fbpx

Ditulis oleh ShoptrackNews

Read this article in : English

(Review) Corvan Spot Cleaner S6 : Vacuum Untuk Kotoran Degil!

Branded Content
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum Review
"Vacuum karpet, katil, sofa tak pun dalam kereta lebih senang!"

Corvan merupakan jenama perkakas rumah tempatan yang tidak asing lagi sejak kemunculannya di platform e-dagang Malaysia pada tahun 2014. Keluaran produk yang berkualiti dan terkini seperti Cordless Vacuum, Power Scrub, Air Fryer dan lain-lain, meletakkan Corvan dalam 10 Jenama Perkakas Rumah Popular bagi tahun 2022 di Shopee dan Lazada.

Yang terkini, Corvan bakal melancarkan satu produk baru yang sebelum ni sangat popular di pasaran komersial iaitu Corvan Spot Cleaner S6. Lepas ni, korang dah tak payah risau lagi kalau nak cuci kotoran degil pada karpet, tilam dan sofa rumah ataupun kereta sebab dgn Spot Cleaner ni, ianya lebih mudah dan cepat!

Apa Itu Spot Cleaner Vacuum?

Ok, kalau cakap pasal Vacuum, biasanya korang akan terlintas Vacuum biasa, Cordless Vacuum atau pun Robot Vacuum kan? Ada satu lagi Vacuum yang jarang pengguna di rumah guna iaitu Spot Cleaner Vacuum. Secara am, Spot Cleaner Vacuum ni digunakan untuk membersihkan secara mendalam khusus untuk menyingkirkan kotoran yang degil kebiasaannya pada permukaan dalam fabrik seperti sofa, tilam, bantal, kerusi kereta dan karpet.

Kaedah yang digunakan ialah dengan menyedut kotoran menggunakan gabungan sabun pembersih dan air, seterusnya untuk pengeringan yang pantas, Spot Cleaner akan menyedut keluar air kotor. Kalau sebelum ni korang kena upah kedai / pembersih professional untuk bersihkan, kini tidak lagi. Sebelum tu jom tengok perbezaan Spot Cordless Vacuum dengan Vacuum yang lain.

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Hose & Cord Management Systems
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Hose & Cord Management Systems

Perbezaan Antara Spot Cleaner Vacuum Dengan Cordless Vacuum, Robot Vacuum Dan Normal Vacuum Cleaners

Jadi apa beza Spot Cleaner Vacuum dengan Vacuum yang lain? Tenang, kami di Shoptrack akan bantu korang.

Secara am, Spot Cleaner Vacuum:

  • Direka khas untuk membersihkan kotoran basah seperti tumpahan makanan, lumpur, najis haiwan / anak pada upholsteri, sofa, carpet, tilam, bantal mahupun bahagian dalam kereta. Ianya tak sesuai digunakan untuk menyedut habuk kering dan penggunaan komersial seperti kilang.
  • Menggunakan kaedah sedutan yang kuat dengan gabungan air dan sabun khas untuk pembersihan lebih optimum, mendalam dan berkesan.
  • Jika dilakukan dengan teknik yang betul, hasil permukaan yang di vacuum dengan Spot Cleaner kelihatan seperti disental/diberus cuma ia dilakukan dengan lebih ‘gentle’ dan tidak merosakkan permukaan fabrik.

 

Vacuum Biasa, Cordless Vacuum dan Robot Vacuum mempunyai satu persamaan ketara iaitu ia direka khas untuk menyedut habuk kering di atas permukaan yang rata. Berbeza dengan Spot Cleaning Vacuum yang diguna khas untuk membersih dan menyedut keluar kotoran pada fabrik.

Berbanding dengan Spot Cleaning Vacuum:

  • Vacuum berwayar kebiasaanya lebih tahan lasak tapi tidak ergonomik dan bersaiz besar. Namun, ianya sangat sesuai digunakan untuk pembersihan pada ruangan luas.
  • Cordless Vacuum lebih kompak, ringan dan senang digunakan. Beroperasi menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Sesetengah model Cordless Vacuum di pasaran seperti Corvan K18 datang dengan fungsi mop dan vacuum sekali – dua dalam satu!
  • Berbeza dengan Robot Vacuum, ia mempunyai kelebihan untuk beroperasi secara automatik dan datang dengan pilihan mengelap/mop sambil menyedut habuk. Ia juga beroperasi menggunakan bateri yang boleh dicas semula.

 

So, kalau korang perlukan perkakas elektrik untuk membersihkan kotoran basah, Spot Cleaning Vacuum adalah pilihan terbaik.

Video - Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum Test

Share Artikel Ini
Advertisement
Point Ringkas & List

Cara Menggunakan Corvan Spot Cleaner S6 

Nak guna Corvan Spot Cleaner S6 ni simple je kalau korang tahu dan ikut steps yang disarankan. Video dan user manual yang disediakan boleh ubah korang jadi macam pembersih professional!

Mesin Spot Cleaner ni datang dengan 2 tangki air – 1 untuk letak air bersih bercampur pencuci, 1 lagi untuk takungan air kotor setelah selesai proses pembersihan.

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Dual tank system for clean and dirty water
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Dual tank system for clean and dirty water

 

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Clean Water Tank
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Clean Water Tank
  1. Keluarkan tangki air bersih, buka penutup dan isi dengan air paip. Untuk pencucian yang lebih optimum, tambah pencuci yang mengandungi kadar sud rendah ke dalam tangki. Ketatkan penutup dan letak semula tangki air bersih tersebut di Spot Cleaner dan ia sedia untuk kerja pembersihan!
  2. Tekan dan tahan butang semburan air sambil menyedut kotoran. Untuk kotoran yang degil, korang boleh guna kaedah sembur dan berus atau membuat pra-rawatan (biarkan sabun pencuci lebih kurang 3 minit diatas kotoran) sebelum korang mula vacuum.
  3. Air kotoran akan berkumpul di tangki air kotor. Lepas siap guna Spot Cleaner, wajib untuk korang terus buang air kotoran di sinki dan bilas tangki menggunakan air bersih.

 

Membersihkan kesan kotoran di tilam 

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Cleaning Soft Toys & Bed Mattress
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Cleaning Soft Toys & Bed Mattress

Kalau tilam korang banyak kesan tompokan kotoran dari tumpahan makanan atau dari najis anak-anak, guna spot cleaner ni memang puas. Kotoran yang degil memerlukan semburan dan gosokan yang lebih dan pengulangan proses berulang kali sampai dapat hasil yang memuaskan. Confirm tilam korang akan lebih segar dan bersih.

Membersihkan kesan kotoran di karpet 

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Cleaning Carpet with Spot Cleaner Vacuum
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Cleaning Carpet with Spot Cleaner Vacuum

Karpet juga antara tempat yang ideal untuk guna Spot Cleaner Vacuum. Kotoran di karpet lebih senang hilang sebab permukaan carpet lebih rata dan stabil so proses tidak terlalu lama dan rumit. Gunakan pencuci yang khas untuk carpet untuk pembersihan yang lebih berkesan. Jangan lupa vacuum carpet korang dengan vacuum kering dulu sebelum guna Spot Cleaner Vacuum tau.

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum- Carpet after using Spot Cleaner Vacuum
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum- Carpet after using Spot Cleaner Vacuum

Membersihkan kesan kotoran di soft toys 

Korang juga boleh guna untuk bersihkan soft toys anak anak korang. Kotoran di soft toys juga senang untuk ditanggalkan dengan cuma beberapa sedutan. Cuma perlu sembur dan gosok secara minimal.

Membersihkan kesan kotoran di car seat anak  

Ramai ibubapa yang terlepas pandang kebersihan carseat anak. Dengan adanya Spot Cleaner ni, memang senang korang nak deep clean untuk menjamin kebersihan. Kesannya seperti baru dan paling penting tak ada lah anak korang kena serangan hama.

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Cleaning Baby Car Seat
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Cleaning Baby Car Seat

Selain itu korang juga boleh guna Corvan Spot Cleaner S6 ni di mana-mana permukaan fabrik yang dilabel ‘boleh dibasuh’ seperti sofa, kusyen kereta, bantal dan lain-lain.

Perkara Penting Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Menggunakan Corvan Spot Cleaner S6

Sebelum guna Corvan Spot Cleaner S6, ini antara perkara yang korang kena ambil tahu untuk capai pembersihan maksima:

  1. Penting untuk guna pencuci yang mengandungi kadar suds yang rendah dan jangan letak terlalu banyak (45ml untuk 1 tangki). Jika tidak ia akan mengakibatkan permukaan lebih basah dan sangat berbuih dan boleh merosakkan permukaan tersebut.
  2. Disarankan untuk tidak menggosok dengan kasar dan jangan lupa buat small spot testing bagi mengelakkan permukaan rosak atau pudar. Jangan guna Corvan Spot Cleaner di fabrik baldu atau sutera.

 

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Dirty Water After Cleaning
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Dirty Water After Cleaning

Nota penting – Corvan Spot Cleaner S6 ni cuma bertindak sebagai mesin pengekstrak. Untuk menghilangkan kotoran dengan berkesan, korang perlu guna sabun pencuci yang sesuai dengan permukaan yang nak dicuci dengan betul. Lebih bagus dan sesuai sabun pencuci, lebih efisien dan berkesan proses pembersihan.

Kelebihan Corvan Spot Cleaner S6

Antara kelebihan Corvan Spot Cleaner S6 yang kami di Shoptrack suka adalah:

  1. Kuasa Penyedutan Penembusan yang Kuat (400w) cukup untuk menyedut kotoran degil di permukaan fabrik.
  2. Kalis air (IPX4) – Badan mesin dicipta kalis dari percikan air tapi korang tak boleh merendam badan mesin ok.
  3. Ringan dan Kompak – Yang ni paling penting sebab bila nak guna, korang tak ada rasa leceh nak angkat, senang nak simpan dan lagi satu hos (1.7m) dan kord (4.9m) dia memang cukup panjang. Senang untuk dibawa merata tempat.
  4. Tak bising – jadi bila tengah vacuum tu korang tak ada la mengganggu keluarga korang yang lain.
  5. Tangki air yang besar – Kapasiti tangki air bersih sebanyak 1,250ml dan tangki air kotor 750ml cukup besar untuk korang vacuum banyak tempat. Senang, tak perlu nak selalu isi bila tengah guna.

 

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Vacuum Head with Non-Abrasive Brush
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum – Vacuum Head with Non-Abrasive Brush

Selain tu Corvan Spot Cleaner S6 ni juga senang nak basuh dan simpan. Sistem pengurusan hos dan kord juga sangat kemas, dan pemegang serta butang kontrol yang mesra pengguna. Berus yang dibekalkan juga lembut, sesuai untuk kebanyakan fabrik.

Beli Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum

Best Selling
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Shoptrack
Lazada-App-Logo

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum (Lazada)

The all-new Corvan Spot Cleaner S6 - the ultimate solution for all your deep cleaning needs. Say goodbye to the hassle of removing stubborn stains from your furniture, car upholstery, carpets, and more!

Lazada
RM648 (Normal Price - RM1,399)
Best Selling
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Shoptrack
Shopee-App-Logo

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum (Shopee)

The all-new Corvan Spot Cleaner S6 - the ultimate solution for all your deep cleaning needs. Say goodbye to the hassle of removing stubborn stains from your furniture, car upholstery, carpets, and more!

Shopee
RM648 (Normal Price - RM1,399)
Best Selling
Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum - Shoptrack
Official-Website-Icon

Corvan Spot Cleaner S6 Vacuum (Official Website)

The all-new Corvan Spot Cleaner S6 - the ultimate solution for all your deep cleaning needs. Say goodbye to the hassle of removing stubborn stains from your furniture, car upholstery, carpets, and more!

Corvan's Official Website
RM648 (Normal Price - RM1,399)

Corvan's Voucher Code (Exclusive)

Official Website
CORVANSTR
Get 3% Off on All Products

3% off on all products on Corvan's Official Website. No minimum spend

platform logo

Open For All Voucher

Copy
Advertisement

Harga dan Ketersediaan

Bagi kami di Shoptrack, dari segi harga untuk ciri-ciri yang Corvan tawarkan memang mampu milik. Untuk seseorang yang mementingkan kebersihan, Corvan Spot Cleaner S6 ni memang berbaloi untuk ada di rumah. Dari segi jangka panjang, beli sendiri dari mengupah pihak professional memang lebih menguntungkan. Kalau dulu Vacuum jenis Spot Cleaner ni cuma ada untuk kegunaan komersial di pusat servis basuh kereta atau pusat pembersihan professional, dengan Corvan Spot Cleaner S6, kini tak lagi.

Waranti

Untuk waranti, Corvan menawarkan 1 tahun untuk badan mesin sahaja. Jika ada sebarang kerosakan korang boleh terus hantar dengan mudah dekat pusat servis di Petaling Jaya.

So pastikan korang beli direct dari Corvan punya website, official store Corvan di Shopee atau official store Corvan di Lazada untuk korang dapat waranti yang sah (bukan waranti distributor / reseller).

Kesimpulan

Lepas cuba guna Corvan Spot Cleaner S6 ni, kami di Shoptrack amat berpuas hati dengan Vacuum ni. Bagi kami, antara ruang untuk improvement yang kami rasa perlu ada adalah seperti penambahan indikator level air bersih pada tangki – untuk memudahkan proses penggunaan.

Apa-apa pun, macam tak percaya sekarang kita boleh buat sendiri je deep cleaning dekat rumah pada bila-bila masa. Cuma kena spend duit sikit untuk beli pencuci yang sesuai untuk setiap fabrik atau jenis kotoran je la. Tapi bukan masalah besar, sebab semua di hujung jari, cari je detergent atau sabun kat Shopee atau mana-mana kedai berdekatan, confirm ada!

Secara keseluruhan, Corvan Spot Cleaner S6 ni adalah pelaburan yang sangat berbaloi dari upah orang luar. Betul tak? Lagi-lagi untuk korang yang ada anak-anak kecil, bela haiwan peliharaan atau jenis kulit sensitif, wajib ada satu Corvan Spot Cleaner S6 dekat rumah!

#Hashtag
Share Artikel Ini
Inspirasi Travel
Menarik Semasa

Info, Promo & Trending Semasa

Advertisement
Review & Rekomendasi Popular

Yang kami research dan review di Shoptrack

Lihat kategori lain
error: Content is protected.