi kebanyakan tilam di bawah datang dengan saiz lain seperti Single, King dan lain-lain.
- Jenis: Spring, memory form, latex foam atau hybrid.
- Harga: Dari sekitar RM300 hingga atas RM2000.
Jenama Tilam Murah Terbaik di Malaysia 2024
Scan & Add to Cart
SpinaRez Spina S Mattress
Scan & Add to Cart
Tilam Vono Spinepro 800
Scan & Add to Cart
Ecolux Palladio Mattress
Scan & Add to Cart
Emma Original Mattress
Scan & Add to Cart
Spinarez Health Plus Mattress
Kesimpulan
Tilam yang selesa dan berkualiti tinggi boleh menambah baik kualiti kehidupan korang dan produktiviti secara keseluruhan. Dengan kualiti tidur yang lena, nak buat tugas seharian pun lagi senang, kan?
Sebelum beli tilam, korang mungkin nak check faktor penting ni:
- Sleeping Position korang
- Jenis tilam
- Saiz dan ketebalan tilam
- Waranti atau syarat pulangan pesanan
- Harga
Ini pilihan kami untuk 10 tilam terbaik di Malaysia:
- Tilam High-End Terbaik: Emma Original Mattress
- Antara Tilam Murah Terbaik: SpinaRez Spina S Mattress
- Tilam Mid-Range Terbaik: Vono Spinepro 800
- Tilam Terbaik Overall: Ecolux Palladio Mattress
- Tilam Hybrid Terbaik: Betensh Pocket Spring Mattress
- Tilam Bajet Terbaik: Spinarez Health Plus Mattress
- Pilihan Popular: Vono Ortho Shield
- Pilihan Popular: Dunlopillo Astoria
- Pilihan Popular: Goodnite Posture Mattress
- Pilihan Popular: Dr. Machio Mattress
Panduan Pilih Tilam Terbaik
1. Pertimbangkan Sleeping Position Korang
- Kalau korang suka tidur mengiring: Pilih tilam yang lebih lembut yang memberikan sokongan yang mencukupi. Selain itu, jika korang berat sekitar 80kg atau lebih, boleh pilih tilam dengan sokongan tulang belakang (Spine Alignment).
- Kalau Korang tidur atas belakang atau perut: Lagi bagus korang pilih tilam yang lebih keras sikit untuk bagi sokongan yang mencukupi kepada tulang belakang korang. Jenis tilam ni membantu menjaga keselarasan yang betul dan mempromosikan postur tidur yang sihat.
- Ada jenis tilam tertentu yang menawarkan zon lembut and keras bergantung kepada posisi badan. Tapi jenis tilam ni lebih mahal.
2. Pilih Jenis Tilam
Jenis tilam terbaik untuk korang bergantung kepada citarasa dan keselesaan masing-masing. Ini antara jenis yang popular di pasaran:
- Synthetic Latex Foam: Diperbuat daripada lateks buatan dan memberikan sokongan dan ventilation yang sangat baik sambil tetap responsif.
- Natural Latex Foam: Walaupun lebih mahal berbanding Synthetic Latex, ia menawarkan keselesaan dan sokongan yang paling baik berbanding jenis lain.
- Memory Foam: Jenis yang popular di pasaran. Terdiri daripada lapisan foam yang membentuk dan adjust mengikut bentuk badan korang. Ia ada rasa yang padat. Walaubagaimanapun, tilam Memory Foam mungkin tak sesuai kalau korang selalu tukar posisi tidur.
- Air Mattress: Ia menggunakan udara untuk menawarkan sokongan yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian korang. Lebih susah untuk dijaga berbanding dengan jenis tilam lain.
- Tilam Innerspring: Tilam innerspring dibina menggunakan sistem spring logam, biasanya disertai dengan lapisan nipis foam di bahagian atas untuk keselesaan tambahan. Selalu murah.
3. Pilih Ukuran Saiz & Ketebalan
Sebelum pilih tilam, korang mesti kena pastikan tilam tu boleh muat dengan rangka katil korang kan? Tambah lagi, pastikan ketebalan pun sesuai. Untuk keselesaan yang optimum, ketebalan tilam yang sesuai untuk dewasa adalah antara 10 hingga 12 inci.
Dalam segi saiz, korang ada pelbagai pilihan, termasuk super single, single, queen, atau king, bergantung kepada keperluan dan kehendak korang.
4. Semak Semula Jaminan atau Polisi Pulangan
Sebelum beli tilam, korang juga disarankan test tilam tu untuk pastikan keselesaan dan kesesuaian. Banyak jenama menawarkan tempoh percubaan dan polisi pulangan untuk pembelian online. Kalau korang tak suka beli secara online, pergi je kedai dan cuba tilam tu kat situ jugak.
5. Kira Bajet & Kos
Di Malaysia, anggaran harga untuk kebanyakan tilam bersaiz Queen adalah di antara RM250 hingga RM3000. Tapi korang kena ingat, tilam adalah pelaburan jangka masa panjang yang boleh bertahan bertahun-tahun. Jadi, cuba dapatkan tilam yang terbaik yang korang mampu.
Cara Bersihkan Tilam
- Periksa fabrik tilam dan ikut arahan daripada brand mengenai cara yang betul untuk membersihkan atau mencuci tilam.
- Jangan gunakan sabun yang boleh merosakkan tilam. Gunakan pencuci detergen yang tak berbau.
- Gunakan vakum untuk menghilangkan habuk dari katil korang dengan sepenuhnya. Handheld Vacuum paling bagus untuk tugas ni.
- Bersihkan kesan kotoran dengan kain lap bersih dan detergen. Sebagai alternatif, korang boleh menggunakan Spot Cleaner, tapi berhati-hati, jangan biar terlalu banyak air pada tilam.
- Baking Soda boleh membantu menyerap kelembapan yang masih tinggal selepas proses pembersihan. Biarkan pada tilam selama beberapa jam.
- Vakum sekali lagi untuk bersihkan semua sisa Baking Soda dari tilam.